Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 15, 2013

MESTI BACA..!!! PERLU SANGAT KE UMAT ISLAM BERSATU DI MALAYSIA..???

Perhatikan gambarajah ni...
Tak habis lagi bergaduh tentang masyarakat Cina yang menyokong DAP dan Pakatan Haram? Sudah-sudahlah. Nak bergaduh buat apa? Kalau depa tak suka kat BN, kita boleh paksa, ke? Bagi la apa pun kat depa, depa ambik..tapi depa tetap sokong DAP dan Pakatan Haram...kan?

Pada aku, sekarang adalah masa terbaik untuk menyatukan umat Islam di Malaysia ni. Tak kira sama ada di bawah UMNO, PAS atau PKR, umat Islam di negara kita ni sebetulnya dari dulu perlu bersatu, tidak berpecah belah dan bergaduh, khususnya kerana POLITIK...

Allah SWT dan Islam yang disampaikan Rasulullah SAW suruh kita bersatu. Korang nak degil apa lagi? Nak pertahan pendapat korang apa lagi? Nak junjung ego korang macamana lagi? Islam yang suruh begitu...korang nak bantah?



Bila aku cakap pasal BERSATU, maka ramai pulak komen cakap "susah" la, "payah" la, "mustahil" la... macam-macam alasan depa bagi. Padahal, sebagai umat Islam, kita perlu usahakan perkara ni supaya berlaku.. kalau bukan kita yang mula gerakan, siapa lagi?

Pada aku, umat Islam kat Malaysia ni berpecah bagaimanapun, kita masih boleh bertaut dan bersatu. Tapi dengan syarat, kita bersatu kerana ISLAM yang sebenar. Kita tak boleh bersatu kerana parti, kerana politik atau kepentingan mana-mana pihak...

Kalau kita bersatu kerana Islam, bukan saja umat Islam saja yang kuat, malah bangsa Melayu yang majoritinya Islam pun akan bertambah kuat. Dari sudut politik negara kita, kuasa yang masih kekal di tangan Melayu Muslim akan semakin kukuh dan gagah..kan?

Jom kita tengok apa yang berlaku di dalam sirah (sejarah) Islam. Dulu, masa di zaman sahabat dulu, memang ada pepecahan. Sampai angkat pedang berperang. Tapi di tengah medan perang tu, senaskhah Al-Quran dijulang dan umat Islam yang sedang berperang jatuhkan pedang masing-masing!

Kenapa? Sebab mereka berdamai dan bersatu kembali di atas kalimah tauhid Allah dan Islam! Lagipun, masa Rasulullah SAW tiba di Madinah masa peristiwa Hijrah dulu, perkara pertama yang Baginda buat ialah MENYATUKAN umat Islam di antara Muhajirin dan Ansar. Lepas tu barulah Rasulullah SAW form the 1st working government in Islam, kan?

Pada aku, politik atau demokrasi ni semuanya ciptaan manusia. Lebih tepat lagi, ianya "ciptaan barat". Dalam konsep Islam, demokrasi wujud. Tapi ada had yang diimbangi oleh konsep wasatiah di mana ada sesetengah perkara tidak dibenarkan wujud demokrasi kerana ia adalah ketetapan Allah dan Islam itu sendiri. Contohnya ialah hukum-hakam dalam Islam....

Cuba tengok gambarajah yang susah payah aku buat tu (aku tak berapa pandai buat graphic). Walaupun kita umat Islam ni terbahagi kepada pelbagai parti, agensi, NGO dan sebagainya, kita sebenarnya BOLEH BERSATU di bawah Islam...

Berbanding dengan golongan bukan Islam dalam bulatan merah tu, mereka tak boleh bersatu pun sebenarnya. Depa hanya boleh bersatu sekiranya depa berniat nak jatuhkan Islam di negara kita ni. Lagipun, tak semua dari kalangan depa yang sependapat. Ada yang suka dan tak kisah tentang Islam. Dan ada pula yang memang anti-Islam dan anti-Melayu...

Punca aku mohon kita semua bersatu ialah bukan kerana politik. Politik adalah faktor kedua. Faktor utamanya ialah kerana Islam dan hak keistimewaannya di negara kita ni. Dan bidang yang menentukan soal dasar negara ialah "siasah" atau dikenali sebagai "politik"...

Dalam keadaan demokrasi kat negara kita sekarang ni, hanya ada BN dan Pakatan Haram. BN diketuai oleh UMNO dan Pakatan Haram diketuai oleh PKR (Anwar Berahim). 

Beza antara BN dengan Pakatan Haram ialah... 

BN dikuasai sepenuhnya oleh UMNO melalui perlembagaan yang dipersetujui dan BN tidak pernah menyisihkan kepentingan kaum atau parti komponen lain di dalam dasarnya.

Berbanding dengan Pakatan Haram, Anwar dilihat hanyalah "boneka" yang dikuasai DAP, manakala PAS pula hanya dilayan sebagai "parti kelas ketiga" dan parti yang ada nama "Islam" pada namanya itu terpaksa "memendam rasa" dan "membisukan diri". Dasar PAS pun dipaksa untuk dimansuhkan!

Sebab tu la aku kata kita Melayu Muslim ni tak boleh bersatu kerana politik. Sampai bila kita nak berpecah belah? 

Tapi jangan la kata UMNO terdesak. Gesaan aku ni tak ada kena mengena dengan UMNO. Ini adalah soal survival Islam di negara kita. Aku tak rela tengok Islam lenyap dek kerana ego sesetengah pemimpin yang lebih mementingkan politik berbanding Islam...

