Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 22, 2013

PANASSS..!!! DEWAN HIMPUNAN CINA MULA TUNJUK BELANG SEBENAR..!!!

robert

Nampaknya masyarakat Cina sudah semakin membuka pekung di dada. Mereka kini sudah semakin berani menunjukkan “warna sebenar” mereka. Siapa yang mereka sokong dan bagaimana corak mereka berfikir semakin terserlah!

Baru-baru ini Ketua Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (Pemuda KLSCAH), Robert Lua Khang Wei, tiba-tiba bersuara marahkan pihak polis dan mendesak agar Adam Adli dibebaskan dari tahanan reman di lokap.

Malah dia dengan berani menggesa kita semua rakyat Malaysia supaya sama-sama menyertainya berhimpun beramai-ramai di depan Balai Polis Jinjang dan terus berada di situ sehingga bekas pelajar UPSI itu dibebaskan pihak berkuasa.

Kata Robert, tindakan menahan Adam Adli itu tidak adil dan bersikap “double standard” apabila pihak berkuasa tidak menahan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah, yang kononya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman tidak pula ditahan polis.

Pertamanya, saya melihat tindakan Robert ini sebagai satu tindakan yang mengesahkan bahawa masyarakat Cina tidak lagi menyokong BN walaupun BN selama ini sering membantu mereka dengan berkongsi “kek ekonomi”, sama ada diperingkat negeri atau pun di persekutuan.

Terima kasih kepada Robert atas pengesahan itu. Saya tak kisah jika Robert menyokong Pakatan Haram, sekurang-kurangnya dia tidak lagi hipokrit dan berlakon menyokong BN dan “sebat projek” macam orang tak punya maruah!

Keduanya, tindakan Robert ini membuktikan bahawa Dewan Perhimpunan Cina di seluruh negara juga mengambil tahu dan mementingkan hal ehwal politik. Dan saya positif mengatakan bahawa mereka ini adalah dalang yang mengarahkan seluruh masyarakat Cina di negara ini supaya mengundi Pakatan Haram pada PRU ke-13 yang lalu.

Meskipun dilihat sekadar Dewan Himpunan Cina, kini mereka sudah berani menceburkan diri dalam dunia politik dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa. Tak mengapalah. Menghormati semangat demokrasi, lantaklah kaum Cina nak sokong siapa pun. Tapi jangan menyesal di kemudian hari…

Saya ingin bertanya Robert, dia tahukah masalah sebenar tentang Adam Adli dan kenapa budak tak guna itu ditahan polis? Robert tahukah makna “demokrasi” yang dia sebutkan itu?

Robert mendakwa bahawa demokrasi juga bermaksud kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun serta tindakan polis menahan Adam Adli didakwa menyekat hak asasi manusia.

Tapi, Adam Adli sendiri tidak menghormati demokrasi apabila tidak dapat menerima kekalahan Pakatan Haram dalam proses demokrasi pada PRU ke-13 tempohari. Kerana tidak hormat pada demokrasi itulah maka dia menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan!

Adam Adli tidakditahan kerana kebebasan bersuara. Dia bebas bersuara walau dalam penjara. Robert perlu faham bahawa Adam Adli ditahan polis kerana disyaki menghasut rakyat untuk melakukan huru-hara kerana sesuatu yang langsung tidak berfakta dan menentang semangat demokrasi.

Takkan itu pun Robert susah nak faham? Kalau tak faham, janganlah malukan diri sendiri dengan mengatakan sesuatu yang diri sendiri tak faham. Buat orang makin menyampah saja nanti, kan?

Kerana menghormati demokrasilah maka BN terpaksa akur denga 133 kerusi Parlimen saja kali ini.

 Kalau BN boleh “kowtim” dengan SPR, rasanya jangan haraplah DAP akan merasa menang di mana-mana kerusi. BN lebih rela berikan 3-4 kerusi kepada PAS berbanding DAP kalau benar BN boleh mengatur kemenangan di setiap PRU…

Kerana sifat semulajadi BN yang hormatkan demokrasilah, maka Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan terus kekal dijajah Pakatan Haram. Kalau diikutkan hati, semua negeri BN nak kuasai kembali…

Kerana demokrasi jugalah maka BN kongsikan kemewahan “kek ekonomi” negara dengan kaum Cina, India dan lain-lain bangsa di negara ini. Kalau tidak, jangan haraplah dapat secebis pun “kek” tersebut dan Robert pun mungkin terpaksa mendulang bijih timah di mana-mana kuari lombong!

Pada saya, UMNO atau BN tidak pernah pilih kasih atau bersifat perkauman. UMNO hanya pertahankan hak Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan. Sementara itu, UMNO dan BN tidak pernah melupakan hak kaum lain, termasuk kaum Cina.

Jadi, tak payahlah Robert nak “menyalak” lagi di depan Balai Polis Jinjang. Lebih baik Robert balik duduk di rumah saja main “mahjong” dengan isteri. Tak payahlah nak menegakkan benang yang basah kerana memang betul pun hujah Robert itu “sampah”!

Sumber: Mykmu.net

5 comments:

Anonymous said...



cina? biarkan dia org mampos

undi dia org 97% pegi pd DAP pun tak bleh menang

dia org tak kuat...cakap jer KUAT!

pas ni tngk ramai cina yg akan bunuh diri sbb hutang ah long tak bleh bayar

MAMPOS LA SAMA LU ORG

slow2 lu org punya perniagaan wa akan take over

MAMPOS LA SAMA LU ORG

semua lancau kecik

Anonymous said...

JANGAN LAGI LAYAN ORANG CINA MULAI SEKARANG. MEREKA ADALAH PENDATANG YANG MENGEMIS DINEGARA ORANG LAIN. MULAKAN AGENDA MELAYU YG PALING AGRESIF SEKARANG.

Anonymous said...

Amat lah jelak kaum cina sengaja mencari sebab untuk menaikkan kemarahan rakyat ke atas kerajaan dan pihak berkuasa. Ini dah tahap merbahaya dan perlu pengawasan rapi orang-orang seperti ini. Dan jika ada elemen hasutan, minta polis jemput menginap di dalam lokap. Sebagai pemimpin kaum cina dia nie pun dah bagi guarantee kepada ahli-ahli dan kaum dia bahawa kali ini cina akan tumbangkan UMNO dan cina akan berkuasa. Bila janji tak menjadi, di mana BN kekal menang, dia takut kena balun oleh kaum dia sendiri. Itu yang dia merapu. Alaaa....sama seperti kit sial dan mat liwat.

CJay said...

teruskan usaha BUY CHINESE LAST. BYCOTT AIR ASIA>>>

Anonymous said...

topeng mereka dan tersingkap..bn dah tahu dah pada pru 14 cina xkan sokong bn termasuklah mca dan gerakan..tumpukan pada org melayu dan taat pada bn dan org2 sabah dan serawak.bagi lebih banyak bantuan pada usahawan melayu dan kontraktor melayu

Bila Kak Su Bersuara... Heh!