Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 23, 2013

SEJENAK BERSANTAI BERSAMA BLOGGERS DARI KL...

Kami lepak kat sini la.. senang..dekat dengan tol nak masuk highway tuuu...
Baru-baru ni aku ada pekena teh tarik dengan beberapa rakan aku dari KL yang bercuti selepas bertungkus lumus bermati-matian bekerja untuk parti pada PRU13 yang lalu. Kebetulan depa singgah di Alor Setar sekembalinya dari Langkawi.. Naik "cruise" wa cakap luuu..! Heh!

Bertuah betul la depa. Ternyata depa dihargai oleh para pemimpin BN atas jerih payah bersengkang mata menulis di blog masing-masing. Depa kata, ramai yang ucap tahniah atas gerak kerja depa yang berkesan, walaupun negeri depa kalah... heh! Marah depa bila aku usik macam tu...

Depa tanya aku... Takdak sapa bawa aku jalan-jalan makan angin ke? Aku jawab... belum lagi kot... Heh! Lagi pun, depa nak bawak aku macamana? Pemimpin BN kat Kedah ni mana kenal aku.. Tak kenal macamana nak bawak...kan? kan? kan? Heh!


Takpa... Aku tak kisah beb. Melihat BN berjaya rampas kembali negeri Kedah ni dari jajahan PAS sudah memadai bagi aku. Aku puas! Dan tentunya tugas untuk mempertahankan kemenangan BN di Kedah bukanlah semudah yang disangka, bukan?

Banyak yang kawan-kawan aku share dengan aku tentang kisah-kisah pada PRU13 hari tu. Lawak ada, sedih ada, marah ada, kecewa pun ada... Tapi biarlah kami simpan cerita tu buat masa ni... Nanti masa Pemilihan Agong UMNO nanti kami cerita...heheheeeeee...

Depa tanya aku...macamana BN boleh rampas Kedah semula? Aku kata... mana aku tau! Aku tak tau bebbbb.. semuanya kerana kesungguhan gerak kerja BN kot... Ye laaa.. kalau BN tak bermati-matian hari tu, takkan la BN boleh menang, kan?

Lagipun, faktor kebangkitan bangsa Melayu di Kedah yang sedar tentang PAS yang tak tahu mentadbir begitu ketara. Macamana rakyat boleh sedar? Aku kata... rakyat sedar melalui ceramah-ceramah BN yang konsisten dilaksanakan berbulan-bulan sebelum PRU...

Itu belum lagi disebut tentang gerak saraf conventional yang dilaksanakan oleh pakar-pakar strategi BN. Hebat bebbb! Tapi aku takde la mendabik dada sangat sebab BN menang hanya 21 kerusi DUN saja berbanding 36 DUN...simple majoriti saja...

Pada aku, sekurang-kurangnya Kedah menang jugak la kan. Tapi, aku yakin ada beberapa DUN yang sepatutnya BN menang, tapi kalah pada PRU13 hari tu. Tapi pasal faktor "pecah undi" dan orang Cina tak kasi undi, DUN tu terlepas ke tangan Pakatan Haram... hmmmm.. nak kena counter nih!

Kawan-kawan aku tanya, apa perkembangan Kerajaan Negeri pimpinan Dato' Mukhriz? Aku kata.. tak boleh nilai lagi. Masih terlalu awal. Walau bagaimanapun, awal-awal lagi aku tengok Datuk Mukhriz bijak menyusun barisan dan gerak kerja.. Teruskan Dato'.. exellente..! Heh!

Kalau nak tengok barisan Exco pun, aku rasa ramai yang setuju dan teruja nak tengok depa perform. Cuma yang tak sedapnya, aku tengok ramai pulak tukang-tukang bodek yang dok "hurung" depa siang malam! Heh! 

Dulu, sebelum depa jadi Exco..takdak sapa yang nak dok keliling depa. Lepas jadi calon, ada la 7-8 orang yang dok himpit. Tapi lepas depa dilantik jadi Exco.. dekat 20-30 orang dok "kipas" depa pagi petang siang malam..!!! Pergghhh!!! Takut aku tengok..heh!

"Elehhh.. Silap-silap hang pun pi "hurung" jugak!" member aku menuduh. Aku kata.. Aku nak hurung depa lagu mana? Aku tak berapa reti bodek-bodek dalam politik.. kalau menulis tu boleh la sikit-sikit. Depa nak pakai khidmat "tukang catat" macam aku ni ke? Hahahahaa.. berderai depa gelak kat aku... kah! kah!kah..!!!

Petang tu, lepas bersalam dan berpeluk tanda kasih sayang persaudaraan sesama bloggers, member-member aku balik KL...Heh! Kenyang jugak aku petang tu depa belanja makan... Depa banyak duit.. boleh la belanja aku...heh! 

P/s: Malu aku..sebagai tuan rumah, patutnya aku la yang belanja depa... ni depa pulak yang belanja aku... heh! Sorry brooo... nanti aku ada rezeki nanti aku belanja hangpa pulak noooo...heh!

3 comments:

fairuz ajaff said...

wow best...nanti sy balek kedah bleh jumpa kot?....hi...hi...

Anonymous said...

Saya tak dapat belanjaa tuan makan
Pemimpin kita pun nampaknya belum sempat belanja tuan makan
Tapi kami nak ucap ribuan terima kasih atas usaha tuan mempertahankan alif baa taa
Tahniah tuan

xsuk said...

Bn kedah boleh menang sbb faktor Dt Mukriz semata2. Nk hrp grk kerja umno kedah longlai, tk brmaya, rapuh, cara org tua2, ceramah pn tdaq sambutan. Mujur last minit yg terakhir pm umum dt mkriz mb. Klu tak lingkup jugak bn kedah. Dt mkriz ada grkkerja & jentera sendiri. Beza dgn umno ngri. Soklan la ni bila nk serah pengerusi kt org muda pulak??

Bila Kak Su Bersuara... Heh!