Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 16, 2013

MARI..MARI..MARIII..!!! BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MISKIN DI KEDAHHHH..!!!

Ni orang kampung mana ni..? Sik? Ooooo... Kenal yang pakai baju biru pakai lebai yang tengah dok menyembang sakan tu?
Setahu aku, masih wujud lagi golongan miskin tegar, miskin dan kurang berkemampuan di Kedah ni. Dulu, BN ada buat "blue print" dan rancangan teliti, teratur dan menyeluruh untuk tingkatkan tahap ekonomi golongan ni...

Bukan mudah sebenarnya nak tangani masalah ni. Ada yang kerajaan bagi bantuan dan dengan bantuan tu depa usaha tingkatkan ekonomi depa sendiri sampai depa tak perlu lagi dah bantuan dari kerajaan tu...

Tapi ada juga golongan yang macam-macam kerajaan bantu, tapi depa dok kat takuk tu jugak. Contohnya, kerajaan bagi bantuan baja dan biji benih untuk depa buat kebun kecil-kecilan, tapi depa pi jual pulak baja dan biji benih tu...

Dapat duit, belanja, duit habis. Lepas tu mintak lagi bantuan kerajaan dan depa ulang perkara yang sama. Bila kerajaan tak bagi, depa marah pulak kat kerajaan kata zalimmm..heh! 

Ada yang diberi rumah percuma bernilai RM28,000 hasil bantuan BN, tapi lepas siap rumah, depa cat sendiri rumah tu kaler hijau dan letak bulatan putih kat tengah-tengah pintu rumah.. heh! Manusia.. manusia..macam-macam..! Heh!

 

YB Datuk Tajuddin ni anak jati Sik. Dia tak kenal aku, tapi aku kenal dia. Dan aku yakin, majoriti orang Sik kenal dia dan puji dia sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Semua orang dia kawan dan bergaul....

Kalau korang nak tahu, BN menang 3-0 di Sik. Nak tahu kenapa? Sebab orang PAS sendiri beri undi pada BN di Sik. Nak tahu kenapa? Sebab depa kenal sangat siapa YB Tajuddin ni sebenarnya...

Memang ada orang fitnah dia. Kononnya pakai BMW laa... degree beli la..itu la.. ini laaa.. Padahal BMW tu kawan dia punya. Kawan dia pi ke Ostolia, dia tinggal keta tu kat dia tolong jaga. Salah kat mana? Tetiba pulak tuduh dia macam-macam...heh! 

Check dulu bro.. kalau tak betul, kan boleh jadi fitnah?

So, memandangkan dia naik dari bawah, asalnya peniaga ayam jer kat Sik tu.. Tapi dia ni rajin, sanggup belajar masuk universiti, ramah dan mesra dengan rakyat, maka dia diamanahkan untuk basmi kemiskinan di Kedah selama sepenggal.

Jadi, kalau korang tahu mana-mana golongan yang memang betul-betul miskin, bawak depa jumpa YB Datuk Tajuddin. InsyaAllah, dia akan tolong sebaik mungkin. Tapi biar la betul-betul miskin dan susah. Kalau ada keta besar dan handphone mahal boleh masuk internet tu tak la susah punnnn...heh! 

Lagi satu, kalau korang ada masalah di kampung-kampung korang yang berada di luar bandar, boleh jumpa dia jugak. Tapi jangan la masalah lembu korang nak beranak pun korang pegi cari dia.. agak-agak laaa.. 

Dan satu lagi syarat, pastikan lokasinya dalam negeri Kedah. Kalau kat Penang, sila cari Guan Eng... tu pun kalau Cina "chauvinis ultra kiasu" tu nak tolong korang laaa...heh!

Anyway, selamat bertugas Datuk, Alaaa... semua ni Datuk dah buat dah sebelum ni. Masa tak jadi Exco penggal sebelum ni pun Datuk dah buat dah... sambung je la kali ni. Cuma beza kali ni, lebih teratur dan boleh diuruskan dengan kerajaan negeri jer.. dulu tak boleh, kan? kan? kan? Heh!

 


2 comments:

Anonymous said...

Mat Tajo ni aku kenai sesangat sebelum naik ketua pemuda lagi dah.....masa dok pakai Wira piang lagi.......Kuasa Allah, setiap manusia itu berubah.......semoga Mat Tajo berkhidmat dengan baik...jangan dok buat kawaq sana sini dah.....Selamat Berkhidmat YB!

Anonymous said...

amik sikap buat kebaikan mcm org negeri hang..tan sri syed mukhtar bukhary...tu yg betoi.org yg low profile.akhlak tinggi.sempoi!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!