Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 6, 2013

EKSKLUSIF.. SEJURUS SELEPAS BN RAMPAS KEDAH DARI PAS SEMALAM...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Aku pun baru je settle kemas opis buruk aku tadi sikit-sikit. Tunggang langgang opis ni semingga dua sejak pembubaran parlimen. PRU ke-13 memang sejarah dalam hidup aku.. satu kemenangan manis di Kedah...

Tapi sebelum dapat kemanisan tu..banyak keperitan yang aku lalui. Benar.. nak dapatkan manis, mungkin kena telan pahit dulu, kan? Jadi, aku sangat-sangat berterima kasih atas jasa dan sokongan rakyat Kedah, khususnya bangsa Melayu, pada PRU ke-13 semalam...

Semalam, tengah ramai-ramai menyambut kemenangan BN kat Bangunan Tunku di Alor Setar, aku turun lepak sorang-sorang kat tepi tembok kat tepi jalan. Tengok gelagat orang. Layan sentimental. Memang aku gembira, tapi jauh di sudut hati aku ada sedih dan risau.. namun biarlah aku simpan sorang-sorang...

Sekarang, bermula episod baru dalam sejarah politik Kedah. Kejap lagi Datuk Mukhriz akan mengangkat sumpah depan DYMM Yang DiPertuan Agong, merangkap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah. Tahniah Datuk...



Aku masih kat opis buruk ni lagi. Letih masih lagi terasa. Aku mengambil kesempatan ni untuk ucapkan terima kasih jugak pada para blogger pro-UMNO/BN Kedah, terutama Mctheory, Pisau Kedah, Medan Tempur Kedah, Kamera Kupang dan seluruh warga TMK. Tanpa korang, siapalah aku ni...

Tak lupa juga kepada Kedah Times, Kedahan69ers, Mummy Rokiah dan ramai lagi blogger-blogger tersohor yang hebat-hebat belaka yang paling banyak membantu kemenangan BN di Kedah kali ni. Terima kasih banyak-banyak bro..korang paling banyak buat kerja kat Kedah kali ni...

Kepada para bloggers pro-PAS macam Kedah La, Kedah La Nie.. dan sebagainya, aku menyusun jari memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Maafkanlah aku kalau aku ada terkasar bahasa atau buat salah kat korang sepanjang aku berblog ni...

Aku tahu korang marah, khususnya bila kalah PRU kan? Biasa la tu.. ada menang, ada kalah. Lepas ni bukak buku baru. Takkan la kita nak bergaduh teruk lagi kot? Tautkan kembali ukhuwwah sesama kita. Psywar sebelum ni..biasalah.. adat peperangan cyber, kan? War casualty tu biasa laaa...

Perang PRU ke-13 dah tamat semalam dan sebagai saudara seagama, kita wajib kekalkan ukhuwwah Islamiyyah di antara kita sama ada kita sokong UMNO/BN atau PAS, kan? Kalau terjumpa aku tengah jalan nanti, kita boleh pekena teh tarik sekali bro...

Selepas ni apa aku nak buat? Entah la. Yang pasti, aku akan terus memperjuang Islam, memperkasakan Melayu dan mendaulatkan tanahair bumi, yang aku pijak selama ni...

Buat masa sekarang, bagilah aku berehat sekejap. Dah teruk berjuang lebih 5 tahun tiap-tiap hari. Bagi la peluang sikit kan.. Heheheee.. Aku blom ada plan lagi.. Aku dah tolak beberapa job offer kat KL.. aku akan stay kat Kedah buat masa ni.. biarlah masa dan takdir yang menentukan...

Wassalam...

P/s: Mula hari ni, aku terpaksa remove semua penulis sukarela di blog aku ni. Maknanya, aku penulis tunggal kat sini. Bukan apa.. senang nak reshuffle lepas ni..harap maklum.

10 comments:

Anonymous said...

Lepas ni kena perangi China pulak kot

China dah naik tocang


China tak boleh dipercayai

KZSO said...

jangan berhenti! cybertroopers dan red bean army masih bergerak dengan aggresif sekarang ini sehingga pru yang akan datang!

