Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

  • - PETALING JAYA – Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria kini secara rasmin menyandang jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dipilih sebulat ...
    50 minutes ago

Friday, May 24, 2013

GEMPARRR..!!! CERITA TAK SEDAP DAH MULA KEDENGARAN DI KEDAH...

Barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah....teruk depa dikerumuni opportunis..!!!
Belum pun sampai sebulan barisan Exco dilantik, aku dah keluar beberapa cerita tak sedap telinga aku dengar. Bukan seorang dua yang ceritakan perkara ni kat aku, tapi dah lebih dari 10 orang dok beritahu perkara yang sama...

Depa kata, depa meluat tengok ramai pihak berkepentingan dan opportunis yang sekarang ni dok himpit kerumun sakan para Exco Kerajaan Negeri Kedah. Tu diaaaa..!!! Tu ayat mula yang keluar dari mulut depa...

Aku counter rungutan depa tu.. "hangpa jeles kot sebab tak dapat tembus jumpa Exco-Exco tu?". Aku tersengih menyeringai.. Depa balas, "Isssshhh.. kami ni nak himpit Exco buat apa? Takdak kepentingan pun! Aku ni kerja cikgu, nak buat apa jumpa Exco?" kata depa. Betoi jugak nooo...



Depa kata, contoh terbaik ialah Exco-Exco muka baru dan masih muda seperti Sabrina, Badrol Hisham, Pak Tam dan Rawi. Exco-Exco ni la yang jadi tumpuan dan dihimpit golongan opportunis. Tu belum lagi cerita pasal puak yang dok kerumun MB dan Exco lain lagi tuuuu...

Depa kata, sebelum senarai nama calon diumumkan, siapa yang dok bantu Sabrina, Badrol, Pak Tam dan Rawi? Masa tu takde siapa yang peduli kat depa. Depa buat kerja ke hulu ke hilir dulu takde siapa yang nak bantu. Kalau ada pun hanyalah beberapa kerat saja...

Maklum la.. masa tu Sabrina hanya Ketua Puteri Kulim - Bandar Bharu, Pak Tam hanya Ketua Pemuda Kubang Pasu, Badrol pulak hanya Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Rawi tu ADUN muda yang dok di Langkawi..

Tapi sekarang ni dah berbeza. Orang yang dulu dok kerat depa, tak peduli kat depa dan dok kondem depa kat belakang buat "muka sekupang" dok kerumun pi jumpa depa kat pejabat Exco tiap-tiap hari. Tak cukup kat opis, depa pi rumah. Kalau takat sms dan phone call tu, apatah lagi kannn? Dah tentu la banyak gilaaaa..!!!

Dalam hal ni, aku tak salahkan Exco-Exco tu. Ye laaa.. takkan la depa nak halau puak-puak yang dok himpit depa? Tu bukan cara orang politik. Suka atau tidak, depa perlu layan rakyat, termasuk la golongan yang dok cuba ambil kesempatan tu..kan? kan? kan?

Pada aku, perkara yang tak dapat dielak ni la yang selalunya akan menjatuhkan seseorang pemimpin. Kalau pemimpin tu cepat seronok kena "lambung" dan "kembang" bila dibodek golongan opportunis ni, lagi cepat depa jatuh. Ini namanya "sokongan bawa rebah"...

Selalunya, hanya pemimpin yang bijak menilai saja yang akan "selamat" dari golongan ni. Dan aku harap Badrol, Sabrina, Rawi dan Pak Tam berhati-hati dalam hal ni. Aku takdak kepentingan apa-apa, cuma sekadar nak mengingatkan...

Tapi, aku juga nak ingatkan golongan opportunis yang jenis muka tak malu "menyondol-nyondol" para Exco dan MB kita ni. Blogger-blogger kat Kedah ni bukan "buta" dan bukannya tak reti cari maklumat yang accurate. Jangan sampai kami publish muka korang besar-besar kat blog dan FB..heh!

Aku ingat lagi, pada malam DS Najib umum Dato' Mukhriz akan jadi MB Kedah kalau BN menang, aku tengok dalam sekelip mata ramai pihak yang dulunya "pengampu Tok Bashah" beralih tinggalkan dia. Depa kerumun Mukhriz pulak dah! 

