Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 28, 2013

PEDASSS..!!! NASIB HANGPA LA DAPAT PEMBELIT TAK LULUS SRP JADI BOSS..!!! HEH..!

mahfuz layak MB

Saya dapat khabar yang mengatakan Naib Presiden PAS, Mahfuz “Bean” Omar, berucap di pentas himpunan 505 berdekatan Amcorp Mall pada Sabtu baru-baru ini. Bukan main lagi dia melontarkan suara, tapi sayang “pitching”nya lari sama sekali dan “tone”nya masih sumbang seperti selalu!

Mahfuz mendakwa “kezaliman” Kerajaan BN yang mengamalkan “politik ganas” telah menyebabkan “rakyat” turun memenuhi jalanraya melakukan himpunan “aman”.

Otak Mahfuz mendakwa bahawa tindakan “UMNO” yang menahan Adam Adli, pemimpin politik dan aktivis Pakatan Haram itu sebagai faktor penyebab “rakyat” berdemonstrasi di depan dan sekitar Balai Polis Jinjang baru-baru ini.


Sedap betul Mahfuz kutuk dan fitnah UMNO. Baru saja dilantik jadi “boss” PAS Kedah, berkali-kali sudah dia menunjukkan kebodohan akalnya berfikir. Dia fikir rakyat bodoh sepertinya untuk terus diperbodohkan?

Pertamanya, saya ingin menegaskan kepada Mahfuz bahawa Adam Adli, Tian Chua, Tamrin dan Harris ditahan oleh pihak polis, BUKAN UMNO!

Kenapa mereka-mereka ini ditahan, itu Mahfuz boleh ke Balai Polis Jinjang dan tanya pada Ketua Balai Polis tersebut tentang sebab musabab konco-konconya itu ditahan. Kalau tidak puas hati dengan tindakan polis itu, sila saman mereka di dalam mahkamah. Berani?

Tapi saya percaya pihak polis ada sebab yag kukuh untuk menahan reman konco-konco Mahfuz itu. Kalau tidak punya alasan yang kukuh, takkanlah polis nak tahan mereka. Kalau mereka duduk elok-elok di rumah dan jadi seorang warganegara yang sihat, polis nak tahan mereka, kah?
Sudah tentu ada alasan, bukan?

Siapa yang amalkan politik ganas sebenarnya? Sama ada di dalam atau luar parti, DAP, PAS dan PKR ternyata lebih “ganas” berbanding UMNO.

Lihat saja betapa “ganas”nya DAP dalam pemilihan CEC pada akhir tahun lalu. Betapa “ganas”nya DAP mencantas ramai pemimpin dari bangsa Melayu dan India, dan seolah-olah secara terancang memenangkan ramai pemimpin kaum Cina. Ganas atau tidak?

Lihat saja bagaimana puak-puak PAS sendiri mencantas Husam Musa dan mengutuk bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak. Husam diketepikan begitu saja di Kelantan sedangkan dia adalah pemimpin kanan PAS di negeri tersebut. Kejam bukan?

Tak payahlah saya cerita tentang kekejaman puak PAS Kedah yang diketuai Mahfuz. Biar isteri Ustaz Azizan sendiri yang ceritakan bagaimana suaminya yang bertarung dengan maut, hilang dua kaki dan masih terlantar di hospital diperlakukan dengan “kejam” dan “ganas” oleh rejim Mahfuz di Kedah…

PKR pula memang terkena sebagai parti bermasalah. Ketua Umum kejam dan ganas terhadap “Presiden”. Elok-elok isterinya jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, dia paksa letak jawatan. Itu belum lagi disebut ratusan ribu “keganasan” para pemimpinnya yang “bertokak”, “berterajang” dan “bergusti” di dalam parti.

Kalau di dalam parti pun mereka sudah semulajadi “ganas”, apatah lagi terhadap UMNO dan BN, bertambah “ganas”lah mereka.

Apa yang mereka tak pernah tuduh dan fitnah UMNO dan para pemimpinnya? Tindakan apa yang tak pernah mereka rancang untuk jatuhkan UMNO dan BN? Hinggakan rancang membunuh pemimpin UMNO pun pernah mereka buat, siapa yang ganas sekarang?

Hakikatnya, UMNO dan BN merupakan mangsa dari keganasan puak-puak Pakatan Haram. Bukan saja serangan berbentuk fitnah, malah mereka kini sanggup bertindak luar batasan dan melampaui paras normal sebagai pembangkang yang sihat.

Negara sedang aman, mereka huru-harakan. Keadaan jalanraya yang sudah sesak teruk, mereka pastikan kenderaan tidak bergerak langsung selama berjam-jam. Malah mereka sudah berani terbalikkan kenderaan polis dan memukul pihak berkuasa sehingga parah!

Tidak ganaskah itu? Himpunan “aman” yang tidak aman? Sebut dibibir berhimpun secara aman. Tapi bila berhimpun, lain pula yang jadinya. Bila polis tak benarkan berhimpun, UMNO pula disalahkan. Pelik betul otak Mahfuz. Dia terencat akal dari kecil, kah?

Sumber: Mykmu.net

2 comments:

Anonymous said...

Berani lu kutuk dia?? Lu tunggu la dia jadi PM, siap lu! Mana lu mau lari ah? Yg berbahgia tuan Mahfuz ada ciri2 PM, tegas dan bijak, wa yakin dia lah bakal PM yg ke45 Malaysia! Lu kutuk la lg!

Anonymous said...

Otak Mahpus Bean sekosong umpama kosongnya almari buku dibelakangnya...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!