Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 1, 2013

GEMPARRR..!!! UMAT ISLAM DI MALAYSIA SANGGUP LUPAKAN AL-QURAN DEMI ANWAR..!!!???

Ini adalah antara bukti utama..ada lagi bukti menggemparkan di bawah..!!!
Bila kami kata Anwar disokong penuh dan dibiaya rejim zionis Yahudi Israel, ramai puak-puak PAS yang tak percaya. Kononnya kami fitnah Anwar. UMNO dan BN dipersalahkan kononnya memfitnah Anwar...

Bila pengakuan Anwar menyokong rejim zionis Yahudi Israel untuk menyerang negara dan umat Islam di Palestin kami siarkan pada rakyat umum, kami dikutuk dan dihina kononnya kami menabur fitnah pada Anwar lagi...

Padahal, terang-terang Anwar sendiri kata, dia sokong Israel menyerang Palestin sekiranya ada cubaan dari umat Islam untuk menyerang Israel. Kalau Israel ada maklumat yang mengatakan umat Islam nak serang Israel, maka Anwar "halalkan" Israel menyerang Palestin...

Cuba tengok video kat bawah ni sebagai bukti terbaru rahsia Anwar yang didedahkan Yahudi Israel sendiri baru-baru ni... Perhatikan dan dengar baik-baik pada minit 13.05...!!!





Dan sekarang satu lagi bukti didedahkan tentang Anwar yang menjadi "boneka" kesayangan Israel. Puak laknatullah tu siap berdoa untuk "kerajaan baru" Anwar di Malaysia!

Dan aku yakin sekiranya Anwar berjaya menjajah Malaysia, dia akan buka pintu seluas-luasnya pada Israel untuk masuk ke negara kita.
Lagipun, PAP membenarkan agensi perisikan Israel, Mossad untuk berkampung di Singapura. Dengan sokongan DAP, adalah mudah untuk Anwar bawa masuk Mossad ke Malaysia juga, bukan?

PAS? PAS boleh buat apa? Kalau PKR dan DAP bergabung kuasa dan pegang majoriti, PAS memang jadi "bisu" punya. Kalau PAS banyak bunyi, maka depa akan jadi macam Hasan Ali, Zul Noordin dan sebagainya... PAS mati kutu la takde suara...

Dan kita rakyat Malaysia masih lagi tak sedar-sedar tentang semua ni...? 

Firman Allah SWT.. "Wa lan tardhau antumul yahudu wa lan nasara hatta tattabi'a millatahum..." mafhumnya, "dan tidak akan sesekali Yahudi dan Nasrani itu redha ke atas kamu selagi kamu tidak mengikut jalan (kehendak) mereka..".

Dan kini Yahudi itu telah redha ke atas Anwar. Aku yakin Anwar kini sedang berada di jalan yang Yahudi mahukan. Dan kita umat Islam, khususnya penyokong PAS sanggup sokong Anwar lagi? Astaghfirullahil'azim...kembalilah ke jalan Allah..!!!

Semuanya masih bermimpi nak gaji minimum RM1,100 sebulan, harga sebuah BMW serendah RM20,000, Viva berharga RM500 sebuah, petrol/diesel percuma, pendidikan percuma, wifi percuma dan macam-macam percuma lagi yang mereka tawarkan?

Sedarlah. Semua itu takkan dapat mengembalikan Malaysia yang kita banggakan. Yang akan wujud nanti hanyalah kehancuran sebuah negara bangsa yang dikerjakan Pakatan Haram.

Pemimpin PAS suka denga Anwar kerana mereka dijanjikan kuasa. Penyokong PAS pula suka dengan Anwar kerana janji manisnya mahu percumakan semua yang ada dalam Malaysia. Semuanya gula-gula...

Apa yang mereka tak sedar ialah segala janji Anwar itu bagaikan janji Dajal! Dajal janjikan segala kemahuan dan kehendak duniawi asalkan umat Islam sanggup menolak kepentingan Islam dan memilih untuk setia padanya.

Aku tertanya-tanya.. benarkah Anwar itu Dajal yang dimaksudkan? Apa kata anda semua?

2 comments:

jonnyszetalk said...

Salam 1 Malaysia.
Respon saya sikit pada ...
[Firman Allah SWT.. "Wa lan tardhau antumul yahudu wa lan nasara hatta tattabi'a millatahum..." mafhumnya, "dan tidak akan sesekali Yahudi dan Nasrani itu redha ke atas kamu selagi kamu tidak mengikut jalan (kehendak) mereka..".]
Ayat dari surah mana ini?Yang saya tahu pangkal ayat 120,Surah Al-Baqarah :
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)."
Atau itu dari Hadis Qudsi..jika begitu tolong bagi tau sumbernya.Maaf, saya tak bermaksud mempertikai mesej yang nak disampaikan cuma tentang "firman Allah" ini yang saya nak tau sebab saya tak pernah jumpa ayat tu.
Wassalam.

Pengundi Johor said...

Bukan umat Islam M'sia, cume pentaksub pakatan tak pakat aje.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!