Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 6, 2013

MESTI BACA: ANALISIS PALING MENARIK #PRU13...

menepati janji
Aku masih letih. Otak dan fizikal masih kurang bertenaga. Namun aku ada sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama pembaca blog. Aku ni tak berapa nak reti bodek-bodek ni bebbb.. jadi analisis ni agak sealiran dengan padangan aku...

Aku terbaca analisis awal member aku di Mykmu.net. Jalil ni memang member aku pun dan aku rasa dia ada point yang memerlukan perhatian dari seluruh pemimpin UMNO/BN, dan tidak hanya bertumpu pada DS Najib saja...

Baca sampai habis analisis Jalil ni. Memang menarik untuk direnungkan. Persoalannya, apa yang boleh kita bantu DS Najib, UMNO/BN dan seluruh pemimpin kita selepas PRU ke-13 ni? Memang satu analisis yang menarik...



Oleh Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net) (*Pandangan ini mungkin sekadar pandangan daripada seorang ahli UMNO biasa yang tidak mempunyai akses menyeluruh kepada jentera parti. Apa yang dinyatakan datang dari pemerhatian bukan penyelidikan. Justeru ia sekadar pandangan. Ini boleh jadi benar dan boleh jadi salah!)

Keputusan Pilihan Raya UMUM ke-13 yang diumumkan semalam bukanlah sesuatu yang mengejutkan seperti yang cuba digambarkan oleh beberapa pihak. Adalah merupakan fenomena global untuk sesebuah kerajaan dalam bentuk demokrasi ala Britain ini tidak memperolehi kerajaan majoriti 2/3. Ia bersangkutan soal masyarakat yang semakin terpisah, berpecah, tiada tolak ansur dan nihilis. 

Sudah hampir pupus kerajaan yang memerintah dengan majoriti 2/3. Namun ia bukanlah satu yang boleh memberi keselesaan atau kegirangan kepada kepimpinan Barisan Nasional. Mana-mana parti harus berusaha mendapatkan majoriti 2/3 untuk membentuk kerajaan yang stabil. Dalam makna inilah kepimpinan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bergerak seperti mesin yang tidak kenal penat siang dan malam untuk menarik sokongan rakyat.

Saya pernah menyatakan bahawa ketika mengambil alih UMNO dan Negara, Mohd Najib umpama “orang lemas yang cuba mencapai apa-apa sahaja.” Boleh dikatakan setiap cadangan yang dicadangkan kepada beliau akan dilakukan segera sekiranya beliau percaya boleh membawa sokongan positif kepada BN. 

Saya pernah berbicara, melihat dan memerhati tiga Perdana Menteri, saya fikir Mohd Najib merupakan Perdana Menteri paling cepat memberi tindak balas yang bersifat politik. Dalam masa yang sama beliau menjadi terbuka dan membenarkan kumpulan-kumpulan badan bukan kerajaan yang pro-BN dan pro- Pakatan bermaharajalela tanpa mempedulikan keharmonian dan keamanan negara.

Mohd Najib cuba melayan dan memenuhi tuntutan Perkasa, Hindraf, Dong Jia Zhong dan BERSIH. Secara teorinya, langkah Mohd Najib ini merupakan langkah popular dan boleh membantu kemenangan BN. 

Namun kerana terlalu banyak menerima dan melaksanakan apa sahaja cadangan yang beliau anggap boleh menarik sokongan kepada BN, Mohd Najib berhadapan dengan satu persepsi baru. Beliau dilihat lemah dan terdesak untuk menang dalam pilihan raya. Ini mendedahkan dirinya kepada ugutan politik kawan dalan lawan dan mengurangkan keyakinan orang ramai sama ada BN akan menang atau tidak dalam pilihan raya. 

Kepimpinan Pra dan Pasca 2008

Mohd Najib berhadapan dengan pelbagai cabaran sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara dan parti. Sama ada beliau sedar atau tidak bahawa penolakan terhadap BN pada 2008 disebabkan oleh kepimpinan lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan polisi-polisi yang tidak disukai rakyat walaupun mungkin baik dari segi teori. 

