Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 20, 2013

KANTOIIII..!!! PRESTASI PELABURAN PAS KEDAH TERBONGKARRR..???

Aku yakin, Exco-Exco Kerajaan Negeri Kedah yang baru dilantik dah tengok dan go through report tentang portfolio masing-masing. Dah tentu depa dah tengok kedudukan dan keadaan bidang masing-masing lepas PAS tinggalkan "taik" depa pada 5 Mei lalu...

Dan kini, kerja BN pulak untuk "cuci" segala "kekotoran" yang PAS tinggalkan, termasuk hutang piutang dan prestasi buruk depa dulu. Kesian kat Ustaz Azizan...depa betul-betul busukkan nama dia. Exco PAS tak buat kerja, nama Ustaz jugak yang busuk... adehhh...


Terkini, Datin Sabrina dah tengok apa yang berlaku di KHTP. Terukkk..!!! Fail..!!! Banyak yang gagal..!!! Nampaknya Datin Sabrina kena kerja kuat untuk bangunkan KHTP balik di tahap yang sepatutnya...


Aku ingat lagi, puak-puak penerangan PAS Kedah bukan main lagi dok canang KHTP tu baguih-baguih belaka. Tapi semua tu kosmetik..! Bila dah tengok dan teliti, baru kita tau KHTP hampir lingkup dikerjakan pak-pak lebai PAS...

Takpalahhhh... Nak buat macamana? Kita repair la sebaik mungkin. Nak merungut pun tak guna. Bukannya pak-pak lebai tu boleh tolong pun. Depa hentam kita lagi ada laaa... Sabar je laaa... 
Kawasan Perindustrian Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) perlu ditransformasi bagi mengembalikan daya tarikannya sebagai destinasi pelabur.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Kedah, Datin Norsabrina Mohd Noor berkata, kedudukan KHTP yang dulunya berprestij dalam kalangan pelabur luar kini semakin malap dan memerlukan sinergi baru untuk mengendalikannya.

“Kedudukannya kini tidak sama gah seperti dulu dan kedudukan ini perlukan transformasi baru dengan tenaga pakar yang lebih kemas,” katanya kepada BERNAMA selepas merasmikan Temasya Sukan Didik 2013 Tabika Perpaduan daerah Kulim/Bandar Baharu dekat sini, hari ini.

Katanya, selaku Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang bertanggungjawab atas pembangunan KHTP, beliau akan menemui pengusaha di KHTP bagi mengenal pasti usaha meningkatkan prestasi kawasan perindustrian itu.

Norsabrina berkata, beliau juga percaya prestasi KHTP dapat dipertingkatkan menerusi bimbingan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang berpengalaman dan lebih arif dalam bidang industri di peringkat global. – BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Adakah perkataan ini wujud dalam fail pelaburan Negeri Kedah 2008-2013?

"JAMAICA"

Anonymous said...

EXCO-EXCO Pak Lebai Malang PAS tu mana la tahu buat kerja.

Asyik hemtam sama sendiri aje, rebut kuasa tak habis-habis sampai PAS tumbang ke BN...

Ape nak buat dah budaya PAS.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!