Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 22, 2013

TERKINI..!!! MUKHRIZ BIDAS "GAGAK HITAM" 505 DI KEDAH...!!! @MukhrizMahathir #SaveKedah

KENYATAAN MEDIA
YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ
MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN

Jumlah sambutan Himpunan 
Black 505 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut,  yang terlalu sedikit berbanding jumlah rakyat Kedah memberi gambaran bahawa majoriti rakyat menolak budaya liar yg cuba dibawa oleh Anwar dan pembangkang. Rakyat sudah menggunakan haknya untuk memilih Kerajaan yang mampu membawa perubahan besar kepada  negeri  Kedah.

Tumpuan kerajaan negeri yang 
dipilih oleh majoriti  rakyat sekarang ialah  untuk memenuhi  segala akujanji dalam tempoh lima tahun akan datang dan memenuhi ikrar melakukan transformasi menjana pembangunan yang bermanafaat untuk seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik atau latarbelakang .

Sehubungan dengan itu saya 
mengajak rakyat untuk mengalih tumpuan untuk turut sama menyumbang serta memainkan peranan menjadi sebahagian dari kejayaan merubah pencapaian Kedah menuju kemajuan.  Pakatan sepatutnya menolak semua keputusan Pru13 termasuklah di negeri yang mereka menangi.

Saya  cabar pakatan untuk  
melepaskan  tampuk pemerintahan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sekiranya  masih  tidak boleh menerima  keputusan Pru13 yang lalu.

Jangan kelirukan rakyat 
dengan memanipulasikan isu undi popular. Tidak wajar untuk mereka memaksa Kerajaan Barisan Nasional  berundur sedangkan mereka  sendiri  tidak  mahu berundur  di Negeri-negeri yang dimenangi.

Saya juga menyeru Anwar serta 
konco-konconya dalam pembangkang agar  segera insaf serta tidak menjadi batu penghalang kepada hasrat rakyat yang dahagakan pembelaan dalam erti kata sebenar bukannya sekadar membazir masa menerusi perhimpunan yang merosakkan keharmonian serta mencalar imej negara khususnya  negeri Kedah yang aman damai.

1 comment:

Anonymous said...

AKu percaya tak kira dipihak mana pun kita menyerahkan undi kita pada PRU13 itu hari, namun bila memilih antara keamanan atau huruhara, aku percaya undi popular adalah 99% adalah untuk keamanan..tak kira parti apa yg kita sokong.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!