Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 17, 2013

PEDASSSS..!!! SELOKA PESANAN ORANG KEDAH UNTUK MUSTAFA ALI..!!!

Errr... saya lekat jadi calon dak ni, Ayoh Chik?
Seloka ni dikarang oleh orang Kedah yang menggunakan nama pena Awang Luku. Katanya dia tinggal di kaki Gunung Jerai. Tak tau la apa nama sebenar atau tempat tinggal sebenar. Lagi pun ia dipetik dari rakan blogger, Mummy Rokiah...

Agak panjang seloka ni. Semuanya dalam bahasa Kedah. Cuba-cubalah biasakan diri dengan loghat Kedah ni...heh! Memang lawak bebbbbb..!!!

Pedas sampai meleleh peluh..!!! Bercerau peluh, kata orang Kedah... Heh! Hangpa baca sendiri...

PESANAN ORANG KEDAH UNTUK MUSTAPHA ALI...
 
Ini kisah pemimpin besag
Hukum agama diputag-putag
Takut kat bini terketag-ketag
Kalau pompuan cukup lekag 

Awal bicara wayang kulit
Memang orang bukan pelesit
Bergoyang-goyang terkepit-kepit
Sampai nampak senjata sulit

Depa kata bukan depa
Itu pelanduk dua serupa
Itulah selalu alasan depa
Kata UMNO punya angkara 

Cakap agama berdegag-degag
Hukum Islam pun depa langgag
Depa ingat kita tak pikiaq
Yang Mana katil yang mana pelenggag

Seluag dalam rona putih
Berkibag-kibag berlapih-lapih
Bila semua bongkaq habih
Baru la kalut dok betepih

Seni senggama ketipang payung
Rambut merah tak pakai tudung
Toksah dok tipu toksah dok muhong
Bangkai gajah macam mana nak tudung

Selak buku tak dak bab
Cucoq kodok kueh karipap
Awat sms I you tak jawab?
You bagi alasan macam-macam sebab

Itulah dialog dalam gambag
Macam mana nak muhong semua dengag
Tuala putih kain kebag
Dok terlentang terkapag-kapag

Apa yang jadi minta simpang
Mai ke Kedah jangan dok temberang
Parti PAS dah tunggang langgang
Sampai rakyat naik bengang 

Pintu taubat masih terbuka
Tuhan melihat jangan leka
Kalau ingat kena niaya
Angkat tangan tadah berdoa. 

Oleh : Awang Luku, Kaki Gunung Jerai, Kedah

1 comment:

Berita dari gunung said...

Pesan sama Hadi, belum tentu pahala cukup untuk mengimbangi DOSA besar.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!