Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 7, 2013

EKSKLUSIF..!!! KHAS UNTUK PAS KEDAH SELEPAS KEKALAHAN #PRU13...

Adoi... Lepas PAS Kedah kalah, macam-macam pulak cerita kurang enak yang aku dengar dari pihak sebelah sana. Dah la PAS Kedah kalah, depa kutuk pulak boss depa, Datuk Seri Azizan Razak. Dulu bukan main lagi.. sekarang sudah tukar kaa?

Bukan apa, kesian pulak aku tengok kat Azizan. Dia ada pendirian dan tegas dengan pendirian dia, salahkah Azizan bersikap begitu? Sampai Azizan baik dengan orang UMNO pun depa pertikai? Tu diaaa...

Penerangan PAS Kedah pun dah tunjuk "belang" sebenar. Blog-blog pro-PAS Kedah dok "balun" Azizan baiiikkkk punya! Penerangan PAS buat relaks jer. Tak suruh marah langsung dengan posting yang mengutuk Azizan...

Apa salahnya Azizan baik dengan orang UMNO? Pada aku, lebih baik Azizan baik dengan orang UMNO dari berbaik dengan puak DAP laknatullah tu. Sekurang-kurangnya orang UMNO beragama Islam berbanding DAP yang terang-terang kurang ajar terhadap Islam...



Udah-udah la. Tak payah la desak Azizan letak jawatan. Korang ingat Azizan nak sangat jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah tu? Dah PAS Pusat lantik dia... dia jaga je la amanah tu. Tu pun salah ke?

Puak-puak PAS ni, masa Azizan jadi MB, pijak semut pun tak mati. Penakut! Nak tegur Azizan pun tak berani. Katanya takut kena tengking, Azizan panas baran, "peroghoiiihhh" kata orang Kedah.

Aku tak rasa macam tu. Aku pernah sembang dengan dia sebagai "orang PAS". Dia okay je bila aku tegur. Pokok pangkalnya, CARA MENEGUR! Kalau nak tegur Azizan, perlu la guna cara yang dia boleh terima. Kalau korang tegur dia macam tegur anak korang, dah tentu kena maki laaa.. kan? Heh!

Itu la beza orang PAS dengan UMNO. Orang PAS ni tak reti nak tegur orang. Contohnya, cuba tengok macamana depa tegur UMNO. Dengan maki hamun dan kafirkan orang UMNO? Kalau macam tu, sampai mati pun UMNO takkan terima teguran depa punya...

Allah SWT suruh umat Islam tegur sesaman kita secara berhikmah dan gunakan cara yang sesuai. Bukan pakai tegur saja ikut suka hati. Ada uslub dan kaedahnya... Tapi kalau dah jenis payah nak dengar dan fikir depa saja yang betul.. payah la bebbbb..!!!

Aku sebenarnya kesian kat PAS. Depa dah kena rasuk dengan DAP. Undi pun DAP pun depa boleh kata "undi untuk Islam" dan "masuk syurga". Tu diaaa..!!! Tu fatwa Islam ke atau fatwa politik? Korang fikir la sendiri...

Depa selalu kata UMNO perlu berubah. Kononnya kalau UMNO tak berubah, PAS akan ubah kerajaan. Tapi UMNO dah berubah dah. Dah bertransformasi dah pun! Sebaliknya, PAS pulak berubah ke arah yang negatif dan arrogant...apa cerita ni bebbb?

Dengan puak PKR pun depa teruk kena tipu. "Baguih"nya, bila kami beritahu PAS kena tipu, depa kata kami ni jelessss... cemburu kat depa. Malah puak PAS ni marah kami kaw-kaw! Kutuk maki hamun kami.. tapi aku boleh sabar je laaa... aku cuma terbayang depa tu macam penduduk "Thoif"...

Aku setia dengan UMNO. Sebab? Sebab aku yakin dan percaya bahawa pilihan aku tepat. UMNO tunjang BN sebagai pemerintah. Tak macam PAS yang terletak di bawah tapak kaki DAP dan PKR. 

