Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 28, 2013

PANASSS..!!! SURAT TERBUKA BUAT KETUA PEMUDA PAS, NASRUDIN TANTAWI..!!!

nasrudin

Marah bukan kepalang puak-puak PAS bila dituduh sebagai penakut kerana enggan turut berdemonstrasi bersama PKR dan DAP untuk menggulingkan Kerajaan BN yang dipilih rakyat pada PRU ke-13 baru-baru ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak misalnya menegaskan bahawa mereka hanya patuh pada arahan pihak atasan parti yang menetapkan PAS tidak akan campur tangan dalam sebarang gerakan demonstrasi menggulingkan kerajaan sedia ada.

Syarhan Humaizi turut mengungkit tentang peranan Unit Amal PAS yang berada di barisan depan pada setiap kali demonstrasi Bershit dan kononnya sedia dipukul oleh pihak berkuasa yang mengawal keamanan ibu negara.


Tahu juga PAS marah bila dituduh bacul? Saya ingatkan PAS tak tahu marah bila dikatakan “tidak ada telur”…

Kerana dikatakan penakut tidak turut serta berdemonstrasi maka PAS rasa marah? Hairan bin ajaib. Kerana perkara sekecil itu Pemuda PAS nak marah-marah dan melenting? Padahal, ada banyak lagi perkara besar yang perlu mereka marah, tapi mereka bacul untuk marah DAP dan PKR!

Misalnya apabila menyentuh isu kalimah “Allah”. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din awal-awal lagi menegaskan pendiriannya tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh golongan buka Islam. Tapi Nik Aziz “lebih faham” tentang Islam dan membenarkannya!

Tiba-tiba saja PAS buat “u-turn” dan menarik balik kebenaran itu? Mula-mula bacul untuk membantah kemahuan Guan Eng itu, tapi selepas itu boleh pula ditarik balik! Betul-betul tak ada maruah! Begitu bacul ketika kalimah “Allah” cuba dicemar DAP dan PKR..!!!

Ketika Hasan Ali ditempelak Ronnie Liu dan Khalid “Gagap”, ada sesiapa dari PAS yang berani membela Hasan Ali? Padahal yang cuba dipertahankan Hasan Ali ketika itu ialah tentang isu aqidah umat Islam! Satu perkara yang sangat besar! Tapi masa itu Pemuda PAS tak marah pula, kan?

Paling memalukan apabila PAS dipaksa dan terpaksa memijak maruah sendiri apabila rela melepaskan perjuangan asas mereka turun temurun untuk menubuhkan sebua negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

DAP dan PKR menuntut PAS memansuhkan dua perkara yang menjadi “harga diri” PAS sekiranya mahu bergabung dengan parti mereka. Mengaibkan, PAS setuju dengan permintaan itu! Mana Pemuda PAS dan Unit Amal? Tidak berani angkat muka?

Itu baru sedikit perkara yang saya utarakan mengenai “kebaculan” PAS dan pemuda-pemudanya. Ada perkara yang lebih penting, besar dan utama untuk mereka luahkan kemarahan, tapi mereka lebih rela simpan “telur” mereka di dalam peti ais!

Tapi kali ini hanya kerana dikatakan “penakut” kerana tidak turut berdemonstrasi untuk gulingkan kerajaan BN, Pemuda PAS sudah meroyan marah-marah pada pihak tersebut? Simpanlah “telur” itu dalam peti ais. Tak laku pun kalau dikeluarkan…

Begitulah hakikat golongan “shabab” di dalam PAS. “Telur” mereka digenggam rapat oleh DAP dan PKR. Kononnya nak tunjuk berani dengan meluahkan kemarahan, tapi mereka tak sedar diri mereka sudah lama tidak punya maruah dan harga diri.

Harapan saya supaya Nasrudin Hasan Tantawi lebih “peka” dengan tahap kebaculan para pemuda PAS di era kepimpinannya. Kalau nak tunjuk berani pun, biarlah bertempat. Kalau betul berani, sanggah Anwar, Azmin, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal! Macam tu baru ada “telur”, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!