Anonymous said...

pesanan utk Dato Mukhriz..berhati hatilah dgn para pengampu dikeliling kelalang dia...kami rakyat sakiiit dgn perangai buruk mereka.tp kenangkan Tun.....kenangan pahiit ketika di Jerlun.mga tak berulang pulak di air hitam..

Anonymous said...

Tahniah bn kedah!! Terima kasih byk2 dato bashah.. hasil kerja kuat anda dan dato mukhriz berjaya rampas kembali kedah dari pakatan.. xlupa jugak veteran umno yg sokong n tlg kempen.. xpenah aku nampak sebelum semua pemimpin turun padang.. lepas ni jaga la hati pengundi luar bandar sama.. depa ni sokong kuat bn..

Anonymous said...

Kalau dato free nanti buat la majlis kat blogger2 kita ni.. dh mcm nak sawan dok kempen umno n tangkis fitnah dari geng sebelah sana..hehehe

sham said...

aduihh, sedihnyer, blog nii ler yg slalu aku buka tak kira melalui tab or pc slama 4 tahun gak dok ikut blog nii dan pautan dr web utk ke lain2 blog,tapi mcm byk lagi nak kena lawan pasnii, cina makin melampau, mungkin tiba masa kita tonjol balik imej "ultra melayu" kita. apa2 pun all the best kat admin yer.
p/s: ish2 kalu selisih tepi jln nak blanja minum teh tarik pun tak bole, pasal aku tak cam muka ko.
lega kedah bole balik kat kita.

Anonymous said...

Malaysia telah dikerat dua, sebelah sana bersama Cina, sebelah sini bersama Melayu. Lebih baik begitu dari hidup bermuka-muka..

Anonymous said...

saudara , perjuangan sebenarnya baru sahaja bermula .. kini dihadapan kita ialah puak racist anti melayu dan Islam ,, puak 'kacang merah' sudah pun mengorak langkah mereka dengan pelbagai fitnah dan persepsi !!!

Anonymous said...

Saudara!Merperjuangkan kemenangan tidaklah serumit mempertahankan kemenangan.Sewaktu dulu UMNO adalah pembangkang di Kedah seperti juga PAS sekarang menjadi pembangkang.Tugas pembangkang mudah hanya bercakap tetapi perlaksanaannnya akan ditanggong oleh orang lain.Makanya berhati-hatilah dalam membuat perkiraan.Berjuta mata melihat dan menilai dan jangan lupa bahawa setiap lima tahun rakyat juga akan membuat keputusannya.Menjadi pemerintah tidak sesenang menjadi pembangkang kerana tanggong jawab adalah pemerintah untuk melaksananakannya.Jangan diisi pejabat dengan orang-orang yang berkepentingan peribadi yang banyak.Lawan menjadi kawan waktu berkuasa ini dan berkemungkinan kawan menjadi lawan kerana kewan akan bercakap benar untuk menjaga kawan walaupun ianya sakit untuk diterima.

Diatas kertas bernama teori semuanya nampak mudah dan senang.Praktikalnya akan menjadi susah jika salah dibawa.Akan hancur sebuah kepimpinan jika diri terasa kita betul semua dan orang lain salah semua walaupun musuh kita.Jadi beringatlah.Bahawa di Kedah masyarakatnya agak unik dan tersendiri.Mereka bukan meminta banyak tetapi cukup sekadar keselesaan untuk menghantar anak kesekolah dan tempat iabadat yang agak sempurna.

Ingatlah kemenangan ini bukan 100% kerana kesempurnaan diri tetapi dibantu oleh lain-lain factor yang menjadikan diri kita popular.Makanya takbirlah negeri ini dengan baik.Ambil pengalaman Tan Sri Sanusi Junid yang akhirnya kecundang waktu UMNO tengah kuat.Jangan anggap kita semuanya pandai dan cerdik..

Mika Angel-0 said...

tahniah bn kedah
tahniah umno kedah
tahniah orang air hitam
kedah2020 - darul aman
maju sejahtera

'bikuit contoh' wawasan2020, duke

salaams

Bila Kak Su Bersuara... Heh!