Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 3, 2013

TOK AYAH KEDAH SOKONG ANWAR, ULAMA KEDAH SOKONG NAJIB... ANDA SOKONG SIAPA?

Tok ayah Ton

Baru-baru ini Anwar Ibrahim berkunjung Alor Setar untuk menjual “auta”nya pada rakyat Kedah. Maka seronoklah puak-puak PAS menyambut kehadiran penyokong kuat rejim Zionis Yahudi Israel itu. Blogger PAS Kedah gembira sakan mempromosi Anwar…

Kononnya kehadiran di majlis itu dikatakan lebih dari 30,000 orang. Mereka memberitahu bahawa “Tok-Tok Ayah” di Kedah pun ramai yang hadir. Khabarnya salah seorang Tok Ayah yang hadir itu mampu “tundukkan” harimau dan mengarahkan rakyat Kedah menolak BN…

Pertamanya, saya sangat sangsi padang KUIN yang digunakan di majlis itu mampu memuatkan seramai 30,000 orang. Tapi tak mengapalah, biarpun saya tahu kehadiran hanya sekitar 5,000 orang, saya sudah biasa dengan permainan angka PAS. Tidak menghairankan saya pun…


Sebenarnya saya tak kisah pun kalau Tok-Tok Ayah itu menyokong Pakatan Haram. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Mereka berhak untuk menyokong siapa pun yang mereka suka walaupun pemimpin itu pengkhianat sekali pun. Betul-betul saya tak kisah…

Apa yang saya kisahkan ialah sokongan golongan ulama di Kedah.

Dari pemantauan saya setelah menjelajah di negeri Kedah, boleh dikatakan hampir seluruh golongan ulama dan golongan pro-ulama khususnya di pondok-pondok sangat kecewa dengan PAS Kedah dan beralih arah menyokong BN.

muhyiddin imam

Kekecewaan golongan ulama ini telah diluahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kunjungannya ke Kedah pada bulan lalu.

muhyiddin datuk muslim

Menariknya, Datuk Muslim yang merupakan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Timbalan kepada Allahyarham Ustaz Fadhil turut hadir bertemu Muhyiddin sambil berpegangan tangan, jalan seiringan. Apa tandanya?

muhyiddin ulama pondok

Itu belum lagi saya ceritakan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan ulama-ulama pondok di Kedah.  Makin “terbakar” la puak-puak PAS…

PM ulama pondok jamil pondok

Begitu juga Tok-Tok Guru Agama di Kedah, mereka kini bagaikan berpatah arang dengan PAS. Contohnya, bekas tokoh PAS Pendang yang meletak jawatan bersama 13 orang lagi AJK PAS kawasan itu dilihat sangat intim bersama kepimpinan UMNO/BN.

Tok Guru Hj Rahim kecewa sangat dengan Taulan Rasul yang setelah berkuasa menjadi Exco Kerajaan Negeri telah membenarkan premis hiburan dibuka di Pendang. Malah beberapa keputusan yang mencerminkan “lagha” turut beliau kesali…

ulama pondok

Bukan itu saja, kini wujud sebuah kumpulan yang besar di kalangan akar umbi PAS di Kedah yang memberontak mahu supaya PAS Kedah kembali ke perjuangan asal. Mereka mahu PAS “ceraikan” DAP dan PKR yang dikatakan merosakkan PAS selama 5 tahun ini.

Kata mereka, “PAS tak berkuasa pun takpa, asalkan PAS kembali ke perjuangan asal demi Islam”. Golongan pro-ulama tersebut semakin lama semakin besar jumlahnya dan mereka berjanji akan “mengajar” kepimpinan PAS pada PRU ke-13 kali ini.

Saya cuma nak tanya, antara sokongan Tok-Tok Ayah dan dibandingkan dengan sokongan ulama-ulama serta golongan pro-ulama di Kedah, sokongan dari pihak manakah yang lebih bermakna bagi kita? Sendiri fikir dan memadailah kita jawab di dalam hati. Tak perlu kecoh pun…

Sumber: Mykmu.net

10 comments:

Anonymous said...

