Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 1, 2013

FAKTA YANG PERLU CALON #PRU13 TAHU UNTUK JADI PEMIMPIN ALAF BARU...

Pengaruh Besar Media Baru Dalam PRU-13

Pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan pertarungan sengit antara dua pemain utama politik negara Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang dalam media sosial.

Trend terbaru menunjukkan hampir semua parti dan calon yang bertanding membentangkan wadah sendiri menggunakan Internet melalui laman sesawang, blog, serta akaun media sosial seperti Facebook, Twitter atau YouTube.


Nama-nama besar daripada Barisan Nasional yang popular di laman sosial termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Bagi komponen PR pula, laman milik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul AM PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menjadi pilihan penyokongnya.

Ada juga parti dan calon yang mempunyai akaun dalam pelbagai jenis laman sosial agar dapat menyalurkan informasi dengan lebih efisyen sambil menggalakkan komunikasi dua hala dengan anggota masyarakat.

STATISTIK TINGGI

Laman pemantau penggunaan Internet, Internet World Stats() mencatatkan, sehingga Jun 2012, jumlahpengguna Internet di Malaysia dianggarkan 17,723,000 pengguna bersamaan dengan 60.7 peratus daripada jumlah populasi di negara ini.

Sementara itu, laman sesawang Asian Correspondent() melalui satu artikel menyatakan kadar penembusan Internet di negara ini bertambah sebanyak 300 peratus sejak PRU-12 pada 2008.

Sewaktu artikel ini ditulis, jumlah pengguna aktif laman Facebook diMalaysia ialah seramai 13,354,900 iaitu yang ke-20 tertinggi di dunia manakalapengguna laman Twitter pula mencecah 1,128,000.

Berasaskan ini dipercayai kempen melalui Internet boleh memberi impakbesar kepada parti dan calon-calon yang bertanding kerana informasi yangdikongsi boleh dicapai oleh pelbagai peringkat masyarakat.

NAJIB JAGUH LAMAN SOSIAL

Tinjauan umum Bernama mendapati Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional, mendahului senarai profil yang paling diminati di laman Facebook dan Twitter.

Laman pemantauan Internet Socialbakers (www.socialbakers.com) merekodkan, laman Twitter milik Najib (@NajibRazak) mempunyai jumlah pengikut paling ramai di Malaysia dengan 1,510,127 pengikut dengan pertambahan lebih 100,312 pengikut baharu sejak sebulan yang lepas.

Akaun Twitter Najib turut menduduki tempat ke-11 jumlah pengikut tertinggidi dunia untuk kategori ahli politik.

Hanya dua wakil Asia Tenggara berada dalamkelompok 20 teratas dunia iaitu Najib dan Presiden Indonesia Susilo BambangYudhoyono yang berada di tangga ke-8 dengan 1,709,746 pengikut.

Mengekori Najib dalam senarai lima tertinggi kategori politik ialahHishammudin (@HishammuddinH2O, 477,893 pengikut), Anwar(@anwaribrahim, 278,535pengikut), Khairy (@Khairykj, 264,734 pengikut) dan Tony Pua (@tonypua, 59,090 pengikut).

Untuk laman Facebook, laman peminat Najib iaitu ‘Najib Razak’ disenaraikandi tangga kedua paling diminati dengan 1,633,812 ‘Like’, di belakang Tun DrMahathir yang mendahului dengan 2,085,034 peminat.

Nik Abdul Aziz berada di tempat ketiga dengan 917,785 peminat, manakala DrHaron dan Anwar di tempat keempat dan kelima, masing-masing dengan 672,546 dan582,839 pengikut.

FAKTOR POPULAR

Penganalilis politik, Professor Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata kejayaan Najib sebagai ikon di laman sosial ialah kerana sentuhan peribadi beliau kepada masyarakat melalui medium itu.

“Sentuhan peribadi amat penting dalam dunia komunikasi. Kempen melalui Facebook, Twitter dan Instagram ialah satu pendekatan baharu yang memberi sentuhan peribadi bila rakyat dapat berkomunikasi secara terus dengan perdana menteri,” ulas Zainal.

Membandingkan penggunaan laman sosial dengan cara konvensional, Zainalberkata memang pentas konvensional dapat mendekatkan calon pilihan raya kepadapengundi, tetapi ia tidak dapat memberi tumpuan secara peribadi kepada mereka.

“Laman Facebook, Twitter dan Instagram contohnya, ialah ruang peribadi buatseseorang individu berkomunikasi secara terus dengan mereka di situ yangmemberikan lebih kesan berbanding berkempen di atas (lori) kontena,”jelasZainal.

Tambahnya, penggunaan media sosial memberikan impak besar terhadappengundi muda memandangkan golongan itu merupakan pengguna terbesar medium ini.

“Ia sangat efektif dan berjaya. Bayangkan kalau kita dapat salam, ambilgambar, duduk bersebelahan atau minum kopi dengan PM pun dah seronok, inikanpula bila PM sendiri membalas soalan kita di laman sosial.

“Faktor inilah yang menarik hati golongan muda kepada BN seterusnya membuatmereka mengundi BN dalam pilihan raya kali ini,” jelas Zainal.

KELEMAHAN DIBAIKI

Zainal mengimbau ketika pilihan raya 2008, BN kehilangan beberapa kerusikerana kelemahan menggunakan media alternatif.

Tersentak dengan hasilnya, kelemahan-kelemahan itu kini telah dibaikijentera BN dan kini ia memainkan peranan penting dalam kempen BN.

Baru-baru ini, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali mendedahkan bahawa hasil kajiannya dari 2010 hingga Mac lalu menunjukkan BN akan mampu mendapatkan kembali majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat sekiranya tiada unsur sabotaj berlaku.

Menurutnya, faktor yang menentukan kemenangan BN kali ini ialah perubahanarah golongan belia kepada kerajaan hasil program transformasi yang dilaksanakanyang berjaya membantu golongan sasaran, terdiri daripada belia dan golonganmiskin serta yang berpendapatan sederhana. – BERNAMA

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!