Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 18, 2013

GEMPARR..!!! "AMARAN" DAH TAKDE.. DI AMBIL ALIH "TINDAKAN TEGAS"..???

Perghhh..!!! Garang betul bunyinya... "Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas!", kata Datuk Seri Zahid Hamidi semalam. Heh! Bukan apa, aku terus terbayang muka Anwar Berahimmmm...

Kemudian, aku terbayang muka Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien. Lama jugak aku tersengih-sengih sorang diri memikirkan pekara ni...

Datuk Seri Zahid kata...dia takkan kasi amaran lagi dah kat mana-mana pihak yang nak cetus huru-hara. Aku rasa...dia tujukan kenyataan tu pada Anwar Berahim...tapi...



Dalam hati kecil aku yang agak nakal ni pulak kata... mungkin jugak Datuk Zahid ni "tibai serampang dua mata"....Satu kena kat Anwar dan satu lagi kena kat Datuk Seri Hisham...heh!

Ye laaa.. selama ni kitorang ni pun dah bosan dah asyik dengar amaran je setiap kali Anwar buat kacau. Bukan sekali dua...dah banyak kali dah pun Anwar buat huru-hara dan ancam keselamatan umum... tapi KDN asyik kasi amaran jer...

Aku yakin, keluhan kami rakyat marhain ni dah sampai ke meja MT, kabinet, warroom dan ke telinga PM... Dan aku juga yakin, sebab tu "amaran" tu "ditranformasikan" ke bentuk "tindakan tegas"... sama la dengan tindakan tukar portfolio menteri tu...

Syabas DS Najib. Tak kira sepupu ke apa ke, at least DS Najib dengar jugak keluhan rakyat yang dah bosan dengan "amaran" dan mahu "tindakan tegas" diambil...

Cuma satu je aku sangsi. Anwar tu dulu merupakan boss DS Zahid... Berani ke DS Zahid lawan bekas boss dia? Dulu masa Anwar kena pecat, DS Zahid sanggup letak jawatan sebab setia kat Anwar...kan?

So, adakah DS Zahid betul-betul berani ambil tindakan tegas kat Anwar? Atau dia pun akan keluarkan lagi "amaran-amaran" sambil menyelitkan perkataan "tindakan tegas" dalam amaran tu? Entah laaa... kita tunggu je lepas ni...

Bukan apa...banyak dah Anwar dok buat hal kat negara kita ni. Kalau boleh, nak je aku suruh kerajaan buang je Anwar Berahim ke luar negara. Dia ni layak buang negara jer...dasar pengkhianat memang patut diajar macam tu...

Kerajaan tidak akan memberi sebarang amaran kepada mana-mana pihak yang bercadang mahu mencetuskan huru-hara sebaliknya akan terus bertindak secara tegas.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada sebarang kompromi dengan pihak tertentu khususnya pemimpin pembangkang yang sedang menghasut rakyat turun ke jalanan bagi mencetus rusuhan sekali gus menjayakan hasrat menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak akan memberi amaran tetapi tunggulah tindakan tegas," katanya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tindakan yang bakal diambil ke atas pemimpin pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mencetuskan huru-hara.

Isnin lalu, pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa dan Tian Chua ketika berceramah dalam Perhimpunan Tragedi 13 Mei secara terbuka menghasut rakyat ke jalanan bagi menumbangkan kerajaan BN melalui kaedah rusuhan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri yang diterajui kepimpinan baharu bersedia sepenuhnya memastikan kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara kekal terpelihara dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Pencegahan itu lebih baik daripada penyelesaian, dan pencegahan awal itu lebih murah 'harganya' berbanding penyelesaian masalah. Saya akan guna pendekatan itu agar pihak kerajaan tidak disanggah dan mereka (pembangkang) juga tidak melakukan penyanggahan," jelasnya.

Sementara itu, mengulas kecaman pembangkang selepas beliau meminta pihak tidak setuju dengan sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara republik jika menjadikan isu undi popular sebagai alasan, Ahmad Zahid berkata, pembangkang melenting kerana mereka cuba menipu rakyat.

"Orang yang makan cili memang akan terasa pedasnya, sebab itu pemimpin seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng melenting dengan kenyataan saya, tetapi apa yang dinyatakan adalah hakikat dan sudah sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya. - Utusan

3 comments:

Anonymous said...

Ntah la, tengok je la drama menteri dan pengkhianat nuar tu berakhir bagaimana. Kalau lembik macam hisham jugak, boleh la kita bina batu nisan untuk UMNO pada PRU-14 nanti... jangan sampai penyokong sendiri pun naik menyampah..

Anonymous said...

salam

memang patut pun kalau bekas menteri amaran tu terasa.orang duk menyampah dengan dia..najib je buat muka tongong...hapus itu dan ini skarang susahkan polis...orang masuk nak buat apa2 pun tak boleh nak buat apa...n kemudian pusing satu malaysia kata dia hapus ISA itu bagus...

bagus sampai menyusahkan polis...berapa ramai tauke kelab malam kena serbu lepas tu buka balik banyak kali..sbb akta buang daerah dah tiada..bila kena buang daerah,dia nak buat samseng kat tempat baru...memang nak kena belasah..tapi itu tak masuk dalam kepala hotak najib yang penakut tu ...adus2...

harap menteri amaran yang baru membuang persepsi menteri amaran...patut hisamudin duduk d menteri asas tani..baru padan dengan dia...

budakteranunmg

Anonymous said...

Ada baca dalam Utusan hari ni (19/05/13) KJ kata yg Zahid suruh org pindah ke negara republik tu kalau nak undi popoular - katanya itu adalah pandangan peribadi Zahid aje. Menyirap2 darah aku baca komen si KJ. Jahat betul dia nie. Aku rasa nak cabai2 ajer mulut dia. Apasal dia nak sibuk2 psl KDN walhal dia tu cuma Menteri Belia dan Sukan aje. Dah mabuk todi ke nak komen2 kerja org lain. Heh! Fokus pd belia lah. Supaya belia akan lebih ramai mengundi BN dr PR. Bodoh betul! Najib tolong ambik tindakan kat KJ.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!