Mohd Najib mempunyai aura dan imej kepimpinan yang lebih baik daripada Abdullah dalam beberapa segi. Beliau dilihat lebih kotemporari, mempunyai kebijaksanaan pentadbiran dan menguasai isu-isu semasa yang lebih baik.

Namun di hati kecil ramai orang, kepimpinan Najib tidak banyak berbeza dengan beberapa hal membabitkan persepsi. Orang Melayu masih tidak merasai terdapat perubahan besar dalam agenda Melayu dan Islam. Orang Cina masih merasakan mereka boleh mengugut BN dan orang India masih menjadi lalang.

Seorang pemimpin UMNO bertanya saya, “Apakah yang tidak kena lagi? Najib telah melakukan bermacam perkara dalam tempoh 3 tahun ini. Jika dulu kita seperti naik keretapi arang, sekarang kita macam naik keretapi elektrik. Tapi orang masih tidak mengundi kita.”

Jawapan saya ialah, jika Mohd Najib tidak melakukan semua ini kita mungkin akan kalah teruk lagi atau hilang terus kuasa. Jadi apa yang Mohd Najib lakukan ini mempunyai kesan yang sangat baik tetapi tidak cukup besar untuk mengubah persepsi.

Namun pertanyaan itu sangat relevan dan signifikan. Memang Najib melakukan bermacam-macam perkara. Terlalu banyak yang dibuat, dilancarkan dan dirancang sehinggakan rakyat sendiri pun sudah keliru dan tidak sempat memahami segala pengumuman yang dibuat. Akhirnya kerana terlalu banyak yang dilontarkan, rakyat sudah tidak merasa apa-apa makna lagi. 

Kerajaan bercakap soal transformasi, ETP, GTP, Rakyat berpendapatan tinggi, pembanterasan rasuah, kenaikan gaji sektor awam, gaji minimum dan sebagainya. Namun rakyat bercakap soal tarif elektrik, harga barang, harga kereta, kadar faedah, pinjaman pengajian yang lebih baik dan kualiti kehidupan.
Apa yang Mohd Najib lakukan baik tetapi tidak seiring dengan apa yang kumpulan pendapatan rendah dan menengah harapkan.

Para Menteri Kabinet juga tidak banyak membantu Mohd Najib. Isu kalimah Allah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), pengurusan Pasukan Keselamatan, dan cara kerajaan menangani hal-hal membabitkan keamanan, keselamatan dan badan bukan kerajaan menimbulkan pergolakan emosi dan hilang kepercayaan di kalangan penyokong tradisonal UMNO.

Faktor Orang Sekeliling

Antara punca kemarahan ramai orang kepada Pak Lah ialah faktor orang terdekat. Jika Pak Lah menjadi mangsa kerana kemarahan orang terhadap Khairy, Kamaluddin dan Kalimullah, Mohd Najib akan berhadapan dengan perkara yang sama jika ia dibiar berlarutan.

Ramai orang sudah melihat bahawa terdapat pembabitan aktif ahli keluarga Najib dalam hal-hal membabitkan politik dan pentadbiran.

Sama ada suka atau tidak, terdapat banyak kumpulan yang percaya Datin Seri Rosmah terbabit dalam membuat pelbagai keputusan parti dan kerajaan. Ia boleh jadi hanyalah fitnah dan persepsi buruk semata. Namun fitnah dan persepsi buruk ini sukar dikikis dan boleh menjadi barah jika tidak dibetulkan.

Kita tidak boleh menyalahkan Rosmah atas persepsi negatif ke atasnya. Manusia yang mahu berfikiran negatif akan sentiasa mencari keburukan orang. Walaupun terdapat ribuan program membantu masyarakat yang dibuat oleh Rosmah, namun persepsi buruk juga yang dikatakan orang. 

Bagaimanapun kita harus menguruskan persepsi. Pendedahan media yang keterlaluan terhadap Datin Seri memberi kesan yang agak negatif imej beliau terhadap rakyat. Beliau boleh sahaja melakukan pelbagai program masyarakat tanpa muncul secara keterlaluan dalam media massa.

Namun apabila sering terdedah kepada media, rakyat melihat beliau antara orang yang berkuasa, ini sekaligus membenarkan persepsi-persepsi negatif yang diwujudkan parti lawan ke atas beliau. 

