Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 3, 2013

GEMPARRR..!!! BERITA BURUK BUAT MAT SABUNNN..!!! HARAP DIA TAK BERASAP TELINGA...

Perghhhh..!!! Aku rasa perkara kat bawah ni la penyebab utama Mat Sabun dikatakan kurang bergerak berkempen di Pendang. Aku dapat tahu Abang Mat seolah-olah merajuk dan "mandom" kurang berkempen.. tak macam dulu...

Camana nak menang ni Abang Mat? Awat Normah tak bagi cukup "inspirasi" ke? Nak "majun" yang lebih kuat? Atau Abang Mat tak jumpa Normah baru kat Pendang? Heh!

Cuba Abang Mat berpijak di bumi yang nyata sikit. Parlimen Pendang tu memang tak mau kat Abang Mat, yang Abang Mat terhegeh-hegeh jugak tu apahal? Tak malu ka? Cuba baca kat bawah ni.. jangan berasap telinga dah la noooooo... heh!


Pengundi Cina di Parlimen Pendang kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan mahu memastikan parti gabungan itu menang kerusi Parlimen itu selain dua kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 Ahad ini.

Rata-rata pengundi Cina yang menyokong PAS pada 2004 dan 2008 menyatakan hasrat untuk menyokong calon BN bagi kerusi Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul dan calon BN bagi kerusi DUN Tokai, Najmudin Darus untuk menguasai semula dua kerusi itu yang BN kalah pada dua PRU lalu.

Naib Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pendang, Ooi Cheng Maw, 43, berkata Othman, yang dikenali sebagai Tok Man, bukan sekadar anak tempatan malah keperibadiannya yang sering berdampingan dengan semua orang serta sering turun padang berjumpa pengundi amat disenangi.

“Kali ini kami orang Cina mahu sokong Tok Man (Othman Abdul). Dia baik suka berkawan dengan semua orang. Kita senang jumpa dia dan dia pun mau tolong kita bila susah,” katanya ketika ditemui di Balai Bomba Sukarela Pendang di sini, hari ini.

Pengerusi Persatuan Wha Lian Pendang, Teoh Lam Tong berkata, calon PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu langsung tidak menjenguk dan mendampingi mereka dalam tempoh berkempen ini.

Katanya, penyandang kerusi itu daripada PAS, Datuk Dr Mohd Hayati Othman langsung tidak menjenguk mereka, jauh sekali menolong menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Dia (Dr Hayati) jadi ahli Parlimen 10 tahun langsung tak mai jenguk kami. Nak bagi bantuan dekat kami langsung tak dak. Kalau masa Tok Man kami dapat macam-macam dan terbela.

“Pilihan raya kali ini kami sokong Tok Man 100 peratus. Tak kasi chance (peluang) kepada orang luar untuk jadi wakil rakyat,” katanya.

Sebagai rekod, Othman pernah menjadi anggota Parlimen Pendang selama tiga penggal sejak 1986 sehingga 1999.

Beliau kalah pada PRU 1999 kepada Presiden PAS Datuk Fadzil Noor tetapi menang semula pilihan raya kecil 2002 yang diadakan berikutan kematian Fadzil. Beliau tidak bertanding pada 2004 dan 2008.

Ng Chan Ee, 61, berkata pada pilihan raya kali ini dia tidak mahu menyokong calon daripada PAS sebaliknya mahu menyokong Tok Man dan Najmudin sebagai wakil rakyat mereka semula.

Katanya mereka mahu melihat sinar baharu yang akan dibawa BN setelah PAS gagal memberi pelbagai kemudahan dan nikmat pembangunan yang mereka impikan.

“Kali ni saya tak mau sia-sia undi saya dengan menyokong calon PAS. Saya nak BN beri perhatian kepada masyarakat Cina di Pendang ini,” katanya.

Sementara itu Othman yang ditemui berkata beliau berharap sokongan masyarakat Cina di Parlimen Pendang akan kembali memihak kepada BN.

“Ini peluang terbaik kepada BN kerana rata-rata mereka telah menunjukkan angin perubahan untuk kembali menyokong BN. Saya bertemu dengan masyarakat Cina untuk menyeru mereka terus sokong saya dan calon BN lain,” katanya.

Pada PRU13, Najmudin menentang penyandang kerusi itu Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (PAS) manakala satu lagi DUN iaitu Sungai Tiang pula menyaksikan persaingan empat penjuru apabila penyandangnya Datuk Suraya Yaacob (BN) dicabar Rosli Omar (Bebas), Fadhil Baharum (PAS) dan Chearean Isen daripada Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). – BERNAMA

P/s: Kesian Normah...tak dapat la dia jadi bini YB untuk 5 tahun ni... adeh..!

3 comments:

Anonymous said...

dah puas merantau balik kedah tak laku laku...........lain kali lah abg mat. nanti kita kasi DUN baru tengah2 lebuh raya timur barat

Anonymous said...

Rasanya kat Kelantan ja Mat Sabu ni laku..

Berita dari gunung said...

Apa Mat Sabu tak lawan di Jerlun?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!