Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 11, 2013

ADEHHH..!!! ADA PIHAK PERTIKAI TEAM MEDIA KEDAH (TMK)..???

Baru-baru ni aku ada sembang dengan salah seorang anggota Team Media Kedah (TMK). Dari lenggok gaya bahasanya, bunyinya macam kurang senang dengan sesuatu. Dengar bunyi dia mengeluh resah... 

Rupanya dia tersinggung bila ada orang pertikaikan apa kerja TMK sebagai kumpulan bloggers pro-UMNO/BN di Kedah ni. Kononnya kumpulan unit media baru tu tak buat apa-apa untuk pertahankan DS Najib bila diserang Pakatan Haram, khususnya DAP...

Oooo.. Macam tu rupanya. Patut pun muka tak manis. Ada orang pertikai TMK rupanya... Meh sini aku cerita sikit pasal TMK kat Kedah ni...heheheheee...

Untuk pengetahuan korang... 



TMK ni adalah kumpulan kugiran orkestra lebih kurang macam Panca Sitara. Tapi kumpulan ni tak pernah buat album mahupun piring hitam...

Mctheory tu vokalis utama. Pisau Kedah tu main "tabla". Medan Tempur Kedah main kerincing. Kamera Kupang main rekoder. Aktivis UMNO Pekan Naka tu main loceng. Aktivis Pendang Junior tu main gong. Dahlia Bkt Lada dan Aiman Rosis tu penari duo...

Aku? Aku takde apa-apa fungsi dalam TMK. Aku tukang tengok jer. Heheheeee.. 

TMK ni takde buat kerja apa-apa pun untuk BN, UMNO, UMNO Kedah mahupun DS Najib. Pendek kata, TMK ni langsung takde kena mengena dengan politik. Takde buat apa-apa punnnn!!! Heh!

Blog depa ni semuanya bercerita pasal muzik. Muzik asli, cak lempong, klasik habissss..! Kalau habis idea pun, depa akan main pasal isu muzik dangdut..!!! Kah! Kah! Kah!!!

Opsss.. udah-udah la. Marah lak TMK kat aku kang...

Sebenarnya, bloggers TMK ni dah lama berblog. Misalnya Mctheory, dia mula blogging since 2009. Kemudian baru lahir blogger-blogger TMK yang lain...

Aku asalnya bukan TMK. Tapi lepas aku balik ke Kedah, aku diajak Mctheory untuk bekerjasama dengan TMK. Actually, aku takde fungsi apa-apa pun dalam team tu. Tolong sikit-sikit jer... Semuanya Mc dan kawan-kawan TMK yang buat...

Pihak yang pertikai TMK ni rupanya baru setahun dua dok berjuang dalam Facebook. Ntah. Aku pun tak pernah dengar namanya. Crowd dalam FB dia pun katanya tak lebih 2,000 orang. Tapi kalau ikut cara ceritanya, dialah "hero serba tau" yang menjadi penyebab BN menang di Kedah! Perggghh!!!

Hebat, kan? Heh! Cam ni la bro. Aku iktiraf hang sebagai seorang yang hebat. Tapi jangan la perlekeh atau pertikai orang lain depan orang. Tak patut tu bro....Sama ada hang atau pun kawan-kawan TMK tu sama-sama kerja kuat bagi BN menang kat Kedah ni bro...

Rasanya aku tak perlu cerita kat sini pasal TMK. Rasanya PAS Kedah pun kenal sapa TMK. Cuba tanya Zul Ya atau Sanusi Md Noor, depa pun kenal TMK. Jadi, aku tak perlu la cerita banyak pasal TMK ni...kan?

Kalau nak cakap soal kerja, tolong jangan pertikai kerja TMK. Aku tengok depan mata aku sendiri macamana TMK buat kerja. Sampai tidur atas lantai beralaskan kotak! Depa punya kerja memang superbbbb..!!!

Kalau nak pertikai kerja aku, aku no problem. Memang aku tak menyumbang apa-apa pun kat Kedah ni. Malah aku ni boleh dikategorikan sebagai "bukan blogger Kedah" untuk PRU ke-13 ni. Aku tak layak dapat penghormatan begitu bebbb... aku ni blogger kecik jer...

Jadi, aku harap supaya tolong hargai dan kenang pengorbanan seluru blogger-blogger TMK ni. Depa berjuang dengan jiwa. Jiwa depa tu semuanya demi Islam, Melayu dan Tanahair. Sampai satu ketika, nak menitik airmata aku tengok pengorbanan depa broooo...

Tapi itulah harga sebuah perjuangan. Sama ada dihargai atau tidak, TMK tetap TMK. Aku ucapkan selamat maju jaya pada TMK.. insyaAllah, diakhirat kelak kalian akan mendapat ganjaran yang setimpal atas kebenaran perjuangan kalian... Amin....

2 comments:

Anonymous said...

La,aku ingat masuk blog badut rakyat.rupanya tweet je kat badut rakyat.apa pun aku dah masuk sini,aku doakan TMK berjaya seperti blogger lain,Amin.

zsupra said...

Yg pertikai tu grup kelahiran blogger nasional & global.ehe

Bila Kak Su Bersuara... Heh!