Lepas Mukhriz jadi MB, lagi la panjang lidah depa dok bodek MB siang malam. Pantang MB buat majlis dan bertemu depa, tersengih-sengih kat keliling Mukhriz. Kononnya depa orang kanan Mukhriz. Tok Bashah langsung depa tak pandang dahhhh...

Tapi Mukhriz bijak. Dia tahu nilai siapa yang bodek dan siapa yang betul-betul boleh bantu dia bangunkan Kedah ni semula. Bodek la macamana pun, aku yakin Mukhriz "tak makan" bodek la broooo..!!!

Bila "bodek" depa tak jalan kat Mukhriz, depa pening! Dan bila beberapa hari kemudian Tok Bashah diumum jadi Timbalan Menteri, depa ni lari balik pi bodek Tok Bashah. Sampai KL depa ligan Tok Bashah..!!! Tu diaaaa..!!! Pelik betul golongan ni...

Tapi korang jangan salah faham. Golongan ni hanya sedikit saja. Segelintir kata orang. Tak ramai. Sebelum PRU dulu, berbulan-bulan dah aku dok pusing keliling Kedah ni dan aku dapati golongan pejuang UMNO/BN yang ikhlas membantu kemenangan tak bersikap macam tu...

Aku tengok, jentera dan mereka-mereka yang bantu BN Kedah sama ada di depan tabir atau di sebalik tabir kebanyakkannya relaks saja tengok gelagat kawan-kawan depa yang dok bodek MB dan Exco-Exco ni. Depa low profile dan takde kepentingan pun...

Ada sorang member yang aku kenal tu, dia dah mula pack barang dalam kotak, tandanya dia dah standby nak keluar dari opis. Member aku ni dulu jentera yang tiap-tiap hari ke hulu ke hilir untuk UMNO/BN setiap hari. Tapi bila UMNO/B dah menang, katanya tugas dia dah habis dan takdak sapa yang peduli kat dia dah...

Puas jugak la aku mintak dia sabar. Aku kata, mungkin pemimpin kita sekarang ni tengah busy. Maklum la depa baru set up working government dan mungkin tak sempat lagi nak fikir pasal dia dan yang lain-lain. 

Lagipun, antara seluruh rakyat negeri Kedah dan seorang jentera yang siang malam dok bantu parti, mana lebih penting? Dah tentulah rakyat Kedah, kan? Sebab rakyat la yang bagi undi kat pemimpin kita hingga menyebabkan BN menang kat Kedah, kan?kan?kan?

Member aku terdiam. Mungkin akui kebenaran aku. Dalam hati, aku hanya mampu berdoa supaya para pemimpin Kedah dapat tengok-tengokkan dia dan bantu apa yang patut untuk mereka-mereka yang bertahun-tahun siang malam membantu buat kerja untuk kemenangan UMNO/BN kat Kedah ni...InsyaAllah...sabar bro..sabar...

4 comments:

Anonymous said...

artikel macam ni yg ramai org UMNO macam aku naik menyampah,jijik nak muntah,loya tekak.perangai dan budaya segelintir org UMNO cam ni yg menjahanam UMNO.anak2 muda lari drp UMNO.bukan tak suka UMNO SUKA tp tak suka org2 UMNO haprak jd ahli UMNO krn nak dpt projek jer tp tak daftar jd pemilih.hangpa pulak tak dak cerita lain nak tulis ke?. dah tak de modal idea ke?

Anonymous said...

Tu bkn oportunis, tu langau.

Anonymous said...

Kalau UMNO nak terus menang, kena ada strategi. Kawan hang tuh kena teruskan usaha dia. Bawa jumpa yang terlinat. EXCO la nih semua cerdik pandai aku tengok. Boleh menilai pembodek dgn orang buat kerja. Zaman terhutang budi, bawa UNDI dah berakhir.

Strategi jangkamasa panjang kena ada. Kalau tak mampus kita dgn DAP.

Anonymous said...

Bila tak dapat tender..tak dapat kontrak...mula lah tuduh k erajaan zolim..kroni..rasuah...mcm2...time ngundi ke hulu ke hilir dgn usung bendera PR dgn kereta mewah 4x4.. dgn megah nya !itu lah melayu ...kuat berdengki sebenarnya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!