Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 22, 2013

EVEREST, FELDA DAN NAJIB TUN RAZAK...

KL01_020413_ANAK_FELDA

Tak dapat saya bayangkan betapa bangganya dilubuk hati para peneroka Felda apabila anak-anak mereka berjaya menakluki puncak tertinggi dunia, Gunung Everest, semalam. Rasanya mengalir airmata gembira mereka melihat kejayaan anak-anak Felda itu…

Siapa sangka, masyarakat Felda yang dulunya dilihat terpinggir di dalam hutan kelapa sawit, bergelumang dengan tanah meneroka belantara dengan bermodalkan titik peluh, boleh sampai ke tahap yang sangat membanggakan seperti sekarang.

Semalam, Mohd Nasuha Shamsuddin dan Myrza Fasha Md. Hamyrudin dari Felda Tersang, Mohd. Aysraf Halim dari Felda Lok Heng Timur serta Mohd. Hafizuddin Ibrahim anak kelahiran Felda Chini berjaya menawan puncak Everest kira-kira jam 10.15 pagi hingga jam 11 pagi.


everest

Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Siti Hanisah Sharuddin meskipun pendaki ke-7 ekspedisi itu terkandas kira-kira 148 meter dari kemuncak “bumbung dunia” itu apabila mengalami penyakit “akut gunung” (AMS).

Jika tidak, Siti Sanisah yang baru berusia 21 tahun itu akan melakar sejarah dunia apabil menjadi salah seorang wanita termuda menakluk kemuncak gunung tertinggi di dunia itu.

Saya melihat pencapaian anak-anak Felda tersebut sebagai satu langkah terkehadapan berbanding belia-belia seperti Adam Adli yang mensia-siakan hidupnya menjadi “balaci politik” untuk Pakatan Haram.

Bukan Adam Ali seorang saja, malah ramai lagi belia yang terpengaruh dan terikut-ikut dengan aktiviti tidak berfaedah parti-parti politik pembangkang yang mempergunakan golongan ini sebagai “propaganda politik” murahan mereka.

Kononnya “anak muda di zaman ini menyokong Pakatan Haram”. Walhal, fakta dan bukti menunjukkan sebaliknya. Misalnya pilihanraya kampus menyaksikan mahasiswa pro-pembangkang hanya menang di 2 buah universiti berbanding 14 universiti secara keseluruhan.

Tapi mereka tidak malu mencanangkan ke seluruh negara kononnya “seluruh” mahasiswa menyokong mereka! Nampak sangat penipu besar!

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Penasihat Projek Everest Felda 2013 , Datuk Akmar Hisham Mokhles, yang telah berjaya membawa anak-anak belia Felda ini ke mercu tanda dunia. Jutaan tahniah, Datuk!

akmar-hisham

Bukan mudah untuk mencetus semangat patriotik di kalangan belia di zaman ini yang lebih suka berpeleseran dengan aktiviti yang kurang berfaedah. Namun pencapaian ini bisa menjadi pemangkin kepada golongan muda untuk menggapai sesuatu yang berharga dalam hidup mereka.

Saya yakin, pihak yang paling gembira dalam pencapaian anak-anak muda ini ialah golongan Felda sendiri. Dengan dasar kerajaan sedia ada bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, nama Felda sekali lagi harum di mata dunia.

Saya yakin mereka bersyukur negara ini dipimpin oleh seorang pemimpin berjiwa rakyat seperti Najib. Kalaulah Anwar yang mentadbir negara ini, jangankan puncak Gunung Everest, malah Felda pun akan lenyap dihapuskan “agen Yahudi” itu.

Begitulah kehidupan rakyat di negara ini yang ditentukan oleh dasar sesebuah parti yang memerintah. Di dalam BN, UMNO tidak pernah gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu tanpa melupakan hak kaum Cina, India, Sikh dan lain-lain.

Berbeza dengan Pakatan Haram, jangan haraplah PAS akan dapat memastikan hak dan kebajikan umat Islam dan bangsa Melayu terbela. Baru saja buka mulut nak bercakap, suara mereka sudah dipotong DAP dan PKR. Berdehem saja PAS sudah menikus!

Tahniah kepada Felda. Saya yakin, dengan kepimpinan Datuk Seri Najib, Felda akan terus menjadi sebutan di seluruh dunia. Lihat saja Mazlan Aliman yang kini sudah diam membisu. Dia cuba memperlekehkan saham FGVH, tapi bila saham itu meningkat, dia terus diam seribu bahasa!

Apa yang perlu, kita harus mensyukuri nikmat yang Allah berikan melalui tangan yang mencorak dasar pentadbiran di negara ini. Bukanlah nak kata BN itu yang beri kita makan, tapi Allah SWT mengurniakan kemakmuran rezeki melalui BN. Itu fakta, bukan auta dan buktinya adalah Felda!

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!