Selain itu, Mohd Najib juga dilihat membelakangi parti apabila meletak terlalu banyak para pegawai pejabat Perdana Menteri menjadi calon pilihan raya walaupun tanpa merit. Ini telah menimbulkan rasa kurang senang aktivis parti. 

Sama ada suka atau tidak, ramai yang bercakap relevan apa Mohd Najib meletakkan Setiausaha Politiknya, Datuk Shafie Abdullah bertanding di Wangsa Maju yang merupakan kerusi MCA. Ini khabarnya menjadi pertikaian MCA Wangsa Maju. Demikian juga dengan meletakkan Datuk Shahlan di Pokok Sena, Datuk Fatmi di Kota Bharu, Irmohizam di Kuala Selangor, Suffian Awang di Kuantan dan Latt Shariman di Kubang Rotan. 

Kempen Ala Presiden Amerika Syarikat

Jika dilihat sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu, kempen terlalu difokuskan kepada imej Mohd Najib bukannya parti. Ramai pemimpin diperingkat bawah tidak diangkat dan ditonjolkan sebaik mungkin ini menyebabkan BN tidak lagi dilihat sebagai sebuah jentera yang kuat. 

Sebaliknya sepanjang tempoh tiga tahun lalu, kita digambarkan seolah-olah ini pilihan raya “one man show”. Semuanya berkenaan Najib Razak. Jenama Najib Razak mengtasai jenama BN. Apabila pilihan raya, BN yang dipertaruhkan bukan Najib Razak. Ini hakikat yang perlu disedari. 

Kesimpulan

Hakikat bahawa terdapat kelemahan-kelemahan Mohd Najib bukan bermakna beliau seorang pemimpin yang lemah. 

Sebagai pemimpin yang mewarisi parti dan negara dalam keadaan lemah, Mohd Najib telah melakukan yang terdaya untuk memulihkan sokongan dan membetulkan jentera parti dan pentadbiran. 

Perjalanan ini memerlukan masa untuk berjaya. Najib berada dilandasan yang betul untuk memulihkan sokongan rakyat kepada BN. Namun ini hanya akan terjadi jika Najib sendiri bersedia membetulkan gaya kepimpinannya terlebih dahulu.

Sama ada Kabinet atau Pejabat Perdana Menteri, Mohd Najib perlu memilih mereka yang boleh bekerja, boleh berfikir dan ada kekuatan politik, bukannya kerana orang itu ada pertalian keluarga atau penyokong kuatnya.

Mohd Najib juga sudah boleh tahu apa nasihat yang betul dan apa yang nasihat yang salah yang diberikan oleh orang sekelilingnya. Jadi beliau sudah tahu siapa yang layak untuk membantu beliau dalam pusingan kedua pentadbirannya.

Selamat Bertugas Dato’ Sri! - Mykmu.net
Yup. Nampaknya tugas dan perjuangan aku belum selesai. Aku perlu bantu UMNO dan BN lagi. Walaupun menang di peringkat federal dan negeri Kedah, mahu atau tidak, aku perlu lakukan sesuatu... 

Cuma... bagi aku sedikit masa untuk berehat. Tak lama.. sekejap je bro. Aku nak tumpu family kejap. Tenaga, masa, wang ringgit dan macam-macam lagi dah kita korbankan. Namun aku yakin perjuangan ini perlu diteruskan... Hidup UMNO..!!! Hidup BN..!!

25 comments:

Anonymous said...

memang menarik....tapi cha ya nun alif racis masih tak puas hati,nak apa lagi??

Anonymous said...

Hidup d o umno

Anonymous said...

salam,

antara analisis yg baik. umno perlu ubat yang mujarab. semua pandangan dari bawah sampai ke atas perlu diambil berat. segala pujian dan ampuan tolak tepi.

pandangan yg seiring dan sama serta banyak daripada bawahan perlu diambil tindakan. kerana mereka yg hampir dengan para pengundi yg ramai.

harap pihak tertinggi umno mengambil tindakan yang terbaik dengan meletakkan agenda agama, bangsa dan negara di atas sekali.

Anonymous said...

Excellent analysis! Hope our PM read this. He's really hard working man.

