Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 16, 2013

TERKINI..!!! APA KATA PENYOKONG UMNO/BN LEPAS PENGUMUMAN CALON BN KEDAH PAGI TADI..?

Pagi tadi UMNO/BN Kedah dah umum nama calon BN di Kedah untuk PRU ke-13 ni. Tak puas hati sebab nama calon yang hangpa sokong tak lekat? Lepas pengumuman pagi tadi, aku ada dengar jugak rungutan-rungutan dari segelintir pihak...

Aku tak faham. Depa ni sokong parti atau sokong calon depa? Kalau calon depa lekat pun, depa confirm calon depa menang, ka? Kalau calon depa menang, tapi calon-calon lain kalah sebab sabotaj, adakah BN akan kembali mentadbir Kedah?

Aku tak tahu macamana perjuangan kawan-kawan aku ni. Aku dah cakap, untuk pilihanraya, tidak ada sokongan berpilih. Mana-mana calon BN, kita kena sokong laa.. Korang hormat Tun M tak? Nak Kedah kembali ke pangkuan BN tak? Cuba dengar sikit apa yang Tun M kata kat bawah ni...



Dah faham apa yang Tun M maksudkan?

Aku dan kawan-kawan dari kesatuan blogger pro-UMNO/BN Kedah sah sepakat. Kami akan sokong BN tanpa mengira siapa calon pada PRU ke-13 kali ni. Kami sokong dan akan undi calon BN tanpa kompromi. Kami nak rampas Kedah balik dari tangan rakus PAS...

Aku faham, ada yang tak puas hati sebab calon yang depa nak tu tak lekat. Tak pa...sabaq sat. Soal kepimpinan dalam UMNO tu nanti lepas PRU kita kasi settle. Lepas PRU ke-13 ni ada Pemilihan Agung UMNO, kan? Time tu kita angkat mana yang perlu, benam mana yang lari dari perjuangan...

Sekarang ni kita dalam "perang". Dan kita perlu pastikan BN menang kali ni dan dapat Kedah balik. Lepas tu baru kita settle bab lain...boleh?

Seperkara yang aku nak ingatkan kepada mana-mana pihak yang degil dan cuba khianat parti pada PRU Ke-13 kali ni. Blogger-blogger kami ada di merata-rata tempat di seluruh Kedah. Jangan sampai sabotaj tu dapat kami hidu... buruk padahnya...

Biarlah pengkhianat parti tu kami balun cukup-cukup nanti. Pengkhianat UMNO tak perlu ada dalam UMNO. Kalau depa nak masuk Pakatan Haram pun takpa, asalkan jadi "virus" atau "musuh dalam selimut" dalam UMNO... Sorry bro...itu keputusan jemaah blogger pro-UMNO/BN Kedah...

Sekian, harap maklum...heh!

10 comments:

Nadine said...

Tetap sokong BN juga, ini bukan masa untuk berpecah. Aku akan balik Baling dan pangkah calon BN tak kira siapa pun.

BnTube said...

Assalamualaikum

Blog tuan telah saya pautkan dan harap tuan dapat paut blog saya iaitu

http://www.bntube.tk

Jom pakat berkempen utk kejayaan besar Bn pada PRU13

Sekian, terima kasih

john cougar said...

Nampak gayanya kalau Azizan bertanding lagi dia akan lawan cousin dia jugak di sungai limau

Anonymous said...

nah.. ni baru betul. p balik pangkah BN.. balun cukup2 parasit2 tu..

Anonymous said...

waktu nk pangkah tu, tgh labang dah la...jgn dok ingat calon lagi...waktu2 mcm ni dah tak boleh ada sifat tak pueh hati ka, merajuk ka, boikot ka....buang semua tu....tumpu kat pilihanraya dah laaaa....
'KEMBALIKAN KEDAH KEPADA BN'

Anonymous said...

Salam, ceq akan balik ngundi blah pokok sena..kali ni bagi kat BN balik..dulu besa bagi kat mahfuz..tapi agak kecewa sikit la pasai dun ceq Derga depa bubuh cina lagi..walhal majoriti melayu..tapi tak pa la..undi popular perlu diambil kira..kepada member ceq manan..tahniah pasai pak hang dapat masuk balik pendang..lama tak pekena laksa pak ngah hang..kepada pengundi asal kedah silalah balik ngundi..kempen la dari la ni..kita ajaq pas yang angkuh nak mampuih ni..pada ceq MB Pas ni adalah MB paling angkuh dalam malaysia selepaih nik aziz..keangkuhan kita tak akan bawak ke mana pun..perlu diingat majoriti senyap banyak kat kedah...Helmi kampung chepoh..jalan datuk kumbaq..duk kl la ni..salam...

Anonymous said...

Mampuih la UMNO kali nie rakyat dah celek mata dah UMNO bagi depa ambik mai tang pangkah depa pusin, aku tabik spring kat orang Kedah, dulu masa pangkah aku puji orang belah Sik,.Jeniang Balin dan belah-belah kampong yang Tv payah nak dapat siaran tu ho cukup lah setia dengan UMNO la nie iku ingat tingai 10% saja kot,baru nie aku serbe kot kampong aku dibalin depa tengok aku depa cebek mulut, apa depa kata kat aku " Dia mai dah nak juai ubat kat kita " ala hilang kepala aku ,jadi kita kena ingatla orang kampong la nie dah ceredik,hampa ingat memmber NGO yang hampa dok kata nak balun orang tu.

Anonymous said...

Bersatulah.tok sah dok kira sapa yg jd calon.yang penting parti menang..Aku balik kuala kedah.DUN Kubang Rotan.TUNGGU..Kita sama2 usaha dan istiqamah insyaallah ALLAH bersama org2 yg ikhlas dan benar. ..UMNO/BN dulu kini dan selamanya.

Anonymous said...

Alahai..tok sah dok kalut la.yang penting BN/UMNO menang.Istiqamah la kita semua..Insyaallah kemenangan bersama org yang ikhlas dan benar..aku balik kola kedah..DUN kubang rotan..TUNGGU..

Anonymous said...

SOKONG UMNO/BN..Istiqmah semua ahli UMNO/BN..Insyaallah Allah bersama org2 yang ikhlas dan amanah dalam perjuangan..kawe kelik Kola Kedah,,DUN Kubang Rotan..Raja Bersiong

Bila Kak Su Bersuara... Heh!