Halo atok ayah tua kalu setakat harimau ape ada hal... itu belum kebal lg.... tunggulah nanti lu punya bil letrik dgn air tk byr sampai nk kena potong dgn tnb, itu jam nanti wa nk tengok lu kebal ke atau kebabal... porahhhhhhh citttttt.....

Anonymous said...

Tok Ayah??? Hj Ton tu??? Dia tu dah lama org pekida x ambil hairan.

Anonymous said...

ADA JUGA YANG TOK AYAH PERANGAI HODOH. SEPERTI HARUAN MAKAN CUCU. NI TOK AYAH MANA. TAKKAN DAH TUA2 PUN TAK ADA AKAL.... NAK GLAMER KOT !!

Anonymous said...

Adakah anda kenal ayah ton....kononnya boleh membawa harimau dgn segala saktinya...???

Tahukah ayah ton tu seorang ehsan yg ditahan oleh polis dipersimpangan bandar sg petani utk tujuan melarikan diri atas sabitan kes merompak van keselamatan....beliau merengkok dibuang daerah setelah keluar dari tahanan simpang renggam...kes x dqpqt disabitkn kerana rakan seperancangan tlh melarikan diri sehingga kini x pulang pulang.....apa yg handal dgn ayah ton ni....kalau pencak silatnya pun berterabur....hanya menggunakan beberapa balaci yg kononya ganas ....benarkah satu lawan satu mereka tu kuat...jawapannya tidak....

Ceramah terbaru beliau ialah keganasan polis terhadap masyarakat...diwar warkn salah pihak berwajib...ttp adakah ayah ton tu suci bersih....???? Apa yg diberikan pada para balaciinya sewaktu dia dan kuncunya ditangkap....mana perginya status tok ayah seperti mail kerbau dgn membuka gari seperti ahli silap mata, mana perginya kembar hassan dan hussin yg mengganas dikedah, mana perginya mat komando yg mati dgn peluru polis akibat merompak van keselamatan dijeniang......

Mereka ini sudah pupus kerana usia...dan kebathilan hidup sebagai pejuang yg ikhlas dan beriman....bagi aku x payah lah hidup dgn gelaran tok ayah yg x kemana pun....

Anonymous said...

Ayah tua sekarang sibuk berkempen untuk PKR, tapi dia x bawa rimau pun...track record-out, kalau rakyat nak pilih juga orang macam ni, alamat negeri kedah akan diperintah oleh geng-geng samseng

Anonymous said...

Tok ayah kepala hotak samseng sama bangsa sendiri beranilah

Anonymous said...

tunduk sama ALLAH bkan pda manusia..tok ayah atas dunia..dalam kubur sama ja..yg pnting agama,bangsa dan negara tetap prtahankan,bkan jual bngsa dan agama mcm mat nuar tu..org bek xsmestinya tnjuk kebaikannya,org jahat xsmestinya tnjuk kejahatanya..fikir dmi agama dan bngsa kita,bkan agama atas parti ja.

Anonymous said...

Berani sangat mai bukit selambau , taman jihad . Setakat komen dlam blog buat malu kat adek2 jaaa ...

Anonymous said...

Tak payah la nak jemput pi Taman Jahat ang tu..kalau betoi anak jantan angpa mai tempat aku..
Kampung Paya Palas, Pendang.
Aku Tunggu tok ayah ang..pembuhong, Sendiri lantik jadi Tok Ayah..Pi mampuih la angpa.. Pi samun rata, tapi ceramah kat orang macam dia suci sangat.. Zaiton..pi jahanam

Anonymous said...

Tak payah la nak jemput pi Taman Jahat ang tu..kalau betoi anak jantan angpa mai tempat aku..
Kampung Paya Palas, Pendang.
Aku Tunggu tok ayah ang..pembuhong, Sendiri lantik jadi Tok Ayah..Pi mampuih la angpa.. Pi samun rata, tapi ceramah kat orang macam dia suci sangat.. Zaiton..pi jahanam

Bila Kak Su Bersuara... Heh!