Anonymous said...


Saya tetap menyokong UMNO/BN...UMNO/BN telah banyak berjasa.

Anonymous said...

>tahniah bro...mari kita bantu ajib gor
>tahniah kpd pengundi2 yang memenangkan calon2 umno@bn dikedah..
>banyak tugas menanti kita...walaupun kita bukan somebody....

Anonymous said...

Setelah melihat betapa rasis nya org Cina dan ada gerakan menterbalikkan bendera Malaysia. Ini perlu ditangani segera.

Saya harap kerajaan negeri yg UMNO pegang melantik YB PAS utk menyertai Exco negeri sebagai langkah awal perpaduan org Islam/Melayu.

Moga ALLAH Membuka hati org-org Melayu/Islam utk bersatu padu.

AMIN.

Anonymous said...

Brilliant insight, hopefully Najib is listening. The most important thing is how to tackle those in the 20ish age bracket. Our youngsters easily believe what they read on the social media and the level of hatred targeted to the present gov is unbelievable.I am a former teacher/educator who keeps in contact with my former students. It's disheartening to see the negative views they have of BN and the gov. They will be a major force to reckon with in the next GE, so something should be done to right their misconceptions

Anonymous said...

apa yg di analisis tu sememang nya tepat,namun begitu banyak perkara yg perlu pemimpin umno renungkan, lihat lah nasib penggundi2 melayu,yg semakin di anak tirikan hanya kerana untuk mendapatkan sokongan dari kaum lain, ye benar mereka memberikan sokongan, mungkin skongan itu kelihatan tidak berbelah bahagi tetapi tidak memberi undi kepada barisan nasional..dan inilah yg di terjemahkan di PRU13 ini..
oleh yg demikian sudah tiba masanya lihatlah pengundi2 melayu yg terus memberi undi kepada barisan nasional,

Anonymous said...

Betoi juga apa yang dianalisis nih. jenama Najib, bukan BN or Umno. Tapi mahu ke Najib dengar nasihat daripada org2 cenggini?

Plus, apa maksud dia national reconciliation? at whose expense? Jangan laksana polisi yang bukan2 udah.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat mengenai persepsi negatif terhadap Datin Seri .Sekarang ni rata2 orang Melayu sudah memakai tudung kepala. Bila beliau tidak bertudung , org Melayu sudah tidak boleh relate pada beliau. Sehingga org Cina pun lebih hormat pada isteri pemimpin yang bertudung. Saya harap yg terbaik pd Datuk Seri sebab saya percaya dia seorang yg baik.

Anonymous said...

Menarik.Harap2 sapa boleh sampaikan pd DS Najib.Ada kebenarannya..

Anonymous said...

amat setuju dengan analisa dan amat tepat. untuk survival, kesenambungan dan relevan nya UMNO/BN dan bangsa Melayu, sanggup kah DSN terima komen-komen di atas dan perbaiki nya? sanggup kah DSN for example, minta isteri dia lie low dan low profile? contoh nya seperi TUN Dr Asmah...??? Yang lain-lain pun sangat relevan. kalau tak tahu macam mana nak lakukan pembaikan, saya boleh bantu.

Anonymous said...

Menarik.Harap2 sapa boleh sampaikan pd DS Najib.Ada kebenarannya..

Anonymous said...

Buy Chinese Last....

Anonymous said...

mengenai sokongan org cina....bagi aku apa lg depa mau...apa yg melayu dapat cina juga dapat, india pun dapat....kenapa tak boleh sokong BN...realiti skrg cina mau kuasa lebih tepat lagi DAP MAU KUASA...kalau org cina sedar diri kena la kongsi kuasa mcm MCA dan GERAKAN ...Cina skrg dah lain zaman mahadir depamau keamanan supaya dapat meniaga dan kaut untung dgn byk...zaman najib depa mula mau kuasa....kita sebagai MELAYU JANGAN MUDAH ALPA.melayu sokong BN rapatkan BARISAN dan terus sokong kerajaan BN melayu PAS N PKR didoakan buka hati dan minda....

berasiam said...

