Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 24, 2013

IZAN SUHAILA VS AIR ASIA: CERITA SIAPA YANG BETUL?

Dua kenyataan yang bercanggah! Izan Suhaila kata lain, Aireen kata lain. Mana satu yang betul? Korang rasa yang mana satu betul dan yang mana satu cuba nak "cover line"?

Izan, ibu yang ditahan bersama bayinya berusia 14 bulan tu kata Air Asia langsung tak tawarkan sebarang arrangement masa dia terkandas kat Vietnam...

Berikut adalah kenyataan terkini Puan Izan Suhaila...

“Kenyataan itu adalah tidak benar, Aireen menyatakan telah menawarkan tempat penginapan tetapi kami menolak, tapi sebenarnya tiada apa-apa ‘arrangement’ yang dibuat Air Asia.

“Itu yang saya tak pasti (tentang) kenyataan Aireen, daripada mana info yang dia dapat itu,”
Tapi Aireen pulak kata, Air Asia ada tawarkan hotel untuk kedua beranak itu menginap dan tiket percuma untuk diterbangkan kembali ke Malaysia. Aireen kata, Izan tolak tawaran Air Asia tu...Yang mana satu betul ni?

Pada aku, aku lebih percaya kat Izan. Sebab? Sebabnya, dari cerita Mazidul Akmal kat sini, aku yakin cerita ibu ini lebih konsisten dan berfakta. Bukan pasal aku tak suka Air Asia. Tapi berfikir secara rasional dan neutral, aku lebih yakin pada cerita Izan...(macam juri mahkamah pulak aku ni..heh!)

Aku harap CEO Air Asia ni (Aireen) tak cuba lagi menegakkan benang yang basah menerusi media. Kalau rasa tak puas hati, rujuk kat lawyer dan kalau ada kes, Air Asia boleh saman Izan. Tu pun kalau Air Asia kata dia dipihak yang benarlah...kan?

Pada aku, insiden yang dialami Izan ni adalah satu pengajaran yang berguna pada setiap pengguna dan pelanggan Air Asia. Apa yang aku lihat, Air Asia ni hanya kejar untung saja, profit oriented. Ye laaa.. mana ada syarikat nak rugi dan jatuh reputasi...

Tapi Air Asia lupa tentang sudut "MORAL VALUE". Semakin hilang ciri-ciri sayangkan orang Malaysia dan sikap kemanusiaan. Tak salah kejar untung, tapi agak-agaklah sikit...

Tambahan pula Air Asia ni mengupah anak saudara Anwar Berahim, Azran Rani Osman, sebagai CEO Air Asia X. Dia ni dah la kurang ajar, graduate dari Oxford, perasan bijak berfikir. Padahal, corak pemikiran dia tu tak betul, biadap dan lupa asal usul diri sendiri..

Aku tak kisah Air Asia nak terus "simpan" Azran. Simpanlah berapa lama pun takpe. Tapi jangan menyesal la..kan? Aku dengar jualan tiket Air Asia semakin merudum. Walaupun Air Asia banyak hantar tawaran penerbangan, jualan tiketnya merudum jugak, kenapa yer??? Heh!

3 comments:

Anonymous said...

Izan Ibu yang tak bertanggugjawab. Masih bawa anak ke luar negara walaupun bayi itu sakit. Kerana sibuk shopping lupa diri habiskan duit. Bila tak dapat naik kapal buat drama menangis merayu mintak bantuan orang.

Sungguh memalukan. Seorang Ibu yang kasihkan anak tak akan sanngup buat begitu kepada darah dagingnya.

Mazidul seorang blogger yang gilakan publisiti. Izan merupakan satu "cerita" yang menarik bagi dia untuk jadi superhero. Jijik.

Anonymous said...

Izan Ibu yang tak bertanggugjawab. Masih bawa anak ke luar negara walaupun bayi itu sakit. Kerana sibuk shopping lupa diri habiskan duit. Bila tak dapat naik kapal buat drama menangis merayu mintak bantuan orang.

Sungguh memalukan. Seorang Ibu yang kasihkan anak tak akan sanngup buat begitu kepada darah dagingnya.

Mazidul seorang blogger yang gilakan publisiti. Izan merupakan satu "cerita" yang menarik bagi dia untuk jadi superhero. Jijik.

Anonymous said...

Kita harus befikir dengan akal fikiran yg waras dan bukan emosi. Tapi sebagai sebuah negara yang demokrasi setiap penduduknya berhak mengamalkan freedom of speech.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!