Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 24, 2013

GEMPARRR..!!! PENSYARAH HASUT PELAJAR DALAM BILIK KULIAH LAWAN KERAJAAN..!!!???

Adam Adli dah kena.. Mamat ni bila lagi? Ni hasil hasutan la yang jadi cam ni nihhhh...
Ni apa cerita ni beb? Lu nak mengajar budak mahasiswa ke nak hasut budak-budak tu buat huru-hara? Lu kalau dibayar gaji mengajar bebudak tu, maka ajar yang dalam silibus aje la bebbb... 

Lu jangan ingat kitorang tak tau pasal kegiatan la kat dalam dewan kuliah tu. Lu perlu ingat, pilihanraya kampus tempohari menunjukkan majoriti mahasiswa tolak Pakatan Haram dan sokong aspirasi kerajaan BN... 

Jadi jangan sampai diorang rakam hasutan lu dalam dewan kuliah tu. Silap haribulan, lu boleh duduk satu lokap dengan Adam Adli, Tian Chua, Harris Ibrahim dan lain-lain. Nak ke? Kalau nak, boleh teruskan hasut bebudak mahasiswa tu...

Ada Pensyarah Hasut Pelajar Lawan Kerajaan?
Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka mendedahkan terdapat segelintir pensyarah institut pengajian tinggi (IPT) menghasut golongan mahasiswa supaya menentang kerajaan ekoran tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini. 

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah mendakwa tindakan pensyarah terbabit yang turut menyindir, mempertikai kredibiliti dan kemampuan kepimpinan kerajaan itu cukup menyedihkan kerana terdapat mereka didapati berstatus Prof. Madya.

“Taraf Prof. Madya mereka ini wajar ditarik balik sekiranya mereka berterusan mempertikai kredibiliti dan kemampuan kepimpinan kerajaan serta menghasut mahasiswa melawan kdasar, polisi dan pekeliling yang kerajaan terjemahkan demi kepentingan rakyat.

“Kemunculan segelintir pensyarah ini yang lantang menghentam kepimpinan kerajaan atas tiket kononnya memberi penerangan terhadap keputusan PRU13 melalui platform forum dan juga seminar amat tidak boleh diterima dan menyalahi etika pengajian kampus serta kebebasan akademik,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Anwar Fahmi berkata, beliau mendapat maklumat kebanyakan hujah, penerangan dan dalil yang disampaikan oleh pensyarah terbabit kepada warga IPT berbaur hasutan serta bertujuan menjatuhkan kredibiliti kepimpinan kerajaan.

Dakwa beliau, pensyarah terbabit seolah-olah mahu memupuk semangat bencikan kerajaan dengan mendakwa kononnya kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13 berdasarkan penyelewengan politik dengan dokongan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – mynewshub.my

6 comments:

Terbey said...

Mana pihak pentadbiran mara yang bertanggung jawab terhadap institusi pengajian tinggi, nak dok diam saja ke atau sampai jadi barah? lembab la.

Anonymous said...

kpd pensyarah yg mendedahkan perkara ini,tolong buat lapuran polis...supaya prof yg tak sedar diri tu dapat disiasat dan dihadapkan ke mahkamah krn menghasut..bertindaklah drp sekadar mendedah..yg peliknya mengapa mentaliti sebilangan mahasiswa melayu begitu mudah dipengaruhi?malas nak mencari kebenaran...malang bagi anak cucu akan datang, sekiranya mereka2 ini menjadi peneraju negara masa depan..

Anonymous said...

tangkap jer dan buat soal siasat,biar padan muka

Anonymous said...

Bukti jelas ada depan mata so minta pihak kementerian ambil tindakan displin yang sewajar nya supaya nasib anak bangsa tidak di khianati olih insan sebegini yang makan gaji dengan kerajaan tetapi menghasut anak bangsa membenci kerajaan dan akhirnya menghancurkan masa depan anak bangsa sendiri. Kalau kerajaan bertindak menghentikan kontrak pensyarah ni, saranan saya untuk pensyarah sebegini ialah minta lah jawatan dan kerja sebagai pembancur kopi bang non. Untung untung nasib dapat lah terang bijik mata, berak lawas dan tidur tentu meniarap. Sekian sahaja, terima kasih

Anonymous said...

Diharap pensyarah ini, pensyarah2 lain serta para mahasiswa mengumpul bukti tindakan biadap pensyarah2 penyokong pembangkang itu. Juga diharap pihak pengurusan universiti kali ini bertindak tegas. Begitu juga diharap Kementerian Pendidikan dan kerajaan bersikap tegas kerana sikap berlembut selama inilah yg melahirkan mahawasewel2 yg membantutkan agenda pendidikan negara.

Anonymous said...

mana dua akta hasutan. tangakap dan masuk dalam jel.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!