Najib bertindak sebagai Perdana Menteri, sebagai kerajaan dan bukan sebagai Presiden UMNO dalam semua transformasi yang dilaksanakan. Pendek kata, transformasi adalah terhadap/oleh kerajaan Malaysia, bukan transformasi BN atau UMNO. Inilah yang sering menjadi kekeliruan di kalangan ahli UMNO. Mereka gembira Najib melaksanakan pelbagai transformasi dan beranggapan seolah-olah mereka sebahagian daripada transformasi itu. Hakikatnya mereka hanyalah ahli parti dan bukanlah anggota kerajaan untuk beroleh kredit dalam segala gerak kerja transformasi itu.

Transformasi dalam UMNO tidaklah semudah transformasi dalam kerajaan. Kuasa dalam UMNO berserakan. Kalau nak ikutkan cara beradap, semua ketua bahagian yang kalah di Selangor khususnya, dan negeri lain umumnya, perlu mengambil tanggung jawab dan tidak bertanding semula. Begitu juga semua ketua cawangan. Muka baru yang lebih berkeupayaan perlulah diberi peluang menjadi teraju kepemimpinan. Soalnya, perkara tersebut tidak berlaku dengan mudah. Tidak ada yang secara sukarela mahu melepaskan jawatan dan mengambil tanggung jawab atas kekalahan parti dalam pilihanraya. Itulah antara cabaran utama dalam mentransformasikan UMNO.

Sudah sampai masanya untuk cawangan-cawangan UMNO diterajui oleh golongan 40-an yang berpendidikan tinnggi. Dengan jangkaan PRU-14 dalam 5 tahun lagi, mereka akan berusia lewat 40-an dan awal 50-an ketika itu, latar belakang pendidikan tinggi mereka mampu menjadikan UMNO relevan untuk semua. Di peringkat bahagian juga keadaan yang serupa sepatutnya dijelmakan.

Sudah berlalu zaman bagi ketua-ketua yang berstatus dinosaur dalam parti. Berubah atau diubah, "berani berubah"....Macam pernah dengar je...

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara2 pembaca,

Memang menarik kupasan yang diberikan namun ada sesuatu yang terpanggil untuk saya mengulas sedikit iaitu mengenai faktor personaliti DS Najib. Suka atau tidak imej DS Najib memberikan kemenangan dalam PRU13 ini. Ramai masyarakat Melayu yang pro-BN dan tidak mewakili mana-mana parti mengundi BN kerana imej dan personaliti DS Najib. UMNO hanya kalah di 11 kerusi Parlimen daripada 120 yang ditandingi. Jika dikira dengan mudah, masyarakat Melayu masih mempercayai UMNO daripada PKR mahu pun PAS di kawasan minoriti Cina. Kekalahan di Wangsa Maju dan Gelang Patah yang mana merupakan kerusi 'pinjaman' daripada parti MCA menjadi bukti UMNO 'dikalahkan' kerana jentera MCA tidak seratus peratus dapat menangkap atau membaca mood pilihan pengundi Cina. Dalam kes Wangsa Maju, unsur sabotaj calon Melayu salah satu faktor BN tewas.

UMNO masih menjadi pilihan orang melayu secara amnya, namun peralihan undi majoriti masyarakat Cina kepada Parti DAP menjadi buah mulut orang ramai. Parti rasis ini telah menjadi pilihan nombor satu oleh masyarakat Cina seluruh Malaysia. 38 kerusi parlimen dimenangi mereka rata-ratanya adalah kawasan majoriti Cina.

Memang pada awal kita agak marah dan terkilan kenapa ini terjadi setelah DS Najib berkempen di P.Pinang bukan dua tapi tiga empat kali termasuk membawa penyanyi PSY dengan Gangnam Style. Rasa tertipu dengan permainan politik mereka, MCA dan Gerakan cuma menang enam kerusi parlimen sesama mereka yang boleh disimpulkan kerusi selamat kerana majoritinya adalah Melayu. Bedah siasat yang dijanjikan Presiden MCA dan Gerakan tidak membawa makna jika kepimpinan yang ada sekarang tidak dapat membaca mood pengundi Cina pada PRU12 lagi telah menolak mereka! Signal yang ada pun tidak diendahkan, pemilihan calon MCA dan Gerakan pun dipertikai oleh ahli mereka di sesetengah kawasan. Boleh disimpulkan nasi telah menjadi bubur. Dengan 109 kerusi yang dimenangi UMNO, ucapan penghargaan berjuta-jua terima kasih patut diucapkan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputra di negeri Sarawak yang memberi kemenangan 100 peratus kepada parti PBB, PRS dan SPDP. Malangnya SUPP yang semua maklum parti Cina menerima tempias kekalahan MCA dan Gerakan.

