Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, April 27, 2013

PEDASSS BERAPI..!!! KARPAL PELUK AGAMA PAS DEMI PAKATAN HARAM..???

betina-bodoh

Setiap kali kita melihat PAS menjulang bendera DAP, rasa mual dan loya mula datang di anak tekak. Bukan main menyampah lagi melihat sikap muka tak malu PAS yang terhegeh-hegeh pada DAP. “Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong”.

Sebenarnya kita bukan cemburu jika PAS mahu bersahabat dengan DAP. Tapi ikatan ukhuwah Islamiyyah yang tebal pada ahli UMNO di negara ini, kita tidak rela melihat saudara kita dilayan seperti “anjing” oleh parti “chauvinis ultra kiasu” itu.

Namun apakan daya, fatwa “Mursyidul Am” PAS menghalalkan parti itu untuk bersahabat dengan “syaitan” sekali pun untuk menjatuhkan sebuah kerajaan Islam yang dipimpin UMNO. Ahli PAS terpaksa “beriman” pada fatwa tersebut…malang sungguh!


Seperti adat tradisi PAS pada setiap PRU, parti itu akan memukul gendang mencanangkan kembali isu hukum hudud untuk dijadikan modal pilihanraya bagi meraih undi khususnya dari umat Islam di negara ini.

Satu-satunya calon PAS yang dipercayai tidak melakukan “bai’ah calon” pada PRU kali ini, Datuk Dr Harun Din sekali lagi “test market” dengan mengatakan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajh Putrajaya kali ini.

Kononnya, memandangkan PAS dah setuju bertolak ansur membenarkan DAP guna lambang PAS pada PRU kali ini maka DAP akan bertolak ansur juga terhadap PAS dengan membenarkan hukum hudud dilaksanakan.

Maka terangkatlah serban pak-pak lebai PAS bersemangat mendengar kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS itu. Kononnya, hukum hudud akan kembali diperjuangkan di dalam manifesto PAS pada PRU ke-13.

Malangnya, seorang pemimpin Pakatan Haram yang sepatutnya “berserban” tapi tidak berserban tiba-tiba lantang membidas kenyataan Harun Din itu. Siapa lagi kalau bukan Karpal Singh “wheelcha” yang dulu suruh langkah mayat dia dulu sebelum tubuh negara Islam..!

Kata Karpal, tindakan PAS membenarkan DAP menggunakan lambang PAS pada PRU ke-13 nanti bukanlah bermakna parti pimpinannya itu bersetuju untuk PAS meneruskan hukum hudud.

Malah dengan angkuh, “Singh is King” itu menegaskan bahawa jika PAS mahu meminda perlembagaan negara sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud, DAP dan PKR tidak akan sesekali bersetuju dengan tindakan itu!

Nah ambik kau! Begitu hina sekali PAS dipandangan mata DAP. Baru saja bersuara dan berura-ura untuk melaksanakan hudud, tiba-tiba kenyataan Timbalan Mursyidu Am PAS itu diherdik Karpal bagaikan Harun Din itu budak berhingus di tadika PASTI…

Itu pun PAS masih lagi tak malu untuk terus bersama DAP? PAS tak ada maruah, kah? Apakah Allah SWT sudah mengangkat rasa malu dari PAS dan digantikan dengan kemurkaanNya terhadap parti itu? Tak tahulah apa nak jadi pada PAS di akhir zaman ini…

Apakah PAS masih lagi malu memegang bendera DAP dan menjulang parti itu pada PRU ke-13 kali ini? Apakah PAS masih lagi tidak malu untuk menghalalkan puak-puak kuffar laknatullah itu untuk terus bersama mereka?

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selamba mengisyhtiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di sebuah majlis mesyuarat agung parti Gerakan. Parti komponen itu sedikit pun tidak membantah apatah lagi mengherdik Tun Dr. Mahathir ketika itu.

Tapi PAS yang hanya bersuara mahu melaksanakah hudud, terus ditempelak DAP. Begitukah kejayaan PAS mentarbiyah DAP tentang Islam? DAP sudah berkurun abad ditubuhkan di negara ini, tapi masih lagi tak faham keistimewaan Islam?

Nampaknya PAS berada ditahap yang jauh lebih hina dari apa yang saya fikirkan sebelum ini. Dimalukan dan dicabar oleh “sahabat” sendiri di ambang PRU ke-13 adalah sangat mengaibkan PAS. Mana lagi PAS nak letak muka? Tolonglah sedar wahai saudaraku dan kembalilah ke jalan Allah…

Sumber: Mykmu.net

1 comment:

Anonymous said...

Ramai yg lupa atau sengaja lupakan perintah ALLAH dalam Surah Al-Fath Ayat 29 -

[29]Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)... hingga akhir ayat.

Moga ALLAH Satukan hati org-org Islam utk bersatu kembali.

AMIN.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!