Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 27, 2013

PEDASSS..!!! USTAZ AZIZAN TAK MARAH PUN, DIA PULAK YANG LEBIH-LEBIHHHH...!!!

Marah betul Dewan Pemuda PAS terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang memberikan gred “E -” pada Kerajaan PAS Negeri Kedah atas perkhidmatan “cemerlang” sepanjang lima tahun berkuasa di negeri Jelapang Padi itu.

Peliknya, kemarahan Naib Ketua Dewan “Pepsi-Cola” itu, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss itu langsung tidak disokong oleh sebarang bukti yang menafikan asas pemberian gred paling corot tersebut.

Setahu saya, Raja Ahmad Iskandar menetap di Perak. Sebagai rakyat negeri Perak, saya sangat sangsi tentang pengetahuannya mengenai Kerajaan PAS Kedah berbanding Muhyiddin yang sangat berpengalaman dalam mentadbir sebuah negeri.


Muhyiddin berpengalaman luas sebagai Menteri Besar Johor dan kini sebagai Timbalan Perdana Menteri, sudah tentu segala laporan mengenai perkembangan negeri Kedah akan sampai ke mejanya untuk dirujuk.

Siapa pula yang memberikan laporan tentang prestasi Kerajaan pimpinan Azizan Razak itu pada Raja Ahmad Iskandar?

Kalau nak dikatakan Ahli Jawatankuasa Pemandu yang kononnya ditubuhkan untuk memantau perkembangan pentadbiran Azizan, jawatankuasa itu boleh dikatakan hampir tidak memberi kesan. Azizan sendiri tidak peduli dengan kewujudan Pemandu PAS itu.

Inilah payahnya kalau tak tahu, tapi degil juga nak tunjuk macam tahu. Tak tahu fakta sebenar, tapi hanya percaya bulat-bulat laporan prestasi “masuk bakul angkat sendiri” yang diterbitkan PAS Kedah. Sekurang-kurangnya, “counter”lah balik laporan itu, barulah dikatakan adil, bukan?

Sebenarnya, keadaan ekonomi negeri Kedah jatuh merudum teruk dalam jangkamasa lima tahun mereka memerintah. Pelaburan di Kedah hanya bertumpu di Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP). Itu pun boleh dikatakan 95% pelaburan dibawa oleh Kerajaan Pusat melalui MITI dan MIDA.

Kalau nak diharapkan PAS Kedah yang cari pelaburan, jangan haraplah! Buat projek ikan keli pun boleh gagal dan rugi berjuta ringgit. Inikan pula nak menjana ekonomi mapan di negeri itu.

Bila tak ada duit dan gagal menjana ekonomi, PAS tebas dan tarah balak di Kedah habis-habisan. Duit balak berkoyan-koyan hasil rompakan. Peliknya, tidak ada satu pun pembangunan yang mereka jalankan.

Kalau nak dikatakan PAS Kedah memberi fokus pada pendidikan pun tidak juga. Sama ada pendidikan di peringkat rendah mahu pun menengah, PAS langsung tak ambil tahu. Malah sekolah pondok yang dijanjikan bantuan ketika berkempen pada PRU ke-12 dulu pun tidak ditunaikan!

Malah lebih memalukan, golongan ulama di Kedah yang dulu menyokong penuh perjuangan PAS, kini beralih arah dan enggan lagi bersama mereka. Golongan ulama yang berjawatan di dalam PAS pun sanggup letak jawatan kerana kecewa, berjayakah PAS?

KUIN misalnya adalah institusi pendidikan tinggi yang menjadi mangsa. Azizan Razak letakkan kroninya dan mensyarikatkan kolej universiti itu sehingga ramai kakitangannya yang dizalimi. KUIN hampir bankrap sehingga duit potongan zakat kakitangan pun cuba diseleweng? Bayangkan!

Azizan bina kampus baru KUIN di Kuala Ketil, tapi asrama pelajar pun tak ada. Bila tidak berasrama, pelajar disuruh tidur di bilik kuliah. Prestasi begitu layak diberi gred “A+”, kah?

Kerajaan Pusat ada memperuntukkan sebanyak RM150 juta setahun pada Kerajaan PAS Kedah untuk menyelenggara jalanraya di negeri itu. Tapi hanya RM60 juta saja yang digunakan manakala lebihannya RM90 juta dikatakan telah dimasukkan ke dalam “tabung”.

PAS memang “phobia” dengan “tabung”. Kalau tabung Memali untuk anak yatim pun lesap, bayangkan apa yang terjadi pada “tabung” yang kononnya menyimpan duit untuk menyelenggara jalanraya di Kedah! Mungkin ada atas kertas, tapi duitnya belum tentu ada, bukan?

Ada rakan-rakan yang datang dari Kuala Lumpur dan singgah di Kedah. Mereka terkejut dengan keadaan terkini negeri itu yang begitu meriah dengan pertumbuhan pusat-pusat hiburan. Sudah jadi macam “mini Danoq”! Begitu punya dahsyat pun Raja Ahmad Iskandar nak beri gred “A+” juga?

Itu belum lagi diceritakan tentang masalah dalaman PAS Kedah. Mereka sedang parah berperang sesama sendiri! Tapi biarkanlah. Orang sudah nasihat dan ingatkan awal-awal, mereka saja yang tak mahu dengar nasihat orang. Biar mereka dengan “labu-labunya”…

Kalau tak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku di Kedah, lebih baik Naib Ketua Dewan Pemuda itu diam saja dari terus memalukan diri sendiri. Pantau dan kawal dulu keadaan Nizar Jamaluddin yang lari dari Pasir Panjang untuk bertanding di Changkat Jering.

Berkemungkinan rakyat di DUN Pasir Panjang juga memberikan gred “E -” pada Nizar kerana gagal memberikan khidmat terbaik pada rakyat di situ. Ingat rakyat di DUN Changkat Jering begitu bodoh untuk terima pemimpin seperti itu?

Raja Ahmad Iskandar perlu nasihatkan Nizar dulu sebelum menyebok di negeri orang…

Sumber: Mykmu.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!