Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    51 minutes ago

Saturday, May 18, 2013

PANASSS..!!! KERANA FITNAH, "KAMBING JAMNAPARI" TEWAS DI PUTRAJAYA..? #Felda #FGVH

Tu diaa aiiihhh..!!! Nak berkempen tu berkempen la jugakk... Tapi jangan la sampai sanggup fitnah orang! Agak-agak la sikit. Kita ni orang Islam, Islam larang memfitnah sesama kita... Tapi mungkin juga kerana fitnah tu maka mamat ni kalah...kan?

Aku bercakap pasal Husam Musa. Yup! Dia kalah di Putrajaya. Dan aku yakin kekalahannya itu ada hubung kait dengan tindakannya yang menfitnah Datuk Seri Mustapha Mohamed kononnya memberi saham FGVH kat ketua-ketua bahagian UMNO di Kelantan...

Hasilnya, mahkamah memutuskan supaya Husam tidak lagi dibenar mengeluarkan sebarang kenyataan yang berbaur fitnah kat Tok Pa...ceritanya macam ni...



Masa dok berkempen hari tu, Husam ada tabur fitnah jahat kononnya Tok Pa pakat dengan Felda bagi saham FGVH kat ketua-ketua bahagian UMNO kat Kelantan. Kononnya dia nak orang kata Tok Pa ni tak amanah dan jahat laaa..

Tapi memandangkan Allah itu Maha Adil, Dia bayar "cash"! Tok Pa adukan perkara tu kat mahkamah dan hakim memerintahkan injunksi supaya Husam tak sebar lagi dah fitnah tu kat orang ramai...

Tu diaaa..sampai lagu tu sekali Husam kempen? Patut pun kalah kat Putrajaya... Kalau dok fitnah orang macam tu, Allah akan tolong ke? Tak malu betul dok minta doa kat Allah, tapi dia sendiri buat dosa besar...

Persoalannya, bila Husam nak mintak maaf? Heh? Jangan harap laa... kalau ada pun tunggu Hari Raya nanti.. tu pun kalau terserempak dengan Tok Pa..kan? kan? kan?

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah berjaya memperoleh perintah injunksi sementara bagi menghalang Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap beliau.
 
Perintah itu dikeluarkan dalam satu kes saman terhadap Husam berhubung dakwaan beliau mengenai pemberian secara percuma 400 lot saham Felda Global Ventures Holding Bhd. (FGVH) kepada setiap ketua UMNO bahagian di negeri itu.

Mustapa, 63, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman, Tetuan Shafee & Co. pada 22 April lalu.

Selain Husam, Mustapa menamakan Pas selaku penerbit akhbar Harakah; Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selaku pemegang permit Harakah; Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong; dan Pengarangnya, Azmi Yusof sebagai defendan pertama hingga kelima.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin sepatutnya mendengar permohonan injunksi inter-parte (antara pihak) dalam kes saman yang melibatkan Husam dan empat yang lain, hari ini.

Namun begitu, peguam Azhana Mohd. Khairuddin yang mewakili pihak defendan memerlukan masa untuk memfailkan afidavit balasan memandangkan pihaknya masih belum diserahkan dengan permohonan injunksi inter-parte tersebut.

Menurut Azhana, ketika pengurusan kes itu, Hakim Nor Bee memerintahkan pihak defendan memfailkan afidavit dan memasukkan hujahan bagi permohonan injunksi inter-parte yang akan didengar pada 17 Julai depan.

Mustapa yang memenangi kerusi Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas pada pilihan raya umum minggu lalu dalam pernyataan tuntutannya menyatakan, Pas pada 23 Mac lalu telah menganjurkan satu ceramah politik di Tapak Ekspo Machang.

Mustapa selaku pihak plaintif turut mendakwa, pihak defendan telah melakukan konspirasi dengan menerbitkan artikel bagi memburukkan beliau dan BN serta UMNO untuk menghancurkan kerjaya politik dan statusnya sebagai menteri Kabinet.

Sejak tarikh itu menurut plaintif, Husam yang ketika itu Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, telah memulakan kempen mengaitkan beliau dengan rasuah.

Mustapa menyatakan, Pas dan defendan lain, pada keesokan harinya dengan niat jahat telah menerbitkan dalam harakahdaily.net artikel bertajuk 'Lahad Datu: Menteri sepatutnya letak jawatan berhubung isu saham FGVH'.

Plaintif yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO menyatakan, artikel fitnah itu memberi gambaran antara lain, beliau kononnya ahli politik yang tiada kredibiliti dan menyalahgunakan kedudukannya bagi mendapatkan sokongan politik.

Sehubungan itu, Mustapa menuntut ganti rugi bagi fitnah lisan daripada Husam dan ganti rugi bagi fitnah bertulis daripada Pas.

Pihak plaintif turut menuntut daripada kesemua defendan, ganti rugi bagi konspirasi, ganti rugi bagi niat jahat atas penipuan dan ganti rugi tambahan serta ganti rugi teladan serta perintah injunksi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, Husam tewas kepada Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor di kerusi Parlimen Putrajaya dengan majoriti 5,541 tetapi menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Salor, mengalahkan calon BN, Mohd. Noordin Awang dengan majoriti 3,683 undi.

Husam tidak dilantik memegang jawatan sama ada sebagai Timbalan Menteri Besar atau Exco Kerajaan Negeri sebaliknya Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sebagai Timbalan Menteri Besar yang baharu.

Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Yakob pada 7 Mei lalu, menjelaskan Husam digugurkan daripada senarai nama Exco Kerajaan Pas Kelantan yang baharu setelah tidak mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. - Utusan

2 comments:

Anonymous said...

bagi penganut agama syiah (pas) mana ada istilah minta maaf ...
ingat kisah dulu presiden pas menfitnah tun m menonton vidio lucah dengan cucunya ada presiden pas itu minta maaf ... hanya tun m dengan ikhlas hati memaafkan dia ... itu bab keikhlasan tun m ... bagaimana dengan hukum Allah yang disabdakan melalui nabiNya yang agung yang menyatakan sesiapa mereka-reka cerita supaya orang tertawa maka tunggulah azab Allah ... bagi penganut agama syiah (pas) perbuatan bohong itu tinggi pahalanya ... diberi ganjaran pahala takiyah ... sebab itu mereka tidak kisah untuk berbohong ... kerana dapat banyak pahala ...

jo said...

Ada lagi tak acara pecah tanah... projek lebuhraya rakyat, kambing-kambing, pokok gaharu, stadium, pelabuhan, taman-taman dan pelbagai lagi yang pecah tanah dah dibuat tu menjadi ke?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!