Kesimpulan mudah yang boleh dirumuskan, UMNO perlu menguatkan sokongan kaum Melayu yang tidak mewakili mana-mana parti terutama di Pantai Barat dan kawasan bandar. Difahamkan daripada 13juta++ pengundi berdaftar, 6juta++ tidak mewakili atau bukan ahli pertubuhan politik, dan dengan ruang yang diberikan di edia sosial tidak mustahil, mereka ini menyokong 'gerakan perubahan'. Cyber troopers DAP atau Red Bean Army telah lama meresap ke dalam pemikiran mereka sejak PRU12 dan tak hairanlah kemenangan besar DAP dalam PRU13 ini adalah kesinambungan kejayaan PRU12.

Kita harus bersyukur ke hadrat Allah swt. kerana gerakan perubahan yang dituntut kaum Cina mewakili DAP, PKR dan non-partisan atau yang mereka canang-canagkan 'Ini Kalilah' ini tidak diikut dan disambut oleh majoriti masyarakat Melayu di Malaysia yang yakin dan sayang pada imej dan personaliti
Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abul Razak.

Harapan saya selepas ini Media Prima dan RTM dapat memainkan juga lagu Warisan/Anak Kecil Main Api yang jika diteliti maksud dan liriknya membangkitkan semangat jati diri orang muda berbangsa Melayu yang hilang bersama arus perkembangan zaman. Cukuplah dengan lagu 1Malaysia yang hanya dihargai oleh masyarakat Bumiputra di Sabah dan Sarawak. Jika difikir-fikirkan secara rasionalnya, Lagu 1Malaysia adalah wayang atau lakonan untuk meniupkan penyatuan semua kaum yang jelas terbukti gagal diterjemahkan dengan undi kepada Barisan Nasional dalam PRU13 ini. Seacara logiknya Lagu 1Malaysia ini lebih membawa perpaduan kepada gerakan perubahan. Entahlah. Lagu Warisan/Anak Kecil Main Api lebih sesuai di waktu sekarang untuk memulihkan perasaan marah dikhianati bangsa sendiri yang menyokong perubahan. Aku bersyukur ke hadrat Mu, Ya Allah kerana tidak merelakan pemimpin sesat dari memimpin negara Malaysia ini. Amin.

Anonymous said...

Aku setuju anon 12.24am....isu 'tudung kepala' ini jgn pndg remeh...ianya WAJIB oleh stiap wanita Islam.....jadi nasihat aku pd PM, Menteri2 Kabinet, wakil rakyat & Mukhriz MB Kedah yg baru...suruh2 la bini2 anda bljr pakai tudung....klu degil sgt tak nk dgr....jgn la dibawa ke majlis2 yg dihadiri...lbih baik sruh duduk rumah je!! Ckup2 la perasan kita ni lawo sgt....satu lgi had kan pakai sunglass trend baru yg bsr bagak, brg kemas berlian sgala bagai bila dpn orgramai....

Aku bckp benar ni....selalunya aku dpt komen orgramai, org kpg, tok2 aji & mak2 aji...waima kaum kluarga aku sndiri tmasuk anak2....mrk meluat dgn gaya2 begini....Wp ia hak peribadi masing2...menutup aurat hndklah kr ALLAH SWT....tapi percayalah ianya 'nilai tambah' pada wakil rakyat itu...Di mata Islam walau hebat manapun seseorg itu....jika isteri & kluarga tidak nenutup aurat...awal2 lg nda telah GAGAL sbg ketua kluarga....apalagi jika anda pemimpin No.1 negara....

