Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 29, 2013

PEDASSS..!!! ORANG SURUH TARIK PELABUR, DIA TARIK BINI ORANG??? ADEHHHH...!!!

Orang suruh tambah pelaburan kat Kedah...tapi dia tambah bini pulak dahhhhh..!!! Ishhhh..!!! Bini orang pulak tuuu..!!! Tu nak tiru Mat Sabu la tuuu...?
Aku rasa, PAS Kedah mungkin tak tau cara lain untuk dapatkan duit untuk Kerajaan Negeri selain dari tarah balak sampai botak licin. Habih depa tebang balak kat seluruh Kedah ni atas alasan nak buat dusun buah...

Selain balak, depa juga balun sumber-sumber mineral di seluruh Kedah. Habis hasil mahsul bumi Kedah depa "rompak"...

Paling tak malu, depa siap print buku prestasi depa sendiri. Heheheheee.. Macam budak sekolah buat dan tanda markah kat report card sendiri la tu... masuk bakul angkat sendiri. Padahal, semuanya "auta" dan putar alam politik semata-mata...

Contohnya pasal pelaburan. Dah sah dah Ustaz Azizan mengaku dan nampaknya Amiruddin gagal segagal-gagalnya... Tapi, dia nak mengaku ke dia gagal? Jangan harap laaaa... kan? Cuba bawa kat bawah ni...

Kerajaan PAS Kedah mengakui gagal menarik pelaburan dalam sektor pembuatan yang menurun dengan drastik pada 2012 berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak enggan memberitahu jumlah pelaburan sektor pembuatan yang direkodkan pada 2012. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains dan Teknologi negeri, Amiruddin Hamzah, pula kata kemasukan pelaburan yang perlahan menyebabkan negeri itu berada di kedudukan kesembilan berbanding kelima pada 2011 dalam sektor pelaburan pembuatan.

Ujar beliau,biasanya Kedah berada di tangga keempat, kelima atau keenam, tetapi untuk 2012 Kedah jatuh ke tangga kesembilan disebabkan pelaburan yang lembap dalam sektor pembuatan.

Ulas beliau lagi, penurunan pelaburan dalam sektor itu berlaku di semua bahagian di Kedah termasuk Taman Teknologi Tinggi Kulim, katanya pada sidang media.

Kedah kehilangan RM1.5 Billion lagi pelaburan apabila STX Corp membuat keputusan melabur di Senai Hi-Tech Park, di Senai Johor.

Industri berbentuk Fabrikasi Wafer dan Solar sepatutnya melabur di Kulim, yang dulunya di terajui bekas CEOnya, Dato' Ahmad Shukri kerana Kulim memang direkabentuk sebagai hab kepada pelaburan mikroelektronik, fabrikasi wafer dan solar.

Namun akibat dari pentadbiran yang tidak cekap dan tiada pengalaman dan kronisma, rakyat Kedah kehilangan lagi pelaburan yang besar. Tidak perlulah lagi dinyatakan berapa besar kerugian dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, cukai dan lain-lain kepada negeri dan rakyat Kedah.

Dato' Shukri adalah bekas CEO yang telah disisihkan secara tidak beretika dua tahun lalu bagi memberi laluan kepada anak saudara Ustaz Azizan memimpin Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Sebelum ini pun, Kulim telah kehilangan pelaburan juga dalam skala billion RM dalam industri yang sama kepada Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Ahmad Shukri.

Perbandingan dimana Taman Teknologi Tinggi Kulim yang telah dilengkapkan dengan infrastruktur moden dan berkualiti tinggi, sementara Senai Hi-Tech Park yang masih mentah dan masih belum beroperasi sepenuhnya menimbulkan pertanyaan bagaimana Senai boleh menang dalam perebutan menarik pelabur adalah umpama ular lidi menelan naga.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!