Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, April 21, 2013

SAYU, AIRMATA LELAKI INI MENITIS LAGI DI AMBANG #PRU13...

Memang meletihkan hari ni. Aku tertidur depan laptop tadi. Bangun dari tidur pun masih mamai lagi. Lepas mandi, solat isyak dan jamah kopi, baru rasa segar sikit. Makan panadol sebiji, aku relax sat depan TV....atau lebih tepat, TV yang tengok aku...

Aku mengelamun depan TV. Aku bangun, tutup TV. Buka pintu dan aku lepak sorang-sorang depan rumah aku. Jam dah pukul 1 pagi. Rumah-rumah jiran aku semuanya dah gelap. Tidur diulit mimpi. Aku je yang terkulat-kulat dalam kesunyian malam...

Siang tadi aku ke penamaan calon di Parlimen Pendang. Lepas tu aku bergegas ke Parlimen Alor Setar pulak. Kali ni suasana agak berbeza dengan PRU yang lalu pada tahun 2008. BN nampak jauh lebih bersemangat...


Aku ingat lagi siang tadi aku ada sembang dengan sorang Makcik. Dia kata, tak mungkin orang Pendang sanggup terima seorang Syi'ah untuk memimpin Pendang. Orang Pendang takkan sanggup. Aku terkedu mendengar kata-kata Makcik yang masuk UMNO sejak 1972 tu...

Aku tengok, bukan saja golongan veteran saja yang sokong UMNO, malah golongan muda di Parlimen Pendang dan Alor Setar lebih ramai mengiringi calon BN di kedua lokasi penamaan calon tadi...

Aku tertanya-tanya, apakah Kedah akan kembali ke pangkuan BN pada PRU ke-13 ini? Terasa semangat melihat perjuangan pakcik makcik, abang kakak, adik abang masa penamaan calon semalam. Depa bersemangat luar dari biasa...

Kemudian, aku kenang balik perjuangan kami para bloggers pro-UMNO/BN di Kedah. Apakah perjuangan kami ini dihargai dan dianggap membantu perjuangan UMNO/BN di bumi Kedah ini? Aku dah 8 tahun menulis, lebih 6 tahun berblog dan perit hilang Kedah selama 5 tahun!

Aku buang persoalan tu ke tepi. Aku harus fokus! Aku harus fokus untuk menangkan BN di Kedah kali ni. 5 tahun terseksa melihat Kedah hampir hancur dijahanamkan PAS, aku perlu berjuang untuk membantu BN menang kembali di negeri ni...

Biarlah sama ada aku dan rakan-rakan bloggers aku dihargai atau tidak. Yang penting, kami akan berjuang bermati-matian untuk menangkan BN pada 5 Mei ni..! Kami tekad! PAS perlu turun dari kerajaan negeri...

PAS perlu turun. Bukan sebab aku benci PAS. PAS perlu turun dari kerajaan sebab PAS memang teruk dan lemah mentadbir Kedah. Huru-hara Kedah dibuatnya. 

Buku yang PAS Kedah sebarkan tu semuanya putar alam. Kononnya pencapaian depa, padahal banyak kerosakan, hutang berbilion, saman-saman, tindakan tidak berkebajikan, penyelewengan dan rosakkan ekonomi, sosial dan kemajuan negeri Kedah.

Aku termenung lagi. Terus masuk ke rumah, kunci pintu dan terus menulis. Aku hanya berjuang dalam penulisan. Mungkin itu saja cara aku berjuang buat masa ni. Aku bukan ahli politik dan tak reti dunia sepak terajang politik ni. Aku terus berjuang cara aku yang lurus bendul ni...doakanlah aku...

Tanpa aku sedari, airmata berlinang dan meleleh dipipi...airmata lelaki...airmata perjuangan...! Namun siapalah aku yang kerdil ini...

4 comments:

TMHD said...

Mmg sedih jika pengorbanan x dihargai ttp lebih sedih lg melihat Kedah yg kita sygi dijahanamkan oleh puak2 yg lemah & melemahkan (Islam & Melayu).Apapun, sbg org Islam, penghargaan Allah pasti akan kita peroleh jua akhirnya.....jgn bersedih...kita berjuang sehingga ke titisan darah terakhir!Allahuakbar!!!

cermin hati said...

huhuhu...sob..sob.. sy pon berharap agar semuanya kembali k asal, ya islam pasti menang buat kali ini,,, hidup islam perjuangkan melayu.... semangat aku...;)

Anonymous said...

salam bro...
kita berjuang untuk alif ba ta...ingat tu bro sampai bila2...kita dah pernah d hina sampai tahap sampah masa presiden UMNO terdahulu...sape bloggers masa tu..berbandingg tahun ni..rileks bro...

sabar itu separuh dari iman..sebagaimana huruf ba menjaga UMNO, selagi itulah kita akan menjaga UMNO...insyaAllah, wp kita tidak menggunakan agama untuk memenangi politik, tapi kita semua tahu yang agama kita menjaga kita...insyaAllah...

kita menggunakan politik untuk mejaga kemas agama kita...sama2 kita lakukannya bro...

d hargai atau tidak, itu bukan kerja kita...kalau nak kira tak d hargai, usaha tun selama ini, masih d pandang enteng oleh najib dengan mencalonkan lagi johari baharum yang memalukan tun pada satu ketika dahulu..tun sabar,,insyaAllah kita pun sabar..tunggu lepas pru kita bantai balik..skarnag masa berjuang bro..kuat kan semangat bro

budakteranung

Anonymous said...

Nak buat jahat mmg senang.
Tapi nak cari dan buat kebaikan mmg banyak kekangan dan cabaran.

Jgn layu setengah jalan.
Genggam bara sampai jadi arang.

Allah SWT teramat pandai mengira kebaikan yg ditaburkan utk ummah. Ayoh teruskan. Wassallam

Bila Kak Su Bersuara... Heh!