Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 26, 2013

GEMPARRR..!!! ISTERI USTAZ AZIZAN KECAM BLOGGER PAS KEDAH MELAMPAU..!!!

Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah
Nah! Apa lagi blogger PAS Kedah nak kata kalau isteri Ustaz Azizan sendiri kata blogger PAS Kedah melampau?! Sebelum ni aku dah kata banyak kali, dan kali ni...Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah sendiri yang akui kebenaran aku tu...

Bila PAS gagal pertahan Kedah pada PRU13, blogger-blogger PAS Kedah meroyan tuding jari salahkan Ustaz Azizan. Padahal, depa sendiri punya salah. 

Buat kelaku buruk depan rakyat Kedah sampai orang meluat dan takmau undi PAS, tapi depa tuduh Ustaz Azizan jadi penyebab PAS Kedah kalah? Biasa laaa.. depa mana mau mengaku salah depa...."tobat lahom aihhhhh" kata orang Kedah...!!!

Bila Ustaz Azizan jatuh sakit, depa yang melebih-lebih kutuk Ustaz Azizan macam-macam. Ingat isteri Ustaz Azizan tak tau ke depa dok tuduh dan maki macam-macam kat suami dia? Masa suami dia jadi MB, sekoq haram pun tak berani bukak mulut... pujiiiii je memanjang..!



Bayangkan, kalau kat Ustaz Azizan yang jadi Persuruhjaya PAS Kedah dan MB Kedah tu pun depa kutuk dan fitnah macam-macam, bayangkan apa yang depa sanggup buat kat UMNO, BN, pemimpin dan para penyokong kerajaan macam kita ni? Lagi la banyak depa tabur fitnah...

Tu pun masih ramai lagi yang nak percaya kat depa? Astaghfirullahil 'azim... sejahil-jahil aku, takdak la buat kerja tak ikut Islam macam tu. Bila kita tegur, depa kafirkan kita pulak. Come on la bro... pertama rujuk Islam, kedua dan ketiga baru rujuk kat tempat lain yang bersifat duniawi...

Ni.. baca apa yang Datin Seri Faekah kata ni... Semoga Allah SWT beri pencerahan sewajarnya kat blogger-blogger yang bernaung di bawah Penerangan PAS Kedah ni...insyaAllah... Aku doakan hangpa tu brooo...
Blogger "Musuh Dalam Selimut" Keterlaluan! - Isteri Ustaz Azizan

ALOR SETAR – Isteri kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah kesal terhadap beberapa laporan blog dan laman sosial persenda keadaan fizikal Datuk Seri Azizan Abdul Razak, selepas beliau selamat jalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya 7 Mei lalu.

Faekah yang setia menemani Azizan di Hospital Pulau Pinang, turut terkilan apabila Azizan dijadikan bahan gurauan pihak tertentu.

“Saya termasuk anak-anak sangat sedih membaca laporan tidak berasas seperti itu. Ada yang menyindir kaki Azizan dipotong kerana khianat kepada perjuangan parti, ada sifatkan otak Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sama macam kaki Azizan, saya anggap ini keterlaluan,” katanya.

Menurutnya, dalam keadaan Azizan yang terlantar sakit, masih ada pihak tergamak mengkritik malah menyebar berita palsu mengenai bekas Pesuruhjaya Pas Kedah itu.

“Mereka langsung tidak hormat beliau sebagai seorang pemimpin dalam parti yang juga bekas menteri besar, Azizan tidak wajar dikecam sebaik sahaja Kedah gagal dipertahan, kerana kejatuhan Kedah bukan berpunca daripada beliau semata-mata,” katanya.

Faekah meminta pihak luar, termasuk ‘musuh dalam selimut’ hentikan segera perbuatan tidak berfaedah itu.

“Kami terguris dengan laporan itu, termasuk cerita yang boleh aibkan orang lain, sedangkan ini semua adalah takdir ALLAH. Namun saya juga bersyukur kerana masih ada pihak anjurkan solat Hajat dan bacaan Yasin untuk kesejahteraan Azizan,” katanya.

