Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 2, 2013

GEMPARRR..!!! USTAZ AZIZAN MASUK ICU DISEBABKAN VIDEO NI..???!!!

Astaghfirullahil'azimmmm..!!! Siapa punya kerja buat naya kat Ustaz Azizan ni? Tergamak dia curi-curi rakam video Ustaz Azizan dalam aksi macam ni? Korang tak kesian ke kat diaaa..?

Ustaz Azizan tu seorang MB yang "buat kerja cara Islam". Dia takkan makan gaji buta. Dia buat kerja sebagai MB dengan "cemerlang" bangat dehhhh..!!! Tak patut la korang tuduh dia "MB tidur tak tau apa"...

Ustaz Azizan ni mungkin terlalu letih. Maklum la.. macam Phahrolrazi kata la.. dia berjalan pun pakai 3 silinder saja... Puak-puak blogger PAS Kedah pun sokong kenyataan Phahrolrazi tu...depa tak pernah bela Ustaz Azizan pun dalam isu ni...kan?

Cuba tengok video yang pedajal Ustaz Azizan kat bawah ni.. Kesian la kat Ustaz Azizan... video ni superimpose ke? Err. setahu aku, video mana boleh superimpose..!!! Adehhhh.. abih tu camana ni? Betul ke video ni? Aku risau Ustaz Azizan masuk ICU lagi laaa... ishhhh..!!!



Aku tertanya-tanya. Sapa la punya kerja pi rakam gambar Ustaz Azizan ni dalam majlis tu. Cuma 13 saat pulak tu.. Mujur la dia tak rakam Ustaz Azizan berdengkur, kalau tidak... lagi naya la Ustaz Azizan "dibahan" puak-puak Phahrolrazi tu...

Apa yang aku tahu, rakaman ni dah tersebar meluas kat seluruh penyokong PAS di Kedah. Gerakan tu nak buktikan bahawa Ustaz Azizan dah tak boleh jadi MB lagi dah. Dah tak larat. Agak-agak sapa punya kerja? UMNO jugak ke..???

Aku rasa korang boleh agak dari mana video ni datang dan sapa yang rakam. Tapi kalau otak tu kurang waras, memang diorang akan tuduh UMNO punya kerja jugak la, kan. Politik dalaman PAS Kedah memang parah giler... cuma aku malas nak cerita jer.. korang nak tahu gak ke? Tak payah laa..

Aku bukan tak mahu cerita semua. Payah nanti "informer" yang bagi maklumat tu. Dia memang PAS totok, tapi susah la kalau dia kena "katok" nanti. Puak PAS ni ganas-ganas belaka, kerana politik depa sanggup buat apa pun...

Ingatlah. Walau apa pun perjuangan atau fahaman kita, Islam perlu berada di atas. Aku pun kadang-kadang tersasar, tapi mujurlah aku ada "assistant" yang selalu ingatkan aku untuk tak lari dari landasan...

Orang PAS saudara aku, orang UMNO pun saudara aku. Macam tu jugak orang Islam dalam PKR atau DAP, semuanya saudara mara aku selagi depa beragama Islam. Cuma aku sedih, depa sanggup kafirkan aku semata-mata kerana aku UMNO.. patut ke gitu? Entah laaa...


5 comments:

Anonymous said...

Kalau zaman kesultanan melayu dahulu, pasti zizan da hilang kepala dah.

manjung said...

dia tak tidoq aihhhhh dia cuma dok fikiaq lepaih ni boleh ka lagi dok duduk sebelah sultan

Anonymous said...

biarpun berlainan pandangan, aliran @ ideologi harap ayat yang digunakan dalam menggambarkan keadaan ustaz azizan ini dilembutkan lagi..
siapalah kita utk mengatakan 'itu ini' kepada seseorang yang telah berusaha utk berbakti kepada tempat pimpinannya..

Anonymous said...

Eh... Sama la mcm pak lah dulu... Hehehe

Anonymous said...

sokong dgn anonymous di atas:

biarpun berlainan pandangan, aliran @ ideologi harap ayat yang digunakan dalam menggambarkan keadaan ustaz azizan ini dilembutkan lagi..

and jgn kutuk parti yg menegakkan agama islam...nanti 40 org sumpah..naya..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!