Kami akui Dato Seri memang telah byk berkorban dgn bekerja kuat slama ini....kurangkan la 'Rosmah' di sisi selagi beliau blum ber'ubah' (bukan kami benci dia)....tapi isu 'kecik' inilah yg men'JATUH'kan anda secara halus....Maaf jika ini menyinggung hati tapi percayalah ianya BENAR!!! Ikhlas dr saya yg InsyALAH akan menyokong UMNO/BN hnga ke akhir hayat...

Anonymous said...

Sokong anon 5.24 am....jadikan 'lagu tambahan' selain lagu 'NegaraKu'....di semua sekolah dr sek.rendah & menengah...juga ke Universiti....krn melalui telinga akan menyusup ke hati....mudah2an dpt memberi keinsafan....

Anonymous said...

untuk PRU14 atau PK kalau ada nanti berikan hak mutlak memeilih dan menentukan calon kepada panel pemilihan yang perlu diujudkan oleh ketua perhubungan UMNO/Barisan.

lamah said...

Aku bekas seorang pegawai Kerajaan yg berumur lebih enam abad, yg telah melalui pahit maung kehidupan dimasa lampau akan tetapi kurang mendampingi aliran politik semasa. Walau bagaimanapun kali ini aku terpanggil untuk memberi beberapa komen selepas keputusan PRU13 diumumkan.
Sungguhpun polarisasi kaum bukan satu yg baru, akan tetapi kali ini ia tersangat jelas kelihatan, seolah-olah telah dirancang dgn begitu teliti sekali sehingga perbalahan antara parti parti Melayu semakin meruncing sementara kaum Cina pula menunjukkan kesatuan yg amat erat. Apa ertinya semua ini? Adakah kemungkinan tangan dari luar cuba membantu merancang perubahan politik mengikut kemahuan mereka? Ini tidak mustahil kerana mereka mempunyai politikus-politikus yg jauh lebih matang dari kita dan disokong pula dgn wang ringgit yg tidak putus-putus. Sejauh mana perkara seperti ni telah mendapat perhatian kita?
Dlam negeri pula, dimana silapnya dasar-dasar yg telah kita laksanakan sehingga timbul fenomena polarisasi yg sangat ketara sekali kali ini. Kata orang, kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apa pula silapnya dasar-dasar pendidikan kita hingga pergaulan antara kaum sangat berkurangan. Di bandar-bandar kita lihat kecenderungan masayarakat Cina menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta Cina yang mendapat sokongan penuh ahli ahli perniagaan mereka, dengan fasilitas fasilitas yang lengkap. Sementara kaum Melayu pula menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan yg serba kekurangan. Interaksi antara sekolah-sekolah ini sangat berkurangan atau hampir tiada, jadi bagaimana integrasi kaum hendak di ujudkan. Kita sepatutnya tidak gentar melaksanakan satu sistem persekolahan yg meletakkan mereka dibawah satu bumbung. Negara-negara lain boleh melaksanakannya, mengapa tidak kita?
Inilah sedikit perkara yg boleh kita fikirkan selain dari komen-komen di atas. Terima kasih.

Anonymous said...

KALAU DIAMATI PRESTASI UMNO AMAT BAIK PADA PRU 13 TETAPI PUNCA BN GAGAL DAPAT 2/3 ADALAH KERANA PENGUNDI CINA YANG SECARA TOTAL MENOLAK UNTUK PANGKAH BN...SEKARANG NI KITA KENA KAJI PUNCA MEREKA MENOLAK BN DAN YANG PALING PENTING DS NAJIB KENA BERI LEBIH PERHATIAN PADA NEGERI YANG BN MENANG.JANGAN LAGI BERI PERUNTUKAN YANG LEBIH PADA NEGERI2 YANG BN KALAH..UNTUK SETAHUN DUA INI KITA BAGI YB2 PAKATAN YANG MENANG BUAT KERJA DAN PENYELARAS BN JANGAN MASUK CAMPUR.SELAMA INI PENYELARAS BN LAH YANG BANYAK SELESAIKAN MASALAH RAKYAT

Anonymous said...

TERIMA KASIH PADA MEREKA YANG MENGUNDI BARISAN NASIONAL PADA PRU 13 ANDALAH WIRA NEGARA :)

ED said...

Izin berkunjung sob ??

Bila Kak Su Bersuara... Heh!