Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 18, 2013

PANASSS..!!! MAHFUZ MAKIN GELABAH BILA PAK TAM TUNAI HARAPAN ANAK MUDA KEDAH..!!!

Pak Tam yang akan bina Litar Lumba ni...insyaAllah...
Berita baik untuk golongan muda di Kedah yang suka sangat merempit tu. Aku dengar, litar yang PM janji nak buat kat Kedah ni akan dibawa ke meja Menteri Besar Kedah untuk dibincangkan perlaksanaannya nanti...

Siapa yang akan bawa litar tu kepada Mukhriz? Individu yang akan bawak usul tu ialah YB Aminuddin Omar. Kalau sebut Aminuddin Omar ni orang Kedah tak berapa nak kenal. Tapi kalau di sebut Pak Tam Pemuda Kubang Pasu, rasanya ramai yang tahu...

Aku sendiri tak berapa kenal Pak Tam secara peribadi, hanya sekali dua minum teh tarik dengan Pak Tam sebelum ni. Tu pun dia tak kenal aku sapa... Meh sini aku cerita serba sedikit pasal Pak Tam ni...Individu yang akan bina Litar Lumba untuk golongan muda kat Kedah nihhh...



Pak Tam ni pada aku adalah seorang yang pendiam. Dia kurang bercakap. Tak tau la dengan orang lain macamana. Tapi dari pengalaman aku yang dok memerhati ramai pemimpin Pemuda UMNO Kedah, Pak Tam ni memang kurang bercakap...

Tapi yang best tentang dia, walaupun kurang bercakap, dia memang jenis buat kerja. Bagi la apa pun kerja kat dia, dia akan cuba buat sebaik mungkin. Belum pernah lagi la aku dengar orang merungut pasal Pak Tam ni...

Aku ingat lagi ada sekali tu aku lepak dengan YB Badrol Hisham minum teh tarik kat Stadium Darulaman tu. Pak Tam pun ada sekali. Dia kurang bercakap, tapi setiap apa yang YB Bad tanya, dia boleh jawab dan maklumkan semua tu dah settle...Masa tu, kedua-dua pemimpin Pemuda ni belum jadi Exco lagi...

Sekarang ni Pak Tam dah jadi Exco. Dia pegang portfolio jaga kebajikan belia dan sukan kat Kedah ni. Masa angkat sumpah kat Istana Anak Bukit baru-baru ni, Pak Tam bagitahu pasal Litar Lumba tu akan dibawa ke meja Datuk Mukhriz...



Menariknya, Pak Tam juga ada sebut pasal isu team Hijau Kuning, nampak "Sang Kenari" akan terbang tinggi semula. Bagi peminat-peminat bolasepak, nantikan "amukan" Hijau Kuning merampas kejuaraan Liga Super...!

Korang ingat Hijau Kuning lekeh ka? Heh! Pernah dapat treble wooo..!!! Tu zaman BN laaa.. Zaman PAS merudum! Bukan salah pemain sebenarnya. Sebuah team tu akan kuat dan unggul jika diuruskan oleh pihak yang bijak mengurus...

Contoh, kalau la kita suruh Mahfuz Omar uruskan Manchester United, rasanya tak sampai seminggu dia dah kena pecat! Heh! Ye laaaa... nak eja "lunch" pun tak reti... Errr... Mahfuz reti eja "bola" dalam bahasa Inggeris tak? Heh!

So, kita nantikan Litar Lumba tu nanti. Dan Hijau Kuning insyaAllah akan berada di prestasi sebenar selepas beberapa ketika nanti. Harap Pak Tam dapat memberikan khidmat terbaik untuk skuad kesayangan kita tu... Takbir..!!! Allahu Akbar..!!! (Ingat bertakbir tu PAS saja yang punya kaaa?)

2 comments:

Mahpuz a/l Omaq said...

hang jangan dok cabaq aku admin oi, "bola" dalam bahasa omputih ialah - sucker. Takkan tu pun aku kene ajaq pulak no..

Anonymous said...

salam

aku dengki betul ar dekat kedah ni.lebih2 lagi bila mukriz naik.bukan dengki sbb ada mb berbinkan dr mahathir,tapi dengki sbb ko orang boleh contact orang atas...ada maklum balas orang kata..kalau maklum balas ini berjawab dan masih berjalan baik hingga pru 14, jangan risau, kedah insyaAllah masih d tangan BN...yang penting maklum balas ada dan kita beri makluman dan ada tindakan pantas dari orang atas..kat negeri aku sedihlah..mb duk main pusing dia je...hope2 inner circle mb ada buat maklum balas dari camni juga...

teruskan usaha bro.jaga baik2 kedah tu ar...bagi aku kedah adalah penanda aras untuk rakyat negeri lain melihat bagaimana kedah setelah d jaga orang muda berlambangkan dacing..bagaimana mukriz mentadbir menjadi perhatian ramai..bukan sahaja d kedah tapi aku rasa seluruh malaysia..setakat ini tak miss lagi rasanay mukriz masuk tv..maknanya nilai berita ada pada dia..

maknanya ada je kerja dia..bagus..harap berterusan..kami perhati dari jauh...

budakteranung

Bila Kak Su Bersuara... Heh!