Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 3, 2013

TERBAIK DARI LADANG..!!! KENYATAAN DS NAJIB YANG BUAT AKU TERSENTUH...

Terus terang aku cakap, sebelum ni aku tak berapa kenal betul dengan PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak. DS Najib baru je naik jadi PM pada 3 April 2009, kira-kira 4 tahun yang lalu. Singkat sangat tempohnya, tak sampai sepenggal pun...

Tapi mungkin jiwanya sama dan mungkin lebih hebat dari Allahyarham bapanya, Tun Abdul Razak, DS Najib memiliki jiwa yang sangat mementingkan rakyat berbanding kepentingan diri sendiri, mahupun karier politiknya.

Ada beberapa potong ayat yang membuat aku tersentuh yang terbit dari mulut PM kita.. Antaranya ialah...  

"Saya lebih risaukan kekecewaan rakyat..."
Ungkapan kat atas ni dijawab DS Najib masa hari dia umumkan nama calon. Dia ditanya sama ada dia risau tentang sabotaj dari dalam parti berhubung nama-nama calon yang dipilih. Dalam ertikata lain, DS Najib memang mementingkan rakyat lebih dari segalanya... 
"Tidak dinafikan kita memang ada kekurangan…kerana kita bukan sempurna..."
Ungkapan ni adalah yang terbaru. Baru je DS Najib sebut semalam. Benar-benar seorang pemimpin yang bersifat merendah diri dan kenal tentang kelemahan mahupun kelebihan yang ada pada diri dan parti. Payah nak dapat pemimpin begini...

Tapi itulah. Jika nak bandingkan dengan Anwar, memang macam langit dengan bumi. Anwar meninggi diri, riak dan takkabur. Kononnya dialah yang paling layak jadi PM. Padahal PAS dari awal-awal lagi dah "cop" nak jadi PM...

Kalau dengan PAS pun Anwar dah jadi berlagak, sombong dan ujub, apatah lagi sikapnya pada BN. Memang takde langsung sifat rendah diri laaa. Korang fikir la sendiri. Guna otak yang waras dan cuba letakkan IQ tu di akal yang bijak....   

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!