Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 13, 2013

PLEASE..!!! TOLONG PADAM SEMUA VIDEO MIRIP PEMIMPIN PAS TUUU... (Aku hampir muntah!)

Cukuplah dengan Anwar...jangan dedahkan dia pula...
Aku mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang menyiarkan rakaman mirip pemimpin PAS yang dikatakan terlampau tu. Aku tahu video tu dah tersebar luas. Tapi aku tak suka laaaa video tu disiarkan...

Mungkin la video tu mirip pemimpin PAS tu.. Tapi hanya "mirip"... Lagipun, belum tentu dia tu pemimpin PAS tu...mungkin lepas ni dia boleh cakap "perut saya tak seboroi itu", atau "perut saya lebih boroi dari dalam video tu"...

Aku tetap dengan pendapat aku, UMNO tak perlukan isu moral buruk pembangkang untuk dijadikan isu pada PRU ke-13 ni. Tak payah dedah pun salah laku seks puak pembangkang ni. Depa semua maksummmm....



Perlu diingat, kalau pun betul video tu memaparkan pemimpin PAS tu, tak patut la ia siarkan. Cukup la dengan tulis saja. Tak perlu dedahkan video tak senonoh tu untuk tontonan umum. Payah nanti kalau budak-budak terikut-ikut dengan moral dalam video tu...heh!

Lagi satu, macam aku cakap sebelum ni, video tu bukan boleh jadi bukti pun. Video tu hanya besi. Besi yang tak boleh jadi saksi atau bahan bukti kes. Korang perlukan saksi seramai 4 orang yang cukup syarat. Kalau tak cukup syarat, tak bolehhhhh...

Diorang kata, pemimpin PAS tu Cikgu Pa. Aku tak rasa ianya betul. Cikgu Pa tu baik orangnya (bersangka baik je laaa..). Dia orang PAS. Orang PAS ni semuanya berakhlak Islam. Mana ada reti zina-zina ni. Kalau depa buat pun, depa masuk syurga jugak sebab Pok Nik dah bagi tiket...

Satu perkaa, mana la tau kalau pompuan tu bini dia yang sah. Naya je, kan?

Aku takkan siarkan video tu kat blog aku ni. Muktamad. Bukan nak tunjuk baik. Tapi aku takmau cemarkan blog aku dengan "pahala" pemimpin PAS tu. "Pahala" ke? Atau "Dosa"? Kalau nak tengok, pergi blog lain...heheheeeee...

P/s: Kawan-kawan jangan marah aaaaa... renungkan yang tersirat di sebalik tulisan aku yang tersurat...

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

Aku pun tak suka letak benda tu kat blog aku. Buang masa jer. Kekeke

Bingai @ Bangang was here!!!!
From TendangTerajang

Bila Kak Su Bersuara... Heh!