Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 7, 2013

GEMPARRR..!!! INI PUNCA PAS KALAH DI KEDAH..???!!! #PRU13

Ramai juga rakan-rakan PAS aku yang ajak aku keluar minum. Depa mintak aku belanja depa minum kali ni... maklum laaa...BN baru "take over" Kedah dari PAS... Aku no problem bebbb..! Heh!

Semalam aku belanja depa minum. Bukan seorang segelas, bergelas-gelas bebbb..! Jangan pandang serong.. kami orang Islam yang tahu hukum hakam. Walaupun undang-undang negara tak haramkan minuman keras, kami tak minum pun benda tu. Kami minum teh tarik, kopi O, milo suam jer laa...

Mulanya ingat nak lepak kejap je sebab aku memang letih. Sejak dari pembubaran parlimen, aku tidur 2-3 jam je sehari tanpa cuti. Penat tak habis lagi... Tapi panjang pulak cerita kami semalammmm.. Meh sini aku cerita...



Topik paling panas semalam ialah KENAPA PAS KEDAH KALAH...

Aku dengar je member aku berhujah. Macam-macam yang depa sebut. Macam-macam yang keluar dari mulut depa. Tapi takde la maki hamun, depa semua ada back ground sekolah agama...kan? Heh!

Depa kata, PAS Kedah kalah sebab Azizan. Depa marah Azizan sebab tak mampu control parti. Depa marah sebab Azizan biarkan Phahrolrazi derhaka dan tak wala' kat PAS Kedah. 

Depa ada jugak salahkan Sanusi Md Noor dan "uncle" Zul Ya. Heh! Pasai pa pulak? Depa kata, Sanusi dan Zul Ya langsung tak buat kerja depa. Sebok urus "projek" sampai lupa nak "cover" Ustaz Azizan... Oooo.. Lagu tu...heh!

Yusof Chin pun depa marah jugak. Katanya Yusof Chin terlalu "over confident" kononnya PAS boleh menang dan dia tak terima laporan yang kata PAS ada masalah serius di kebanyakkan kawasan. Lagi pun kata depa, UMNO makin kuat dan dapat sokongan golongan atas pagar...

Depa ada jugak salahkan PAS Pusat. Kata depa, Hadi campur tangan dalam pentadbiran PAS Kedah. Teruk jugak la depa "balun" jawatankuasa Pemandu tu..heh!

Depa hairan, macamana Mahfuz boleh menang. Kata depa, Mahfuz tu bodo dan bertuah boleh menang sebab kawasan Bukit Pinang tu memang wala' pada PAS. Pemimpin paling bodo pun depa pilih! Tu diaaa..!!! Opsss.. lupa nak bagitau.. kawan-kawan aku ni memang anti-Mahfuz "Bean"..heh!

Ada jugak yang kata dasar-dasar PAS dan cara PAS Kedah nak cari duit kat Kedah ni tak betul. Katanya kalau tak reti pacu ekonomi, tanya la pada yang tau. Depa kata PAS Kedah sombong dan rodong hentam kromo saja.. rosak habis Kedah... rakyat Kedah marah la kalau lagu tuuu...

Depa tanya aku... ye laaa... aku diam jer dari tadi dok dengar depa sembang... "Apa pulak kata orang UMNO nih?" tanya depa... Hahahahahahahahaa.... aku senyum jer... nak tahu apa aku kata? Aku kata...
"Sebab Allah SWT naikkan yang haq dan turunkan yang batil, sebab Allah naikkan kebenaran dan turunkan yang kurang benar, sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk rakyat Kedah dan tahu apa yang buruk untuk rakyatnya.." - Duke, 6 Mei, sehari selepas PRU13
Heh! Depa diam terus lepas aku cakap cam tu. Semua diam. Aku pujuk depa balik...
"Bukan la aku buruk-burukkan saudara aku. Tapi banyak sangat benda yang PAS Kedah buat tak betul.. Yang hangpa kata tadi hanya sedikit dari perkara-perkara tak betul yang PAS Kedah dah buat. Ada banyak lagi.. tapi, tu semua hanya alasan... sebetulnya Allah nak BN perintah Kedah laaa.. itu saja...

"Contohnya, seorang hamba Allah demam. Dia makan panadol actifast. Lepas makan ubat tu, dia terus sembuh dari demam. Panadol tu hanya alasan dia baik dari demam dan sebenarnya dia baik dari demam disebabkan Allah nak dia sembuh, kan?" - Duke, 6 Mei, sehari selepas PRU13
Heh! Mamak! Kira semua... heh! Harap member-member aku dapat fikirkan sebelum depa tidur semalam...heh! Betul tak apa yang aku kata...? kan? kan? kan? Heh!

P/s: Semalam salah sorang member aku tu call ajak aku masuk PAS.. dia nak aku "islah" PAS dari dalam.. aku gelak besar sekali lagi...kah! kah! kah!

7 comments:

Anonymous said...

tu dia..!!!!!

Anonymous said...

sungguh santai penulisan ini....i like . nampak macam orang baik baik je semua.baik orang PAS dan penulis sendiri.Taniah kedah dapat MB baru yang kacak dan bijak.

Anonymous said...

Orang cina dah islah orang Islam....tak payah dari dalam.

Takkan tak sedar lagi kot.

Anonymous said...

aku org kedah...sayang BN 4EVER

Anonymous said...

Puak Kiasu dah risau Dato Mukhriz jadi MB.

Saifullizan Hashim said...

Aku anak Kedah. bangga aku dengan BN dan Dato' Mukhriz. Buktikan Dato' dalam tempoh 5 tahun, BN yang terbaik.

Anonymous said...

Alhamdulillah. Yang Mahfu menang tu bukan pasai dia bagus atau dapat undi DUn bukit pinang tapi calon BN tu payung terjun. Baru 2 bulan masuk kawasan mai cantas calon yang dah dipilih sebelum tu. Dr apa?. Kalau tidak mahfuz pun terjun juga.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!