Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, May 14, 2013

EKSKLUSIF..!!! 23 GAMBAR PANASSSS MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAA SIN UNTUK KESIHATAN USTAZ AZIZAN RAZAK....


Betul aku sebak bercampur gembira semalam. Biar pun sejam dua saja di Masjid Zahir semalam, perpaduan di antara UMNO dan PAS begitu menyejukkan mata yang memandang. Tiada politik demi harga sebuah persaudaraan antara umat Islam di Kedah...

Semalam takde ungkapan "UMNO kafir!". Semalam takde ungkapan "Solat UMNO tu Allah tak terima", dan semalam takde sebarang provokasi politik. Semuanya mengadap Allah Yang Esa memohon agar Ustaz Azizan Razak sembuh dan dikembalikan kesihatannya...

Walaupun pemimpin PAS yang muda macam Amiruddin Hamzah atau Ahmad Yahya tak hadir semalam, kehadiran Taulan Rasul dan Phahrolrazi sudah cukup mengembirakan hati aku. Mahfuz? Mahfuz mungkin sedang sebok berseronok dilantik jadi "boss" PAS Kedah yang baru...

Berikut ada 23 keping gambar "photojournalisme" aku di sekitar Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaa Sin Memohon Kesihatan Ustaz Azizan Razak di Masjid Zahir, anjuran MB Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Kedah yang berlangsung semalam...



Masing-masing sugul sementara menanti solat Hajat dimulakan... mungkin teringatkan Ustaz Azizan.. Kalau la dia ada bersama...

Antara jemaah yang berada di saf hadapan semalam...

Sempat lagi aku rakam gambar sebelum mulakan solat... astagfirullahil'azim...cepat-cepat aku letak kamera kat bawah...

Datuk Mukhriz memulakan solat Hajat... pakai lebai 1Malaysia Bakar Bata... mungkin hadiah pemberian Datuk Bashah...kan?
Majlis bacaan Yaa Sin bermula...

Bacaan dihadiahkan kepada Ustaz Azizan Razak, ikhlas dari saudara seagamanya...

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Bashah turut hadir dan menyokong majlis...

YB Datuk Tajuddin sanggup datang dari Sik demi mendoakan sahabatnya, bekas Menteri Besar Kedah....
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir, khusyuq dengan niat murni mengalunkan Yaa Sin untuk Ustaz Azizan yang kini masih berada di Pulau Pinang...

ADUN Jeneri, YB Mahadzir dan ADUN Kuala Nerang, YB Badrul Hisham dari pentas Pemuda UMNO... turut mendoakan Ustaz Azizan...

Yaa Sin dibaca dari hati dan niat yang ikhlas...insyaAllah akan dikabulkan Allah.. lagi pun kita doakan yang baik... bukan doa pecah perut atau KO...

Mungkin sudah padam api kemarahan, Phahrolrazi turut hadir di majlis anjuran MB Kedah ni... Syabas! Tolak politik ke tepi YB..!!!
Tokoh veteran PAS ke-2, ADUN Tokai, Taulan Rasul.. rasanya aku nampak macam dia kesat airmata beberapa kali... Taulan memang baik orangnya... sahabat dengan Ustaz Azizan sejak muda...

Sejuk mata aku memandang... kalau la PAS boleh bergabung selamanya dalam BN... gerenti meletop habis.. Pelampau Cina DAP dan Anwar Berahim Al-Yahuuud pasti mengeletarrr..!!

Aku rasa...Datuk Mukhriz menangis masa baca doa tu.. rasanya la... macam menangis... betul ke Datuk...?

Majlis diketuai oleh Sahibus Samahah Mufti Kedah, Al-Fadhil Tuan Haji Syiekh Badaruddin....
Taulan tertunduk hiba... Phahrolrazi tersandar keluh di birai dinding... terkenangkan saudara yang ditimpa ujian getir melawan penyakit...

Ya Allah... kembalikan dan kurniakanlah kesihatan yang baik kepada saudara kami, Azizan Razak... kami sayang padanya... Aminnnn..

Antara kaum Muslimat UMNO yang hadir di majlis berkenaan...

Jamuan makan selepas majlis selesai.. tertib dan teratur... Alhamdulillah....
Bersalaman dengan jemaah yang hadir sebelum ke jamuan makan malam di sebelah kanan Masjid Zahir...

YB Datuk Suraya, ADUN Sg Tiang juga hadir.. ADUN Bandar Bharu, Datin Sabrina ada datang...tapi aku cari tak jumpa... heheheeeee...

Datuk Mukhriz dan Datuk Taulan makan semeja... bila la aku nak makan semeja dengan Sanusi Md Noor dan "uncle" Zul Ya nihhh... depa asyik dok kutuk aku je nihhh... tapi depa "orang besar-besar"... mana layak dengan aku ni...aku ni taraf pencacai jer....

5 comments:

Anonymous said...

macam ni kan bagus huhu
sejuk hati memandang

Anonymous said...

Danger: Malware Ahead!
Google Chrome has blocked access to this page on dukeofumno.blogspot.com.
Content from sibuti-selamanya.blogspot.com, a known malware distributor, has been inserted into this web page. Visiting this page now is very likely to infect your computer with malware.
Malware is malicious software that causes things like identity theft, financial loss, and permanent file deletion. Learn more
Go back Details about sibuti-selamanya.blogspot.com Proceed at your own risk

Anonymous said...

Terbaikk ahh...

Anonymous said...

Alhamdulillah..
inilah contoh pemimpin Islam. Bukan asyik maki kutuk sesama Islam tp bersekongkol utk jahanamkan negara dan agama.

Semoga hidayah taufiq buat kepimpinan MB Mukriz. Kelembutan tp tegas adalah kunci kejayaan pemimpin Islam.

Anonymous said...

alhamdulillah..semoga datuk mukhriz teruskan dengan sifat bersederhana dan berkasih sayang camni selamanya..aminnnnnn...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!