Apa pandangan korang? Perlukah kita berpecah dan bergaduh lagi? Atau kita sepatutnya usaha untuk menyatu umat Islam di negara kita ni? Boleh komen sikit?

P/s: Kalau umat Islam kat Malaysia ni dah bersatu, korang rasa orang Cina berani lagi ke angkat muka? Bukan setakat politik je, malah semua aspek kita akan menang woooo..!!! Allahu Akbar..!!!

8 comments:

kluangman said...

Ajak melayu dan Islam bersatu - itu rasis le bro

Lim kit siang kata dap tak rasis, dlm dap ada india, cina, melayu, iban, kadazan - semua hidup bersatu, aman, adil

BN dah complete cuma satu je tak de - telor

Anonymous said...

sepatutnya begitulah...
umat islam kat Malaysia nih mesti bersatu...barulah kaum kafirun nih berasa takut n gerun

Anonymous said...

Salam. Tsunami cina dah berlaku, tak bolehkah berlaku tsunamai Islam?. Kalau pakai serban gajah pun boleh duduk, tapi untuk memutuskan orang2 Islam supaya bersatu tak boleh ke?

FAHRUGHAZI said...

Hampir semua orang Islam/Melayu tahu kita wajib bersatu. Banyak ayat-ayat quran dan hadis-hadis sahih yang menyatakan kewajiban bersatu dan keburukan bila sesuatu umat itu berpecah belah.
Tapi selagi dua pihak berikut masih ada dan tidak mahu sedar, bertaubat dan kembali kepangkal jalan, orang Islam di negara ini agak susah untuk menjadi satu.
Pertama, Nik Abdul Aziz dan pengikut-pengikutnya. Dalam banyak kenyataan-kenyataannya beliau macam mempunyai demdam yang tidak boleh dipadam dari hatinya. Beliau asyik menyatakan UMNO tolak Islam, zalim dan sebagainya. Tetapi yang terang-terang menolak Islam dijadikan kawan seperjuangannya. Sebagai seorang yang dilantik sebagai Mursydul Am, beliau sepatutnya tidak ada perasaan dendam terhadap sesama Islam. Rasulullah setelah menawan Makkah tidak sedikit pun berdendam dengan Musyrikin Quraish yang telah menentang, menghina, memulau dan memerangi Baginda dan umat Islam. Kenapa Nik Abdul Aziz tidak menikut sunnah Rasul tetapi menonjokan imej alim dan waraq. Lebih teruk dia telah meracuni fikiran rakyat dengan keterampilannya untuk membenci orang-orang Islam yang tidak bersafahaman dengannya.
Kedua ialah orang-orang Islam yang terpadaya dan taksub dengan seorang insan yang sangat berkarisma tetapi gila kuasa dan kemaruk untuk menjadi PM. Kumpulan ini telah didoktrin untuk membenci UMNO/BN dan menyokong hasrat pempinpin yang gila kuasa ini untuk menawan Putrajaya.
Kedua-kedua kumpulan ini mesti diberi kesedaran bahawa tindakan-tindakan mereka hanya merugikan orang Islam sendiri dan dapat mencetuskan ketidakstabilan dalam negara.

Longchepoh said...

Masalah sekarang bukannya pada rakyat biasa di bawah ni. Melayu di bawah ni ok. Kita menerima segala yang boleh membawa kebaikan. Tapi yang jadi masalah ialah pemimpin PAS sendiri yang mulut mereka macam haram jadah. Yang nak ludah la dan ada sekor tu pulak kata tolong buat apa orang nak lemas. Ada pulak yang dengan bangga kata dia tepis tangan UMNO yang nak bersalam.

Mereka ni serban saja besar tapi perangai macam PUKI JALANG.

Rahmat Alim said...

Setuju sangat, ketepikanlah dendam individu tertentu, kenapa diheret orang lain orang lain bersama, lupakan sengketa rapatkan saf, ucapkan "Subhanallah" sekiranya Imam tersalah perbuatan atau perbetulkan bacaannya, tidak salah, Islam ini indah. Kenapa dahulu Rasullah berperang untuk mengembangkan syiar Islam? Tentulah kita memerlukan kuasa untuk semua itu, sekiranya umat Islam tiada kuasa kita akan hilang segalanya, semuanya boleh diubah sekiranya kita tiada kuasa. Ingat penyatuan ummah itu penting kerana yahudi sentiasa mengintai peluang dari semua sudut, Ingat Janji Kita Kepada Allah.....

melayu sejati said...

Skrang bkn crite psal rasis lagi!! Dap x nk melayu Islam bersatu sbb dia takut kekuatan dia akn padam! Melayu kena bangkit brsatu ats nama Islam agr dpt memartabatkan maruah yg sudah trcalar!

MARTOIRIAT said...

Gegak gempita nak suruh PAS dan UMNO bersatu demi Islam. Tapi sejak bila UMNO pentingkan Islam..? Kebanyakan pemimpin UMNO sendiri memperlekehkan hukum hudud. Bila memperlekehkan hukum hudup samalah memghina Islam. Apabila UMNO lemah diajak PAS bersatu diatas kepentingan Islam. Bersatu diatas kepentingan Islam atau kepentingan politik UMNO.? Orang melayu Islam bukan tidak bersatu tapi mereka bersatu di luar UMNO. Jika UMNO benar2 mahu menegakkan Islam mereka perlu ubah terlebeh dahulu perlembagaan sekular sebab mereka berkuasa dan gantikan perlembagaan negara yg berlandaskan Al Quran dan hadith.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!