Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 9, 2013

PEDASSS..!!! PUAK PAS KEDAH ADA HATI NAK CAKAP PASAL CALON BN..??? #TukarKedah #SaveKedah @MukhrizMahathir #PRU13


Kadang-kadang, nak tergelak jugak aku bila ramai sangat yang nak bercakap pasal calon BN pada PRU ke-13 ni. Macam la depa tu Najib yang ada kuasa buat kata putus menentukan siapa yang bertanding atau tidak bertanding...heh!

Paling best bila baca tulisan puak-puak pencacai Penerangan PAS Kedah yang menulis. Hahahhaha..!!! Lagak tulisan depa tu macam depa tu orang UMNO..! Pelik betoi.. Depa macam lebih UMNO dari orang UMNO yang sebenar...heh!

Kononnya dipilih begitu, dan dipilih begini. Heh! Alaaaa...macam la orang tak tahu semua tu adalah usaha PAS Kedah untuk pecah belahkan pemimpin UMNO... Taktik tu dah lapok laaa... PAS Kedah dulu buat macam tu laaa... Taktik tu kami dah tahuuuu...heh!



Pada aku, pencacai PAS Kedah tu saja nak "divert" (pesongkan) isu tumpuan yang memaparkan pergaduhan, perang besar dan cantas-mencantas di dalam PAS serta Pakatan Haram Kedah.


Contohnya, tentang KIDNAP! Aku ingat, budak-budak kecik je yang selalu jadi mangsa KIDNAP. Rupanya, Phahrolrazi yang dah tua bangka tu pun jadi mangsa KIDNAP jugak? Cerita puak Azizan KIDNAP Phahrolrazi tu dah settle belom? Heh!

Kalau dalam PAS pun dah bergaduh besar punya, apatah lagi dalam Pakatan Haram. Alaaaa... Bukan kami tak tau. Anwar umum calon Parlimen Alor Setar jadi topik besar di kalangan akar umbi. Eekmal yang dah print baju N12 DUN Bakar Bata pun dah teruk kena tibai dengan puak PAS Kedah...heh!

Tu belum lagi aku cerita pasal Pengerusi DAP Kedah yang marah gila kat Anwar dan PAS yang seolah-olah ketepikan dia dalam soal calon. Marah gila orang tua ADUN Kota Darulaman tu sampai cerita kat NST...heh!

Takpa...cakap banyak takmau. Hangpa tunggu je la PRU ke-13 kali ni. Bukan la aku cakap UMNO/BN confirm menang. Tapi rasanya time ni bukan lagi masa nak buat cerita tipu macam pencacai PAS Kedah buat tu... Tak payah bohong laaa... Rakyat Kedah bukan bodo...heh!

Anyway, kita berkempen cara sihat. Puak PAS tu pun bukan orang lain. Sedara sepupu sepapat aku jugak. Walaupun berlainan parti, depa tetap saudara seagama aku. Cuma, mungkin la depa tak anggap aku ni saudara depa sebab aku UMNO. "Solat aku tak sah dan aku ni kafir" kata puak PAS...

Tak mengapalah. Aku tak kisah apa puak PAS nak kata. Apa yang depa tak pernah maki hamun aku? Semua depa dah kata dan aku pernah terima. Nak buat camana? Dah memang tu cara puak PAS. Masa aku dalam PAS dulu pun begitu, tak pernah berubah...

Pada aku, tak semua PAS tu begitu. Contohnya, member-member lama masa zaman sekolah aku dulu tak begitu. Depa tetap hormat dan sayang aku macam dulu jugak. Kami profesional dan tetap rapat macam dulu...

Tak macam "sorang" saudara aku yang dok kat Wisma Darulaman tu. Mentang-mentang la dah ada jawatan tinggi dalam PAS, gaji besar dan bolot banyak projek printing PRU13 untuk PAS, dia burukkan imej aku dalam family...heh!

Tapi takpa... Aku tak kisah. Mujur la family aku faham dan terus beri sokongan kat aku. "Lakum dinukum waliya din".. itu saja yang mampu aku kata kat "saudara" aku tu. Dia boss besar sekarang dan dok dalam PAS. Kalau dia tak faham, tanya la sapa yang patut tentang maksud ayat tu...heh!

Ingat bro. Kita berperang politik. Bukan berperang tali ikatan persaudaraan sesama Islam. Kalau ada degree sampai 2-3 pun, tapi tak reti nak beza benda ni pun payah gak...kan? Heh!

1 comment:

Hamzah Junior said...

HAHAHAA STEADY BRO...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!