Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 6, 2013

EKSKLUSIF... SOKONGAN CINA PUNCA BN KEDAH TAK DAPAT MANDAT 2/3? #PRU13

Aku nak ulas sikit pasal sokongan orang Cina kepada BN pada PRU ke-13 semalam. Analisis jelas menunjukkan orang Cina di seluruh negara lebih condong memberikan undi mereka pada Pakatan Haram, khususnya DAP.

Misalnya kat Selangor, boleh dikatakan semua DUN atau Parlimen yang ditandingi DAP tu menang. Apa dah jadi? Betul ke semua Cina sokong DAP atau Pakatan Haram? 

Menurut pengamatan aku, hanya 1/3 dari masyarakat Cina di negara ni yang sokong BN. Selebihnya 2/3 dari depa menyokong DAP aka Pakatan Haram. Aku tak tau kenapa.. Nak kata UMNO tak kasi muka, UMNO dah kasi lebih dari yang patut...



MCA dan Gerakan misalnya gagal lagi menarik sokongan dari golongan Tiong Hua ni. Kenapa? Aku tengok, ada sesetengah pemimpin MCA dan Gerakan yang "all out", tapi depa gagal jugak. Kenapa depa gagal jugak?

Aku rasa sebab DAP dah berjaya "implant" something dalam otak orang Cina kat Malaysia ni.

Kat Kedah, orang Cina tak pernah tutup kedai setiap kali PRU. Tapi semalam, banyak kedai Cina tutup untuk membolehkan depa keluar berkempen dan mengundi DAP...

Tapi kat Alor Setar ni berbeza sikit. Parlimen Alor Setar dan DUN Kota Darulaman ni 3 penjuru. BN, DAP dan Berjasa. Kawasan ni memang ramai pengundi Cina. Sokongan orang Cina pada BN dan DAP sama banyak...separuh orang Cina sokong BN dan separuh lagi sokong DAP. 

Tapi memandangkan ada calon Berjasa, kebanyakkan undi Melayu diberikan pada Berjasa ni sebab depa ni Melayu. Orang Melayu kat Kedah ni takkan kasi undi kat DAP punya. Itu confirm. Sebelum ni depa dok bagi kat BN sebab takde parti Berjasa ni....

Namun memandangkan kali ni ada pilihan baru, calon pun orang Melayu Islam, maka orang Melayu di Parlimen Alor Setar dan DUN Kota Darulaman fikir lebih baik bagi undi tu kat Berjasa... Tu yang payah tu... Mungkin depa tak berapa faham sikit tentang perkongsian kuasa tu...

Dalam ertikata lain, undi Melayu kat Parlimen Alor Setar dan Kota Darulaman ni menjadi "undi penentu" kemenangan sama ada BN atau DAP. Tapi dah Berjasa berjaya curi lebih 2,000 undi di situ, maka BN kalah...

Datuk Chor dan Dr Cheah tu bukan calang-calang. Depa ni dapat sokongan yang agak kuat dari orang Cina kat Alor Setar. Tapi pasal ada orang kacau daun, maka BN kalah 1 kerusi Parlimen dan 1 kerusi DUN... rugi tak? Kalau tidak, confirm dah BN dapat mandat 2/3 kat Kedah ni...

Tak mengapalah. Ada cara nak atasi perkara ni pada masa akan datang. Kita ada lebih kurang 5 tahu untuk pertahankan kemenangan BN di Kedah ni sebelum PRU ke-14. Dalam pada masa yang sama, jangan ingat PAS, DAP dan PKR akan duduk diam kat Kedah ni.. ada saja depa nak fitnah kita..kan?

6 comments:

Anonymous said...

Malaysia telah dikerat dua, sebelah sana bersama Cina, sebelah sini bersama Melayu. Lebih baik begitu dari hidup bermuka-muka..

Anonymous said...

Mereka nak LEBIH dari Muka, mereka nak SEGALAnya...

Anonymous said...

blacklist je Berjasa tu..kunun nak tunjuk hebat..kunun nak tunjuk masih ada sokongan...

Anonymous said...

Salam 1 Malaysia..Tugas kerajaan adalah menjaga kebajikan rakyat. Keputusan PRU13 patut menjadi pengajaran kepada kerajaan yang memerintah. Patut lebih hati-hati melayan kerenah rakyat. Jangan terlalu melayan & jangan pula tak layan. Berpada-pada lah. UMNO perlu teruskan memontum ini. Dato Najib berjaya mengembalikan sokongan melayu kepada BN malangnya MCA kalah teruk.Muhasabah kembali & cari jalan penyelesaian sebaik mungkin.

Anonymous said...

berjasa proxy nuar je, rasa saja nak pecah undi

arm NRU12 said...

salam...
dr meja pelulus n pengoperasi Permit2 untuk aktiviti sekitar kawasan Kuala Lumpur...parti DAP adalah parti yg paling awal menghantar permohonan permit utk berkempen semasa PRU13 ni...parti lain2 lambat dan ada yg tidak dihantar langsung...dari situ sahaja kita dah dapat agak n tahu yg parti DAP ni memang telah bersedia dari awal...kaum ca ya nun alip ni klu dh berkuasa sekali, tak akan dilepaskan sampai mati...malas aku nak bicara panjang lebar dah...sendiri mau ingat la ye...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!