Aku percaya dengan konsep "Islah". Islam yang perkenal dan anjurkan konsep "Islah". Itu cara muamalah yang diajar Rasulullah SAW sesama orang Islam. Kalau dengan golongan kafir, aku guna konsep "asyiddaak", adil tetap tegas.. mudah, kan?

Salah satu sebab utama aku tolak PAS sebab depa tak guna konsep Islam tu dalam muamalah hidup berpolitik depa. Depa jenis berdendam dan balun sampai KO. Sampai berdoa pun pakai konsep KO! Apa cerita tu bebbbb..? Islam yang Rasulullah ajar tu macam tu ke bebbb???

Sekarang, PAS tengok sendiri "kariha" dari Allah SWT. Umat Islam sendiri semakin sedar dan dah tak mau sokong PAS lagi. Golongan ulama pun dah makin ramai sokong UMNO. Buktinya, PAS hilang banyak kerusi dan kalah teruk pada PRU ke-13 ni..

Nasihat aku, terimalah hakikat dan berubahlah. Kita bersaudara, bukan bermusuh...kan?

4 comments:

Anonymous said...

Terbaik...!! #BN4Life

harito said...

This is very intelligent comment! well done!

Godisuno said...

saya selalu berborak dengan pengikut-pengikut PAS. sebahagian besar adalah kakitangan awam. malang bagi mereka kerana terlalu jumud dengan PAS dan hilang pemikiran secara rasional. mereka tak mampu menilai kata-kata pemimpin mereka dengan akal fikiran, hati nurani dan asas keislaman mereka. apa yang ya pada pemimpin mereka maka mereka juga ya, apa yang tidak pada pemikiran pemimpin mereka maka mereka juga tidak. terlalu jumud. orang PAS pada pandangan saya hanya akan bersetuju untuk bergabung dengan UMNO sekiranya pemimpin mereka bersetuju. Adakah itu yang akan berlaku???

Anak Lenggong said...

Sebagai orang melayu, Kita kena fikirkan corak pemerintahan sebagaimana harus ditinggalkan kepada anak cucu kita dikemudian hari.

Mereka harus disedarkan peranan orang tua yang memerdekakan serta menaikan nama Malaysia dan mengenali siapa LIM KIT Siang dan DAP..serta apakah punca rusuhan kaum 13mei berlaku.

Wahai kaum melayu ingatlah bahawa pabila Cina memerintah:-

a. Akan adakah lagi kaota bumiputra untuk membeli rumah.
b. Akan ujudkah lagi sekolah berasama penuh, MRSM dan UITM yang disasarkan kepada golongan bumiputra.
c. Akan ujudkah lagi pemberian biasiswa kecil persekutuan ataupun Yayasan disetiap negeri bagi anak melayu.
d. Tengok sahaja contoh dibawah PR di Selangor tanah untuk dibina MRSM dirampas oleh kerajaan negeri..duit zakat pun mau disapu..adakah kerajaan sebegini yang dimaukan.
e. Adakah benar pemerintahan berlandaskan syariah islam dan hukum hudud boleh dilaksanakan oleh melayu PAS sekiranya mereka bersama dengan cina DAP..ataupun hanyalah mainan bibir sahaja.

Saya bercakap bukannya bermakna saya racis tetapi buka lah minda dan lapangkan pemikiran..ini lah hakikat sebenarnya..lihat sahaja apa yang terjadi kepada melayu peribumi di Singapura..dan lihat sahaja apa yang berlaku kepada melayu dikawasan pulau di penang..so fikirkan lah adalah ini kah corak pemerintahan yang kita maukan ditinggalan kepada anak cucu kita dikemudian hari..

Wahai kaum ku yang seagama dan sebangsa..masih belum terlambat untuk kita berusaha untuk membentuk kesepaduan dibawah satu rumpun..BERSATU LAH WAHAI BANGSA KU..buang rasa hasad dengki dan tamakkan kuasa..mari lah kita bersatu demi masa depan anak cucu, negara, bangsa dan agama.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!