Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 24, 2013

PEDASSS..!!! SURAT TERBUKA UNTUK MUHAMMAB TAIB YANG BARU PELUK AGAMA PAS..!!!

Baru-baru ini bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib mengumumkan penyertaannya dalam Pas.

Sebagai sebuah negara demokrasi, tiada MASALAH LANGSUNG untuk Muhamad berbuat demikian.

Muhammad boleh beri sejuta alasan untuk berbuat demikian tetapi hakikatnya beliau jangan lupa UMNO yang ditinggalkannya itu jugalah yang banyak membantu dan bersama beliau di waktu senang dan diwaktu susah.


Walaupun dikenali Menteri Besar Selangor yang penuh kontroversi termasuk pernah terlibat dalam skandal dengan anak Sultan dan ditangkap pihak berkuasa Australia, UMNO tidak pernah menganiaya Muhamad bahkan sentiasa memberi semangat dokongan tidak berbelah bagi pada beliau untuk membersihkan namanya.

UMNO dikutuk dan dihina oleh parti pembangkang seperti Pas disebabkan perbuatannya itu, namun UMNO memilih untuk menerima tekanan tersebut kerana tidak mahu Muhammad terus diperlekeh dan diaibkan.

Bahkan di saat Muhammad telah ‘nyawa-nyawa’ ikan dalam UMNO, parti itu tetap memberikan beliau jawatan yang besar dalam parti.

Tidak cukup dengan itu, jawatan Menteri juga diberikan walaupun ia mendapat tentangan yang cukup hebat di kalangan pembangkang.

Ini kerana UMNO yakin Muhammad mesti diberi peluang kedua dan tidak harus ‘dimatikan’ begitu saja hanya kerana kesilapan yang pernah beliau lakukan.

Tetapi itulah adat dunia, adakalanya kita di atas, adakalanya kita dibawah.

Malang sekali, ketika Muhammad makin hilang popularitinya dalam UMNO, Muhammad ‘merajuk’.

Dan merajuknya itu akhirnya membawa kepada penyertaannya di dalam parti Pas pagi tadi.
Kita tidak mahu mengungkit apa yang dah berlaku.

Kita tidak mahu mengungkit apa yang dah Muhammad ‘sebat’ sewaktu bersama UMNO.

Cuma kita sedih inilah pengakhiran seorang ahli yang pernah kita angkat, pernah kita julang dan pernah kita kutip dari hanya seorang cikgu sekolah ke Menteri Besar, dari Menteri besar ke Menteri Kabinet.

Kita tidak kisah kalau beliau tidak mahu berterima kasih, tetapi jangan lupa air muka jutaan ahli UMNO yang pernah beliau CONTENG DAN AIBKAN dengan skandal-skandal dan kes mahkamahnya itu.

Kalau Muhammad rasa dirinya teraniaya, jutaan ahli UMNO ini lebih rasa teraniaya dengan perbuatannya.

Selamat maju jaya buat Muhammad Mohd. Taib.

‘Terima kasih’ atas segalanya…- Mynewshub.my

11 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya dengan ini mencabar Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Selangor Darul Ehsan selama 11 tahun......diulangi 11 tahun...untuk meruntuhkan kilang arak di tepi Lebuhraya Persekutuan sekiranya beliau benar-benar ingin menghidupkan roh Islam di negeri Selangor yang mungkin dulu Tan Sri "terlepas pandang". Jika ini benar-benar dilakukan, maka terbukti keikhlasan atau "kesedaran" spriritual keagamaan Islam benar-benar timbul dalam zahir dan batin Tan Sri. Jika tidak, pepatah Inggeris pernah berkata "Don't shit in the same plate you used to eat". Wassalam.

Anonymous said...

sebak hati dgn sejarah UMNO perihal Muhd Taib .....harapan semuga beliau ada maksud tersurat dan tersirat untuk bangsa agama nya.

Anonymous said...

inilah muka tak tau malu.

Anonymous said...

Now we see the true colour of this man! A man who is NO GOOD past, present and the future!

Anonymous said...

Cepat betul Mike Tyson ni lupa pada cerita dia berperahu ke Thailand nak bernikah dengan Ku Yah. Masa tu saya di sekolah menengah.

Bukan main gah jadi buah mulut dan ketawa puak PAS atas perilaku Mike yang membelakangkan raja.

Tu belum serita dia dan wife dia pakai skirt pendek di airport Australia pasal kes bawak lari duit.

MELAYU MEMANG MUDAH LUPA.

Anonymous said...

Sudah tentu Mat Taib menjadi beban berat untuk PAS menggalas dan memikulnya. Kerana itu kesimpulannya PAS akan tiada Negri untuk memerintah kali ini...tunggu dan lihat kebenarannya pada 5hb Mei nanti...

Anonymous said...

" Kita tidak kisah kalau beliau tidak mahu berterima kasih, tetapi jangan lupa air muka jutaan ahli UMNO yang pernah beliau CONTENG DAN AIBKAN dengan skandal-skandal dan kes mahkamahnya itu.

Kalau Muhammad rasa dirinya teraniaya, jutaan ahli UMNO ini lebih rasa teraniaya dengan perbuatannya."


saya setuju dgn apa yg saudara tulis... muhammad taib perlu memohon maaf daripada jutaan ahli UMNO malah jutaan rakyat malaysia yang menyokong UMNO walaupun tidak menjadi ahli kerana mengaibkan nama UMNO dan mengaibkan seluruh penyokong UMNO dengan segala skandal beliau... sblm nak cakap UMNO sudah tidak mampu mengepalai Barisan Nasional... mohon maaf daripada kami terlebih dahulu kerana kami secara tidak langsung diheret oleh aib yg muhammad taib palitkan... WALK YOUR TALK!

Anonymous said...

"Kalau Muhammad rasa dirinya teraniaya, jutaan ahli UMNO ini lebih rasa teraniaya dengan perbuatannya.

Selamat maju jaya buat Muhammad Mohd. Taib.

‘Terima kasih’ atas segalanya…"

Sedihnya :'(
Seandainya timbul kesedaran dalam diri beliau & ingin kembali di masa akan datang adakah Umno akan menerima beliau kembali?

Anonymous said...

"Kalau Muhammad rasa dirinya teraniaya, jutaan ahli UMNO ini lebih rasa teraniaya dengan perbuatannya.

Selamat maju jaya buat Muhammad Mohd. Taib.

‘Terima kasih’ atas segalanya…"

sedihnya :'(

Anonymous said...

Bila hati dah dekat dengan Allah, jiwa jadi tenang,akal selalu dipandu ke arah mensucikan diri.Disitu lahirnya benih iman menjurus kepada akhlak yang sempurna.

Yang maha esa amat pemurah melimpahkan rahmatnya keatas makhluknya, tiadakah satu ruang masa untuk kita berterima kasih padanya...setiap dengus nafas mahkluknya adalah rahmatnya, pendengaran dan penglihatan rahmatnya jua...adakah kita terlalu angkuh dan ego untuk berterima kasih padanya..

Anonymous said...

kalau lihat para sahabat nabi, lagi besar jenayahnya, Khalid ibnu walid mengetuai musyrikin mekah dalam perang uhud menyebakan kematian 70 org sahabat, tp bila beliau masuk islam (bertaubat) nabi tak ungkit dosa2 lama , jenayah beliau...berilah peluang kpd orang lain utk beramal dengan islam wpun anda terus menyokong kebatilan

Bila Kak Su Bersuara... Heh!