Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, April 26, 2013

SAMBUNGAN CERITA AKU INTIP CALON BN DI PARLIMEN BALING..!!! HEH! MENARIK..!

Tu diaa... Tok Azeez bercerita...
Ini adalah sambungan cerita aku "mengintip" calon BN di Parlimen Baling semalam secara rahsia yang aku cerita tadi tu. Heheheheee... Intip bebbbb.. jangan tak intip...

Sebenarnya, aku pernah ikut misi Tok Azeez ni ke Myanmar. Misi Bantuan Kemanusiaan Myanmar, dalam ertikata sebenar, misi nak bantu umat Islam Rohingya di Myanmar pada tahun lepas. 

Tapi rasanya dia tak kenal aku sebab aku ikut misi tu dulu bukan atas kapasiti blogger dan rasanya dia tak tahu pun aku ni blogger. Sebab tu aku kata dia tak kenal aku. Kenal atau tidak, itu tak penting pada aku.. yang penting kerja mau tip top bebbbb...

Nanti la ada masa free aku cerita pasal pahala Tok Azeez Rahim kat Myanmar..Sekarang ni aku nak cerita pasal misi mengintip Tok Azeez kat Baling dulu...heheheheee...



Lepas beramah mesra dengan orang ramai di Carok Sikin, rombongan Tok Azeez bergerak ke sebuah pondok wakaf. Mak aiii.. sampai kat sana, kiri kanan semuanya orang PAS..!!! Gila ke Tok Azeez masuk kubu kuat PAS Baling nihhh??? Nak cari nahas ke?

Rupanya, Tok Azeez masuk ke pondok tu sebab nak tengok insiden beberapa rumah pondok kat situ yang hangus dijilat api. Dia nampak muram time tu dan agak berhati-hati, maklum la, masuk tempat orang PAS...

Tok Azeez buka mulut. Dia minta jasa baik dari orang PAS kat situ untuk benarkan dia bina dan wakafkan 3 buah rumah pondok kat pondok agama tu. Katanya dia nak sedekah pahala amalan tersebut pada arwah ibunya.. Tok Azeez ni memang anak mak, bertuah arwah mak dia...

Masa dia cakap tu, ada 2-3 orang reporter nak interview dia. Tapi Tok Azeez tolak. Dia tak mau cerita tu masuk paper. Betul jugak, kan? Sedekah amal jariah ni, patutnya kalau tangan kanan hulur, tangan kiri tak tahu...kan? Tepat dengan ajaran Islam... PAS ada akhlak macam tu tak?

Lepas tu, kami terus ikut dia sampai la kami tak larat... Gila! Sampai pukul 2 pagi pun masih dok round PDM lagi? Perggghhh!!! Aku dah penat..letih wooo.. Perut pun dah lapar balik. Kami "keluar" dari rombongan Tok Azeez dan menuju ke pekan Baling...

Singgah kejap kat restoran untuk alas perut dan kemudian kami balik ke rumah tumpangan. Sebelum tidur, aku tanya member aku yang agak rapat dengan pegawai-pegawai Tok Azeez tu, rakyat Baling ni mau ke undi Tok Azeez?

Bakat terpendam ni...heheheeee...
Tu diaaa.. kari.. rugi Parpukari tak maiii..heh!
Selamba kawan aku cakap... Tok Azeez ni lain macam sikit. Dia memang brutal, tapi hati dia baik, selalu tolong orang ramai, banyak berjasa kat orang Baling dan mampu bawak perubahan positif kat Baling ni...

Jadi kawan aku kata, dia tak heran kalau pada 5 Mei ni orang Baling, khususnya orang PAS akan undi Tok Azeez dan calon-calon BN di DUN Kupang dan Bayu sebab walaupun depa takde kuasa, depa banyak tolong rakyat di Baling...

Aku tanya lagi, pemimpin PAS macam Cikgu Jo, Ustaz Taib dan Ustaz Mahmud tu tak marah ke kat orang PAS yang undi BN? Kata member aku, bukan saja orang Baling, malah orang PAS totok pun dah serik dengan cara PAS perintah, depa zalimi orang dan bumi Baling! Katanya dengan suara yang agak tinggi...

Aku tanya lagi, PAS tak jaga kawasan kat Baling ni, kah? Dia kata, esok pagi sebelum balik, dia suruh aku pi tengok Gunung Inas yang dah botak licin, Lata Celak yang dah kotor dan air keruh yang PAS paksa orang Baling minum tiap-tiap hari...

Baru aku nak tanya kawan aku lagi, dia kata.."Tidoq la weiii...aku dah ngantuk niii..!" Aku ketawa, rupanya dia tinggi suara marah kat aku sebab banyak tanya dan dia ngantuk. Hehehehee.. Sorry bro. Biasalah...lagipun dia bukannya tahu aku ni blogger pun.. Dah! Aku pun nak tidur..! Heh!

Korang layan gambar kat bawah ni...heheheheee...
BN terus gagah di hati rakyat...

"Taiko" UMNO Baling, Ishak Mat sokong calon BN 300%..!!!

Rancak dengar masalah kakak ni sambil pekena roti canai...
Ceramah pulak di PDM..
Calon BN bagi DUN Kupang.. En. Harun...

Anak muda Baling ramai yang sokong BN la weiii..!!!

Bendera gergasi BN ada di merata-rata cerok Baling..!!! Jeles aku... nak satu boleh?

Aku tanya berapa Tok Azeez upah ikut konvoi dia pusing PDM? Dia kata.. Mana ada upah! Kami ikut Tok Azeez sebab kami dah tak mau PAS... Heh! Baguih budak-budak Baling ni.. cepat celik...!!!
Mai la singgah PDM kami ni Datuk... Kami tunggu Datuk lama dah ni.. (pukul 1.30 pagi!) Setia sungguh!
Entah PDM yang ke berapa entah yang kami singgah... dah banyak sangat dahhh..!!!

Penyokong tegar BN bergambar dengan Tok Azeez...depa pasti undi BN 5 Mei ni..! Heh!

Kalau tak silap aku.. ni PDM last yang kami ikut... tak larat dah... minyak keta pun dah nak habis.. kami chow dulu Datuk.. Assalamualaikum..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!