Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 25, 2013

PANASSS..!!! MAHFUZ MARAH POLIS TANGKAP PENJENAYAHHH..!!!

mahfuz marah

Kadang-kadang rasa nak ketawa pun ada, nak marah pun ada apabila mendengar kenyataan Naib Presiden PAS, Mahfuz “Bean” Omar. Maklumlah, orang seperti Mahfuz ini bukannya berakal pun, tapi kerana nak tunjuk “hebat”, terpaksalah dia keluarkan kenyataannya walaupun bodoh sekali bunyinya…

Terbaru, Mahfuz marah pada PDRM. Kononnya pasukan keselamatan negara itu sebok bertumpu kepada operasi menangkap rakan-rakannya yang terdiri dari ahli politik dan aktivis parti-parti pembangkang.

Kata Mahfuz yang baru berjaya “menggulingkan” Ustaz Azizan Razak itu, pasukan pimpinan Tan Sri Khalid Abu Bakar itu sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha membasmi penjenayah di negara ini dan bukannya rakan-rakan politiknya itu.


Pada saya, inilah saya katakan sebagai ahli parlimen yang ada otak, tapi kurang berakal. Boleh berfikir, tapi tahap pemikiran dan IQnya sangat rendah…

Dalam soal menjaga keamanan dalam negeri, tidak kira siapa pun, sama ada penjenayah, ahli politik kerajaan mahupun pembangkang, peguam atau hakim, pemain bolasepak atau artis, dan sesiapa saja melanggar undang-undang akan ditahan mengikut akta yang ditetapkan masing-masing.

Apa PDRM boleh buat kalau ahli politik dan aktivis-aktivis pembangkang suka melanggar undang-undang? Kalau langgar undang-undang dan boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah, maka PDRM tangkap sajalah untuk siasatan lanjut, bukan?

Sudah terbukti turun menurun dan zaman berzaman bahawa ahli politik dan penyokong pembangkang suka melanggar undang-undang. Maka polis tangkaplah! Apa salahnya?

Misalnya, jika ada bukti yang boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah seperti memukul anggota polis atau orang awam, menghasut rakyat mengadakan huru-hara yang mampu mencapai tahap ganas, maka wajarlah mereka ditangkap, bukan?

ScreenHunter_01 May. 25 02.33

Sepatutnya Mahfuz menasihati dirinya sendiri, rakan-rakan ahli politik dan pencacai-pencacai yang diperalatkan mereka itu supaya tidak melakukan jenayah dan tidak melanggar undang-undang. Barulah polis tak tangkap mereka…

Pihak PDRM tidak pernah pilih kasih sama ada menyebelahi pihak kerajaan BN mahupun Pakatan Haram. Mana yang salah tetap salah dan mana yang benar sudah tentulah polis tidak akan tahan mereka. Takkan perkara itu pun Mahfuz tak boleh fikir.

Siapa kata pihak polis tidak pernah tangkap dan penjarakan ahli politik kerajaan? Atau Mahfuz sendiri “buta” tentang sejarah politik negara?

Siapa yang tidak kenal dengan Allahyarham Datuk Harun Idris? Beliau ditahan dan disumbat ke dalam penjara. Siapa yang tangkap beliau? Apakah DAP dan PAS yang sumbat Datuk Harun ke penjara dulu? Sila tanya pihak polis. Mereka yang tangkap beliau!

Paling ketara, siapa yang berani tangkap, dakwa dan penjarakan Timbalan Perdana Menteri? Cuba tanya Anwar Ibrahim, siapa yang siasat kes liwat dan salah guna kuasa yang dia lakukan ketika dia menjadi Timbalan Presiden UMNO dulu kalau bukan polis?

Itu membuktikan bahawa pihak PDRM sentiasa konsisten menangkap mana-mana penjenayah di negara ini. Mahfuz suruh tangkap penjenayah. Betullah! Polis tangkap penjenayahlah tu! Nak buat macam mana kalau penjenayah itu ahli politik dan aktivis Pakatan Haram.

Atau Mahfuz fikir sekiranya menjadi ahli politik dan aktivis pembangkang maka mereka kebal serta tidak boleh ditangkap kalau melakukan jenayah? Silap besarlah! Dan jangan marah polis kalau dulu mereka pernah tahan anak Mahfuz di atas kesalahan jenayah memiliki dadah…

Begitulah tahap IQ Mahfuz. Orang nak bercakap, dia pun nak bercakap. Orang buat cakap perkara yang bernas, dia cakap benda merapu dan tak tentu hala. Malang betul orang Pokok Sena dapat Ahli Parlimen sebegini bebal…

Sumber: Mykmu.net

4 comments:

Anonymous said...

jadinya kalau ikut logik, ahli politik tu takan jadi penjenayah walau apa pun yang dia buat. dah jadi macam ada lesen besar gitu.....

Anonymous said...

mahfuz bangang

Anonymous said...

Cian kat Mahfusss.

Anonymous said...

Itulah sebabnya ada ahli politik (bekas peguam) melakukan jenayah kerana menganggap dirinya kebal boleh bakar sapa sahaja.... Mahfuz, aku nak tanya hang kenal tak brader "P" tu?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!