Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 5, 2013

PANASSS..!!! 29 GAMBAR KEMPEN TERAKHIR TUN M DI JERLUN & PESANAN BELIAU UNTUK RAKYAT KEDAH..!!!

Bonda Siti Hasmah, Ayahanda Tun M, Datuk Mukhriz, dan Datin Zita...
Sebagaimana yang aku janjikan, aku siarkan 29 keping gambar Himpunan Rakyat Jerlun bersama mantan Perdana Menteri, Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tataplah sepuas-puasnya dan jangan lupa pesanan tokoh agung negara kita ni...

Aku sebenarnya sebak sangat tadi. Sebab aku kenangkan berkemungkinan besar ucapan Tun M tadi adalah yang terakhir baginya untuk berkempen sempena Pilihanraya Umum kat negara kita ni. Umur Tun M dah 87 dah... next PRU mungkin usianya lebih dari 90 tahun...

Pada usia tu, aku jangka mungkin tak wajar kita "meminjam" lagi usia Tun M dan menyusahkan negarawan ulung itu dengan ceramah-ceramah PRU yang padat, kan? Sebab tu la aku sebak.. namun aku sembunyikan genangan air mata aku tu dengan main "game" kat handphone... 

Sebelum aku terlupa... pada sesiapa yang berkenan dan nak dapatkan gambar-gambar di bawah, termasuk yang pernah aku siarkan di blog aku ni... sila emel permintaan masing-masing ke emel rasmi aku.. dukeofumno76@gmail.com... InsyaAllah, aku akan kirimkan..

Kat bawah ni ada 29 keping gambar menarik di sepanjang event tu. Khabarnya member blogger aku, Pisau Kedah ada bersama semalam. InsyaAllah dia akan upload video ucapan Tun M tu dalam masa terdekat.. buat masa sekarang..saksikanlah photojournalism dari aku...



Masa aku sampai.... dah lebih 4,000 dah tunggu kehadiran Tun M...pukul 8.30 pm...

Lan PetPet tengah hiburkan warga Jerlun... Perghhh..! Memang BN habis si Lan nihhhh...

Terhibur dengan celoteh Lan...Superb bebbbb..!!!

Kan aku dah kata... makin ramai yang datang... dah lebih 5,000 dahhh...pukul 9.00 pm...
Nyanyi lagu Negaraku... Lan PetPet tetiba menangisss...!!!

Memang betul dia menangis... kuat betul jati diri Lan sebagai warga yang sayangkan Islam, bangsa dan tanahair..!!!

Lebih kurang pukul 9.15 malam... Tun M baru sampai dan diserbu orang ramai untuk bersalam dengannya...termasuk aku..!!! Heh!

Tak sabar tunggu nak salam dengan Tun M... yesss..!!! Last sekali aku salam dengan Tun M ialah pada minggu lepas kat Alor Setar...
Datuk Mukhriz dan isteri, Datin Zita... bakal MB Kedah..!!!

Lambaian seorang bakal MB...

Tun M dan Bonda Siti memang suka membaca...sejak dulu lagi beb...samalah dengan aku...

Ramai betul orang jerit nama Datuk Mukhriz... termasuk aku.. heh! Penat dia nak melayan.. heheheee...
Sabar dulu... kita bagi menang dulu.. lepas tu baru cakap pasal MB...heh! Always humble...

Ucapan Datuk Mukhriz sehari sebelum diangkat rakyat menjadi MB Kedah...

Anak sapa la ni... adehhhh... tapi kedua-duanya sokong BN.... sama la kita... heh! Jangan kacau aaaa.. tu mak bapa dia yang punya tuuu...

Datuk Mukhriz bertawakkal pada Allah SWT...
Jangan lupa UNDI BN esok..!!!

Tak sempat dinner... aku minum air ni je sebotol.. cukup laaa.. Alhamdulillahhhh...

Tun M begitu serius memikirkan tentang masa depan Islam, bangsa dan tanahair... khususnya di Kedah negeri kelahirannya...

Bersorak memberi tepukan gemuruh pada Datuk Mukhriz...
Tok Abu (Datuk Abu Hassan Sarif)...calon DUN Kota Seputih...

Giliran Tun M... Tun M libas habis-habisan puak-puak pembangkang semalam.. memang berbisa bebbb..!!!

Kita bukan macam depa..depa kalau kalah depa boleh buat apa saja..termasuk salahkan SPR, Kerajaan BN dan buat huru-hara macam kat negara arab tu... kita takdak budaya lagu tu kat Malaysia ni...

Amanat terakhir Tun M sempena PRU...apakah kita akan dapat dengar celoteh Tun M pada PRU yang akan datang? Pesan Tun M...semua pakat-pakat undi BN esok..!!!
Khusyu' mendengar amanat Tun M...

Ibu dan anaknya yang taat setia pada Tun M...

Datuk Mukhriz mungkin "seriau" kena tibai dengan Tun M kalau tak perform masa jadi MB Kedah nanti.. heh! Gurau je Datukkkk... heh!

Ramai tak? Lebih dari 5,000... tapi puak PAS dah tentu kata 5 orang je yang hadir... biasa laaa...
Tu diaaaa..!!! Penyokong BN tegar.. I luv BN bebbbb..!!! Korang ada? Heh!


2 comments:

bahajr2009 said...

Tun. Kami sayangkan Tun. Kami harap kami dapat berdikari melindungi negara ini di masa depan. Maaf kerana menarik Tun ke kancah PRU13 sedangkan Tun dah patut berihat dengan keluarga. Salam sayang teramat sangat untuk Tun.

bahajr2009 said...

Tun. Kami sayangkan Tun. Kami harap kami dapat berdikari melindungi negara ini di masa depan. Maaf kerana menarik Tun ke kancah PRU13 sedangkan Tun dah patut berihat dengan keluarga. Salam sayang teramat sangat untuk Tun.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!