Faekah tidak menolak kemungkinan pemilik blog itu berdendam terhadap Azizan kerana serang peribadi beliau, selain punyai agenda jatuhkan Azizan ketika masih sandang jawatan menteri besar.

“Memang ramai dan ada usaha jatuhkan Azizan sejak beliau ambil alih kerajaan negeri. Musuh bukan sahaja dari luar, termasuk dalam parti. Saya percaya selagi Azizan bernafas, selagi itu musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka,” katanya.

Beberapa blog tempatan dilaporkan menjadikan keadaan Azizan yang kini hilang kedua belah kakinya, sebagai bahan gurauan selain mengkritik kepimpinan beliau. Kecaman terhadap Azizan dilihat berterusan sejak Kedah jatuh ke BN pada PRU13.

Walaupun Azizan kini tidak lagi menerajui Kedah mahupun Pas Kedah, namun beliau tetap disanjung kawan mahupun lawan. Apa yang mendekatkan beliau dengan rakyat kini hanya statusnya sebagai Adun Sungai Limau.

Ketika Azizan terlantar terima rawatan, pemimpin pelbagai latar belakang politik hadir menziarahi beliau, termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, turut meluangkan masa melawat adalah pimpinan Pas termasuk Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Dalam lawatan Mahathir, tindakan Siti Hasmah memeluk erat Faekah sambil menangis menunjukkan hubungan mereka tetap mesra.

Sementara itu, menurut sumber, banyak pihak persoal lantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan, kerana sewajarnya dilantik pemangku pesuruhjaya sehingga muktamar diadakan.

Mengulas mengenai kesihatan terkini Azizan, Faekah berkata, Azizan mempunyai semangat yang kuat untuk pulih, malah cuba berkomunikasi dengan pelawat. – Sinar Harian Online

3 comments:

Anonymous said...

Maaf ckp, kalau dh diasuh pengikut2 PAS mcm tu, dimana2 ceramah....inilah hasilnya. Kalau dlm setiap ceramah, dibuang sikap caci maki org, perlekeh org itu, perlekeh org ini, dan dlm ceramah diterapkn akhlak mulia...aku rasa ini semua tidak berlaku. Satu lgi, yg bnyk PAS tercemar dri segi akhlak, sbb terpalit dgn akhlak2 geng PKR.

Anonymous said...

bagi aku komen liar ... mencarut ... menghina ... ini adalah berkat dari pengajaran nabi pas dan ulamak-ulamak dalam pas ... setiap kali mereka berceramah mereka akan mencaci-maki musuh politik mereka ... menuduh musuh politik mereka sebagai kafir dan memberi gelar yang menghinakan ... apatah lagi nabi pas pun telah bersabda bahawa tuhan pas pun mencarut ... jaid tidak salah mereka mencarut kerana tuhan pas pun mencarut ... kalu mereka memusnahkan azizan musuhnya tidak akan berdiam diri untuk lihat Azizan tersungkur, bagaikan kutukan seperti zikir harian mereka meamng benar kerana nabi pas pun pernah berkata bahawa tuhan pas adalah sasmseng ... tentunya mereka akan berkelakuan seperti samseng ... inilah salah satu hasil kejayaan tarbiah dan pengajaran dari agama pas. untuk mereka yang berada di dalam parti agama pas ... renunglah dengan mata hati ... agar anda bertemu jawapannya ... bukan salah ibu mengandung ... bukan salah guru mengajar ... jika guru kencing berlari ... dan hasilnya dapatlah murid yang kencing berlari ... bahkan mungkin akan kencing kepada guru itu kembali ...

Anonymous said...

Puak2 yang mengutuk Ust Azizan ni berfatwa kan ust LGE yang mengatakan sebab PR jatuh diKedah sebab PAS.Secara indirect nya nak menyatakan kesalahan ust Azizan yang menyebabkan pakatan kalah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!