Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 17, 2013

PERUTUSAN BLOGGERS PRO-UMNO/BN KEDAH SELEPAS PENGUMUMAN CALON BN...

Alhamdulillah, semalam selesai proses pengumuman calon yang disampaikan oleh pemegang amanah, Datuk Bashah Md Hanipah, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Selesai semua 36 calon DUN dan 15 calon Parlimen BN Kedah.

Tahniah saya ucapkan pada pemimpin-pemimpin yang terpilih. Ingatlah, Datuk-Datuk semua kini adalah komander-komander perang. Sama ada menang atau kalah, itu semua terletak pada kebijaksanaan Datuk Datin semua dan takdir Allah...

Pikullah amanah Allah itu dengan baik dan kita sama-sama berjuang untuk memastikan kemenangan BN untuk merampas kembali Kedah dari tangan rakus PAS. Tanggungjawab tersebut diiringi amanah yang berat dan saya percaya kalian semua dapat memikulnya...



Pada yang tak tersenarai, saya tahu Datuk Datin semua sedih, kecewa, bengang dan ada yang marah. Tapi redakanlah api kemarahan itu dengan wudhu dan ketahuilah ada hikmah Allah yang berselindung di sebalik takdir ini...

Ingatlah, perjuangan sebenar kita adalah demi Islam, bangsa dan tanahair. Perjuangan kita bukan bertujuan nak jadi calon, kan? Kemaskan minda dan perkukuhkan azam sebagai pendokong UMNO. Sama-sama kita gempur PAS dan Pakatan Haram Kedah yang cuba merosakkan negeri kita ini...

Lebih 5 tahun kita derita dan Kedah hampir rosak dikerjakan PAS. PAS tipu rakyat kononnya depa pandai perintah. Hakikatnya depa penipu fakta dan pemutar alam di Kedah. Depa ingat rakyat Kedah ni bodoh macam depa?

Ayuh kita bangkit. Tiada kompromi lagi. Sama ada terpilih atau tidak terpilih, ia sama saja. Kemenangan ini adalah kemenangan BN dan calon hanyalah sebagai wakil kita saja di dalam medan pertempuran demi rakyat ini...

Kami para bloggers sudah tekad. Biar putih tulang, jangan putih mata. Berpantang maut sebelum ajal, bujur lalu melintang patah, takkan ku undur biar setapak..!!! Ayuh kita pastikan BN kembali menyelamatkan Kedah Darulaman..!!! 

Allahu Akbar..!!! Allahu Akbar..!!! Allahu Akbar..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!