Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 16, 2013

GEMPARRR..!!! RAHSIA TERSEMBUNYI DI SEBALIK PERLETAKKAN JAWATAN PHAHROLRAZI ZAWAWI..???

Aku dapat tahu semalam bahawa satu malapetaka telah menimpa PAS Kedah. Sudah la Ustaz masih kurang sihat di Penang, PAS Kedah berpecah belah semalam apabila Phahrolrazi meletak jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah...

Phahrolrazi memberi alasan bahawa dia bertanggungjawab atas kehilangan kuasa PAS di Kedah dan kononnya mahu memberikan "sepenuh kuasa" kepada Mahfuz "Bean" Omar untuk memilih dan menentukan "team"nya sendiri...

Betul ke alasan tu? Atau itu sekadar alasan "politik", dan berselindung di sebalik alasan sebenar?



Pada aku, alasan sebegitu selalunya diberikan oleh ahli politik yang kecewa bila tidak dapat apa yang dikejarnya. Itu normal berlaku sama ada di dalam UMNO, PAS, PKR mahupun DAP. Ada yang cakap nak pergi sambung belajar dan ada pula yang cakap nak tumpu perniagaan..

Dalam hal Phahrolrazi letak jawatan ni, aku rasa dia tak ikhlas dengan alasan yang diberi. Kenapa?

Pada Februari tahun lalu, Phahrolrazi kata dia dah bersedia nak jadi MB menggantikan Azizan Razak. Dalam ertikata lain, dia dah ready untuk jadi "Boss" bagi PAS Kedah, menggantikan Ustaz yang dirawat di IJN ketika itu.

Sebagai Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, dah tentulah dia bercita-cita nak jadi "boss" PAS Kedah. Dia orang nombor 2. Kalau terjadi apa-apa pada nombor 1, maka dah tentulah nombor 2 yang naik gantikan...kan?

Sebelum ni pun aku dah kata bahawa Mahfuz "Bean" sedang mengumpul kekuatan di Kedah. Dia pun nak jadi "warlord" PAS di Kedah. Sebagai Naib Presiden PAS, rasanya Mahfuz dijangka takdak masalah untuk menjual "auta" dan mempengaruhi orang kampungnya sendiri...

Dan dikatakan dengan kedudukannya di peringkat Pusat itulah maka dia berjaya "membenam" Phahrolrazi. PAS Pusat pula dilihat terpaksa melantik Mahfuz. Kalau depa lantik Phahrolrazi, takut marah pulak geng-geng Ustaz Azizan tuuu...kan?

Pada aku, semua ni "drama" dalam PAS. "Wayang" yang dicipta hanya untuk "cover line". Ye laaa.. takkan la Phahrolrazi nak kata dia letak jawatan sebab kecik hati PAS Pusat tak lantik dia sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru... mati la dia kalau bagi alasan betul begitu...kan?

Aku yakin, Phahrolrazi letak jawatan sebab dia "terasa hati" dan "dikerat" puak Mahfuz. Dia tak cukup power macam Mahfuz di peringkat PAS Pusat dan jawatan Pesuruhjaya PAS tu adalah di bawah kuasa pusat. Maka senang la Mahfuz nak menang...heh!

Pelik betul aku tengok PAS. Lepas PRU13, makin teruk jadinya. Huru-hara dan berpecah belah. Semuanya gila kemaruk nak kuasa. Tak boleh blah betul. Depa dok kata BN Kedah pecah belah. Padahal okay je aku tengok.. tapi PAS Kedah pulak yang "ribut-ribut"..heh! Apa dah jadi?

3 comments:

Anonymous said...

jangan pelik bang ... ini semua berkat doa dari guru yang agung TGNANM ... orang yang banyak keramah dan doanya amat berkat ... lupakah tuan bahawa TGNANM pernah berdoa agar yang batil berpecah-belah ... nampaknya puak yang batil sedang berpecah belah dan sedang menunggu tentera ahzab menyerang dan memusnah ... sama-samalah kita mengaminkan doa TGNANM ini ... amin ya Allah ...

Anonymous said...

betui....stopa ali bila nak dbuang ? tu la. mengata orang kutuk orang...la ni k.o. k.o. amin.

Anonymous said...

Itulah amalan yang baik,bukankah sekarang ini kempen amalan berbudi bahasa.Nanti bila dia cakap terjai-terjai hampa kutuk pula.Apa yang tersirat dalam hati beliau tetapi beliau telah berjaya menarik benang dalam tepung,lepas tu hampa pikik sendiri.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!