Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 17, 2013

GEMPARRR..!!! ANWAR UMUM BERSARA PETANG NI..???

Anwar-Ibrahim-Berhenti-Politik

Saya ada terbaca tentang sebuah kajian yang dijalankan oleh media, The Edge, yang menunjukkan bahawa 81 peratus responden mahu Anwar Ibrahim bersara dari politik sepenuhnya jika Pakatan Rakyat gagal menjajah negara pada PRU ke-13 baru-baru ini.

Keinginan untuk melihat Anwar bersara itu adalah ekoran kenyataan “pemilik jam tangan OMEGA yang hilang” itu sebelum ini berulang kali menyatakan untuk bersara dari politik sekiranya Pakatan Haram kalah pilihanraya lagi.

Menurut The Edge, seramai 10,396 orang responden mahu Anwar bersara dari jumlah 12,736 orang yang terlibat dalam tinjauan tersebut.


Dengan itu, saya ingin memohon kepada semua rakyat Malaysia supaya tolonglah jangan biarkan Anwar bersara dari politik. Kalau Anwar bersara, tak menariklah nanti dunia politik tanahair, kan? Selama ini kita sangat “seronok” melihat telatah Anwar sejak dia menceburi bidang politik…

Sejak Anwar di universiti, dia sudah mula buat kecoh. Dia huru-harakan negara dengan keganasan dan demonstrasi ganas yang kemudiannya mengheret dia ke Pusat Tahanan Kamunting. “Hebat” dia, kan?

Kalau Anwar tidak ada lagi dalam dunia politik negara, siapa pula yang akan menggantikan dia dengan pembabitan pelbagai skandal yang menggempar negara?

Dulu ketika Anwar di dalam kerajaan, para “balaci”nya mengelar Anwar sebagai “Mr. Pink Form”. Dia “beli” sokongan politik dari rakan-rakan dalam UMNO melalui “pink form” dan memikat hati akar umbi dengan ceramah auta penglipur laranya yang mengasyikkan.

Setelah “bapa politik wang” itu dipecat dari UMNO, boleh dikatakan sudah tidak meriah lagi “rasuah politik” di dalam parti. Kroni-kroni Anwar makin hambar dan kecewa apabila budaya yang diperkenal Anwar itu semakin terhakis dan boleh dikatakan hampir pupus di dalam UMNO, kini.

Bila dia dipenjara, kita gelihati melihat telatah lakonan “pembalut leher” Anwar. Sekejap ada, sekejap tidak ada. Dalam penjara dan kereta tak pakai, tapi bila depan penyokongnya di mahkamah tergopoh gapah dia pakai. Padahal, lehernya tidak ada masalah pun!

Lagipun kalau Anwar tidak ada pemimpin politik mana yang layak gantikan Anwar sebagai “pelakon filem” bertaraf antarabangsa? Lakonannya disiarkan hingga ke Jepun dan para penyokongnya masih lagi memujanya sebagai “hero”. Isterinya sendiri menggelarnya “pemimpin anugerah Tuhan”!

Papa Nurul Izzah memang “hebat”. Anwar sangat menjiwai wataknya sehingga kadangkala terlupa tentang jam tangannya yang berjenama mewah, OMEGA. Mana nak cari pemimpin politik yang mampu berlakon “sehebat” Anwar?

Kalau dilihat pula “koleksi mangsa Anwar” sepanjang pembabitan dirinya di dalam dunia politik, rasanya Bill Clinton pun boleh “tabik spring” padanya. Bill Clinton hanya seorang saja skandalnya, tapi Anwar bukan saja lebih dari 10 orang, malah berbilang bangsa dan jantina pulak tu!

Oleh itu, saya memohon pada Anwar supaya janganlah bersara sampai mati. Kami nak ketawakan siapa nanti kalau disebut “16 September”? Susah nak cari pemimpin pembangkang yang buruk perangainya seperti Anwar, kan?

