Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 27, 2013

#PRU13 8 HARI LAGI: SEKITAR ZIARAH DARI PARLIMEN KE PARLIMEN DI KEDAH...

MKK PAS memang sempoi... di Parlimen Sik...
Aku belum pusing banyak lagi Parlimen di Kedah ni. Tapi dari sehari ke sehari, aku mungkin merancang untuk berziarah ke beberapa parlimen yang belum aku singgah. Bukan nak menyebok, tapi sekadar nak bertanya khabar...

Lagipun, dengan kekangan kerjaya, pergerakan aku agak terhad. Namun untuk memastikan BN merampas kembali Kedah dari tangan rakus PAS, digagahkan juga. sedaya aku...

Tapi di beberapa parlimen yang aku pusing, aku dapat banyak maklumat, sama ada rasmi atau tidak. Malah ada beberapa perkara yang aku tak jangka, berlaku di depan mata aku... Ada yang baik, dan ada yang buat aku rasa geram nak menulis...

Rasanya, perkara yang baik biarlah aku rahsiakan. Bukan apa, kita kasi "suprise" pada PAS Kedah nanti...heh!


Parlimen Sik antara parlimen yang aku dah ziarah...
Tapi dalam pemerhatian aku, ada yang tak berapa sedap. Bukan aku yang merungut. Contohnya, ada di kalangan akar umbi yang merungut. Depa merungut bukan pasal tak dapat T-shirt, bukan sebab tak dapat elaun, bukan sebab tak dapat minum kopi, atau tak dapat gula...

Tapi depa mengeluh sebab depa sendiri tak berapa kenal calon. Bila aku counter kata kita undi BN dan bukan calon, depa tetap juga nak kenal calon tu. Ye laaa.. calon baru ramai yang tak berapa kenal. Tapi ada jugak calon lama yang depa tak kenal.. tu yang heran tu...heh!

Depa ni semuanya penyokong tegar UMNO/BN. Dulu depa menyesal tak keluar undi sebab ada yang depa tak puas hati. Tapi lepas Kedah jatuh ke tangan PAS, depa serik! Tu yang semangat depa lain macam pada PRU kali ni...

Depa sebenarnya nak kenal calon yang jadi wakil rakyat depa nanti. Bukan apa, depa nak pantau wakil rakyat depa tu buat kerja ke tidak. Ooooo.. depa nak buat KPI untuk wakil rakyat la tuuu.. Depa kata, wakil rakyat depa sekarang ni PAS dan dia langsung tak buat kerja. Asyik ceramah jer..!

Abang calon PAS di DUN Kuala Nerang.. aku dah turun Padang Terap..
Alhamdulillah, rungutan rakyat tu settle lepas aku ajukan pada calon BN yang bertanding. Alhamdulillah, penerimaan depa dan calon sangat baik....

Ada yang sabotaj tak? Alaaa... tipu la kalau aku kata takdak langsung, kan? Memang ada, tapi tak banyak. Biasalah... dalam mana-mana parti pun ada kerja sabotaj ni. Bezanya sama ada banyak atau sedikit saja bilangannya, kan?

Dalam UMNO/BN kali ni aku tengok biasa-biasa saja. Depa tak sabotaj secara "luar biasa" seperti sebelum ni pada PRU ke-12. Sehari dua lepas penamaan calon, kebanyakannya dah okay. Tapi ada la 2-3 orang yang masih tak abih-abih lagi merajuk...

Alamakkk.. udah-udah la merajuk tu. Orang politik kalau merajuk ni buruk sikit aku tengok, kurang jelita dan kurang hensem! Heh! Abang-abang, kaka-kakak kita ni perjuangkan diri untuk jadi calon atau perjuangkan UMNO/BN untuk rampas Kedah kembali dari PAS?

Hadoii.. comey la Tok Azeez sengih bila depa paksa dia tebar roti canai.. Heheheee.. Parlimen Baling dah settle!
Aku rayu, tolonglah kembali ke perjuangan asal parti. Tak sayang perjuangan ke? Kalau PAS dah tak sayangkan Negara Islam dan Hukum Hudud, lantak depa la. Depa dah ada "syaitonurrajim" sebagai teman depa. Kita pula takkan nak jadi macam depa...kan?

Kalau nak sabotaj pun, apa yang kita dapat? Lepas PRU ni lagi masa untuk berbakti. Berkhidmat untuk rakyat ni tak semestinya kena jadi wakil rakyat. Jadi rakyat biasa pun boleh berkhidmat, kan?

Yang penting tu kita ikhlas nak menolong, bukan kita tolong untuk naikkan nama sendiri untuk jadi calon, kan? Itu tak ikhlas namanya... Dan itu bukan perjuangan UMNO/BN yang tulen!

Takpalah. Biarlah aku rahsiakan dulu perjalanan aku round parlimen keliling Kedah ni. Sebelum PRU, insyaAllah aku "tawaf" semuanya seluruh Kedah... See ya..! Ilal liqaaa'...insyaAllah...!

P/s: Aku letih, penat, tak cukup tidur... Ada ke patut depa tanya aku calon bagi "duit minyak" ke tidak kat aku? Adaaaaa.. Banyak depa bagi... ada la dalam 8 guni satu kepala.. seguni tu ada la dalam RM4 juta... lepas ni aku nak beli banglo 18 tingkat...jet Sukhoi 12 bijik.. boleh? Puiiii..!!! Yang hangpa perlu tahu, aku masih naik kereta buruk aku tu...heh! Demi sebuah perjuangan, ku gagahkan jua...

1 comment:

Anonymous said...

Bro,

Sambil ziarah tu, kutip-kutip la kotak, hantaq kat kawan-kawan puak karat hijau kat Wisma tu, senang depa nak angkut barang n pindah nanti...hehe.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!