Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 4, 2013

GEMPARRR..!! 2008 KHALID GAGAP HADIAH KRISIS AIR, 2013 DIA NAK HADIAH APA PULAK?

1231
Sungguh malang nasib rakyat Selangor di dalam tempoh lima tahun sebelum ini apabila mereka dianugerahkan seorang Menteri Besar yang bukan saja “gagap”, malah boleh dikategorikan sebagai “tak faham bahasa” di dalam menangani masalah rakyat.

Media melaporkan baru-baru ini mengenai “ketidakwarasan” Khalid Ibrahim baru-baru ini yang dikatakan telah mengurniakan sebuah projek tenaga solar, yang dikenali sebagai Solar Photovaltaic Power Plant, kepada salah satu syarikat kroni DAP yang dikaitkan dengan Teresa Kok.

Sebagaimana maklum, tenaga solar adalah sumber tenaga yang berkaitan dengan tenaga elektrik. Nak tahu berapa harga projek tersebut? Harga projek “hadiah untuk DAP” sempena pembubaran DUN Selangor” tersebut dianggarkan mencecah RM1 bilion!!!

Menurut sumber, dana peruntukan projek tersebut “dikorek” dari tabung Yayasan Selangor. Ketika BN memerintah Selangor dulu, “tabung” di Yayasan Selangor selalu dipastikan “penuh”. Namun lima tahun Khalid memerintah, “tabung” tersebut hampir kosong dikerjakannya…

Paling menghairankan, rakyat Selangor tidak pernah merungut tentang masalah gangguan bekalan elektrik sebelum ini. Seingat saya, tiada sebarang isu pun mengenai gangguan bekalan elektrik selama lima tahun Khalid mentadbir Selangor.

Jadi, kenapa dia tiba-tiba “menganugerahkan” projek mega untuk kroni DAP? Ada apa-apa perjanjian “syaitan” dengan Teresa Kok, kah? Mentang-mentanglah Teresa Kok itu berstatus “anak dara”, senang-senang dikurniakan projek mewah?

Padahal sampai menitik air mata rakyat Selangor berteriak mengenai masalah gangguan bekalan air yang mereka hadapi selama lima tahun Khalid berkuasa di negeri paling maju itu. Rakyat fikir, Khalid akan mendengar rayuan mereka. Tapi lain yang diharapkan, lain yang Khalid buat…

Khalid awal-awal lagi sudah dimaklumkan tentang jangkaan pakar-pakar industri air dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bahawa negeri pimpinannya itu akan dilanda krisis air yang kronik pada tahun 2014 sekiranya Kerajaan Negeri Selangor tidak menyediakan sumber air mentah yang baru.

Kajian-kajian sebelum ini telah menyediakan pelan mendapatkan sumber air mentah baru dari Pahang yang akan disalurkan ke loji rawatan air baru, Langat 2, sebelum disalurkan kepada rakyat ekoran permintaan yang tinggi dan meningkat setiap tahun.

Malangnya, mungkin “tak faham bahasa”, Khalid enggan menerima nasihat pakar-pakar air itu dan lebih gemar mengikut nasihat “pakar ekonomi”nya, Anwar Ibrahim sehingga tergamak menghalang projek holistik yang dicadangkan demi kepentingan rakyat itu.

Hasilnya, rakyat Selangor menderita selama lima tahun! Boleh dikatakan hampir setiap minggu rakyat di negeri termaju dan sekitar Lembah Klang mengalami masalah gangguan bekalan air. Sampai malu rakyat Selangor nak mengaku mereka tinggal di “negeri termaju”. “Negeri maju” jenis apa kalau selalu tak ada air?

Disitu terserlah sekali lagi “kebebalan” Khalid sebagai Menteri Besar. Dia kurniakan projek mega yang tidak ada kena mengena dengan masalah rakyat, tapi penderitaan rakyat mengenai masalah air dibiarkan meruncing sehingga tamat tempoh penggal penjajahannya di Selangor.

Itulah “bahana”nya bila membiarkan seorang yang bukan “ahli” mentadbir dan diberikan kuasa. Kalau negeri termaju seperti Selangor itupun hampir jahanam dikerjakan, apatah lagi negeri mundur seperti Kelantan. Rasanya rakyat di Kelantan sudah loya tekak minum air karat!

Patut pun media melaporkan bahawa ramai pelabur dari dalam dan luar negara “lari” dan enggan melabur di Selangor selagi tampuk kerajaan negeri itu ditukar kembali kepada BN. Lebih 100,000 projek tidak dapat dilaksanakan dan mengakibatkan kerugian berjumlah hampir RM8 bilion!

Itulah hasil kerja seorang “CEO tersohor” yang memuji diri di dalam buku yang ditulisnya sendiri. Bukan saja “masuk bakul angkat sendiri”, saya yakin rakyat Selangor akan “membakul sampahkan” Khalid pada PRU ke-13 kali ini. Harap Khalid jangan pula kecil hati ya…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!