Rakyat Malaysia perlu tahu. Kalau Anwar tak ada, pada siapa lagi rejim Zionis Yahudi Israel nak salurkan wang mereka untuk tawan Malaysia? Siapa lagi yang nak diharapkan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan Israel kalau bukan Anwar?

Lihatlah betapa berani dan vokalnya Anwar di mata dunia Islam. Dia begitu berani menyatakan sokongan terhadap Israel secara terbuka di media antarabangsa. Tak ada pun pemimpin Islam dunia yang seberani Anwar yang sanggup membenarkan Israel membunuh saudara seagamanya di Palestin!

Justeru itu saya mohon, janganlah biarkan Anwar mengundur diri dari politik. Biarlah dia menjadi “bahan rujukan” untuk sedekad lagi bagi generasi muda untuk melihat dengan mata kepala sendiri betapa buruk, jijik dan hinanya sikap seorang ketua pembangkang di zaman ini.

Sebaik-baiknya, biarlah Anwar teruskan “aksi”nya. Dan kita pula lihat saja telatahnya menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebegitu hina. Cuma, sebagai umat Islam, saya doakan supaya Anwar sempat bertaubat dan meminta ampun dari seluruh rakyat negara ini sebelum dia mati nanti.

Bukan apa, banyak sangat dosa dan ketidak wajaran yang telah dia lakukan. Ya, Anwar memang “hebat”. Tapi dia “hebat” sebagai pemimpin pembangkang yang paling tidak bermoral, paling ampuh “auta”nya dan paling jijik dalam dunia! Rugi Israel tak ambil dia jadi Perdana Menteri, kan?

Sumber: Mykmu.net

7 comments:

Anonymous said...

bersara? aku xrasa dia akan bersara...selagi cita2 dia nk pegang jawatan PM xtercapai dia xakan bersara...biar dh tua gayut pun aku rasa dia xakan bersara...

Anonymous said...

Tolong lah Datuk Seri jangan bersara,dengan ada nye Datuk Seri,pentas politik negara begitu meriah.Dapat saya tengok video lucah,badut politik,mempelajari teknik mass cheating(deception).Kalau tak ada Datuk seri untung lah BN,tak yah nak belanja banyak nak sangkat penipuan datuk seri.Ramai juak2 UBN tak dapat cari makan nak buat propaganda.

Anonymous said...

kesian plak dengar dia nak besara tapi lagi kasihan dengan budak-budak yang menyokongnya.. rasanya dia tak mungkin mengalah pasti dia buat arahan dari jauh.. harap-harap dia insaf dan taubat

Anonymous said...

ada ke istilah bersara dlam kamus Anwar, dia tak payah bersara, bersara hanya pada yang dilantik, Anwar kerajaan mana yang lantik, semua dia lantik ,diri dia pun dia juga lantik ha ha ha

Anonymous said...

Jangan risau bro, klonnya dah ada...sudah ditabal jadi menteri penuh. ...offer sendiri minta jawatan.Tak lama lagi banyak isu populis boleh tulis....tak percaya? ?tunggu!!

Anonymous said...

Kita boleh tambah peribahasa baru. Angan angan anwar al jub menganti angan angan mat jenin.

Anonymous said...

ISRAEL PUN TAK BERANI NAK JADIKAN ANWAR SEBAGAI PUNAHSIHAT.
BAYANGKAN KERAJAAN SELANGOR MEMBAYAR GAJI SERINGGIT SEBULAN KEPADA ANWAR.

INIKAN PULA DANA ISRAEL YANG BERTRILION DOLAR UNTUK DIHABISKAN DALAM MASA SETAHUN. MANALAH MEREKA NAK SIMPAN DUIT YANG BANYAK JIKA ANWAR TIDAK SANGGUP MENGHABISKANNYA....

heee.. heee

Bila Kak Su Bersuara... Heh!