Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 18, 2013

ALHAMDULILLAH..!!! MUKHRIZ NAK SATUKAN UMNO DAN PAS DEMI KEDAH..?!!! @MukhrizMahathir

MB Kedah pakai kain pelikat...memang down to earth..humble..!
Aku ingat lagi, masa PAS berjaya menjajah Kedah kira-kira 5 tahun dulu, depa kepung Wisma Darulaman sejak pukul 6.30 petang sampai hampir tengah malam. Tak tahu la depa solat maghrib kat mana, ambil wudhu kat mana masa tu...

Tapi masa BN rampas balik Kedah dari jajahan rejim PAS Kedah, kita relaks jer... Kita tak kepung pun Wisma Darulaman. Memang aku ada sebut, tapi tu acah jerr... Heh! Nak tengok muka puak PAS time tu pucat lesi ke tidakkk...heh!

PRU ke-13 dah habis, selesai. Aku tengok, ramai pemimpin UMNO dan PAS di Kedah yang berpeluk lepas PRU ke-13 ni. Depa mintak maaf antara satu sama lain dan terus komited untuk sama-sama bangunkan Kedah ni...



Kita yang kat bawah ni macamana? Kita dah berpeluk ke belum? Dah mintak maaf ke belum? Aku dah mintak maaf dah kat blog ni. Dan aku pun dah berpeluk bermaaf-maafan dengan kawan-kawan baik aku dalam PAS sebelum dan selepas PRU ke-13. Korang dah?

Betul laaa.. buat apa nak gaduh-gaduh? Kita kena bersatu-padu bangunkan Kedah. Politik tu politik la jugak. Tapi tali silaturrahim dan ukhuwah antara kita umat Islam ni lebih penting, kan? Tak tahu la sama ada penyokong PAS sokong ke tidak saranan aku ni...Depa mau Islam, ke?

Sebenarnya, Datuk Mukhriz dah jemput semua ADUN-ADUN PAS untuk bersama-samanya membangunkan Kedah ni. Tak kira la sama ada dilantik sebagai Exco atau tidak, tapi sebagai wakil rakyat, itu depa punya tanggungjawab laa...kan? 

Kalau Datuk Mukhriz dan ADUN-ADUN PAS ni boleh bersatu dan ikhlas bangunkan Kedah dengan mengenepikan sentimen politik, aku gerenti, rakyat Kedah pasti seronok, gembira dan suka sangat, kan? Setuju tak?

Cuma aku risau dengan penyokong-penyokong "hardcore" PAS ni. Depa ni bukannya reti pikiaq sangat kengkadang tu. Orang utamakan Islam, depa utamakan politik. Abih tu macamana Kedah ni nak maju? Heh!

So aku harap depa tukar minda depa ke arah yang lebih positif dan matang. Relaks la bro.. kita sama-sama Islam, kan? "1Islam" dan "1Kedah"... kita sama-sama majukan Kedah. Takbir..!!! Allahu Akbar..!!! (Aikkk..? Takkan aku sorang je yang takbir?)

Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk sama-sama membangunkan negeri.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka agar mengenepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian.

“Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa.

“Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik.

“Kini masanya untuk hulurkan tangan persaudaraan untuk kita bersatu. Negara membangun apabila rakyat majmuk pelbagai kaum bersatu dan kerajaan akan dapat jalankan tugas dengan penuh amanah tanpa perlu bimbang apa-apa,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, di sini, Jumaat.

Mukhriz berkata untuk membawa Kedah ke tahap yang sama dengan negeri maju yang lain memerlukan kerjasama semua pihak bagi memudahkan projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.

Beliau berkata Kedah sudah agak lama tercicir dari arus pembangunan negara, justeru banyak perkara perlu dilakukan bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang maju seiring dengan hasrat kerajaan pusat.

“Saya mohon rakan-rakan daripada parti pembangkang bersama bangunkan negeri ini, kita lakukan yang terbaik dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.

“Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah tidak ada yang mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak sekiranya terdapat kekasaran yang dilakukan tanpa disedarinya terutama sepanjang tempoh berkempen.

Lebih 5,000 rakyat di sekitar kawasan Parlimen Jerlun khususnya Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam menghadiri majlis tersebut yang diadakan khas untuk rakyat di DUN berkenaan.

Yang turut hadir isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria, Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz dan Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Yg terbaik antara dua yg berselisih adalah yg mula mula menghulurkan perdamaian.

Anonymous said...

Orang pas totok atau taksub pas lebih percaya pada guan eng dari mukhriz. Mungkin Allah dah butakan hati mereka. Tak pe la kita doakan supaya Allah beri hidayah pada mereka.

Anonymous said...

DEMI PERPADUAN BANGSA MELAYU, LANTIK SATU ATAU DUA ADUN PAS JADI EXCO KEDAH

Anonymous said...

salam.
alhamdulillah.sepatutnya bukan d kedah sahaja tapi d mana2 sahaja.ya pru13 paling getir tapi bab orang kata ada sinar d hujung terowong.

mb kedah dah mulakan.harap2 bersambut.mb kelantan yang baru pun lebih kurang macam tu juga.harap dapat bekerjasama dengan lebih erat dengan kerajaan pusat.takde plak dia sebut bekerjasama erat dengan kerajaan pulau pinang atau negeri maju selangor..hehe...

takpe..yang penting negara kita berasama kita jaga.bukan macam anwar ibrahim n geng..yang siang malam duk buat onar je...spr pun sepatutnya kena lebih banyak kakitangan yang ada macam d permatang pauh dengan selangor n kelantan n pulau pinang.

spr kawasan anwar sangat telus.kawasan selangor sangat telus sampai dah angkat sumpah.spr yang buat kerja hingga pakatan rakyat menanbg adalah kakitangan spr paling telus n kakitangan paling korup adalah kawasan BN menang...hehe..kawasan dia menang spr sangat telus, kawasan pkatan kalah, spr tutup lampu..pengiraan salah, undi hantu, undi dari bangla, spr rasuah...rakyat rasuah..macam2 kalau dah kalah...nasib orang BN tak meroyan..

budakteranung

Bila Kak Su Bersuara... Heh!