Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, April 15, 2013

PEDASSS..!!! APA BEZA "ORANG UMNO" DENGAN "ORANG DATUK"..?

Aku terima komen dari pembaca yang mengatakan akar umbi tak pernah sabotaj parti. Katanya, parti yang sebenarnya sabotaj akar umbi. Pembaca tu kata, akar umbi nak calon depa. Calon yang depa nak dan sokong selama ni...
AKAR UMBI TIDAK PERNAH SABOTAJ PARTI. PARTI YANG SABOTAJ AKAR UMBI.
KAMI TIDAK MAHU CALON PAYONG TERJUN.
KAMI TIDAK MAHU CALON BERMASALAH.
KAMI TIDAK MAHU CALON YANG TIDAK BEKERJA.
KAMI MAHU CALON KAMI, TEMPATAN, AKAR UMBI, BERKERJA UTK PARTI DAN MAMPU MENANG
akar umbi UMNO SP 
Aku nak tanya la akar umbi yang bagi komen tu. Dia orang UMNO atau orang yang dia sokong tu? Dia sokong BN atau sokong orang yang dia suka tu?

Ada perbezaan antara "ORANG UMNO" dan "ORANG DATUK A, B ATAU C" ni... Meh sini aku cerita sikit...


Orang UMNO ni pejuang tulen parti. Setia dan berfikir demi kepentingan parti...Pejuang macam ni sanggup keluarkan duit sendiri, sanggup habiskan masa dan sanggup sumbang tenaga untuk UMNO. Dihargai atau tidak, dia tolak ketepi. Yang penting, UMNO terus mantap disayangi rakyat...

Orang Datuk A, B atau C ni pun "orang UMNO' jugak. Cuma, "orang UMNO" depa ni hanya atas keahlian saja. Kalau Datuk A, B atau C tak bergerak, maka depa pun tak bergerak. Kalau Datuk A masuk kampung, depa ikut. Kalau Datuk A tak masuk kampung, depa tak masuk kampung laa..

Orang Datuk A, B atau C ni jugak mengamalkan sokongan berpilih. Depa sokong Datuk depa saja, kalau Datuk lain tercalon, depa takkan sokong. Tu yang sampai jadi sabotaj parti tu...


Aku nak tanya, antara kedua pihak tu, yang mana pihak yang betul-betul tulen dan sayangkan perjuangan partinya? Atau lebih suka menyokong individu berbanding semangat parti?

Katakanlah akar umbi tu suka Datuk A, sebab Datuk A di matanya "hebat", "buat kerja", "banyak bantu rakyat", pendek kata Datuk A tu "winnable candidate" la di mata akar umbi tu... Tapi kalau kita tanya akar umbi Datuk B pulak, dah tentu dia kata dia sokong Datuk B...kan?

Aku nak tanya, akar umbi ni sebenarnya tak tahu latar belakang sebenar calon yang depa nak tu. Depa hanya nampak luaran saja. Tak berapa nampak yang di sebaliknya. Takkan la Datuk A dan Datuk B tu nak tunjuk buruk dia kat orang-orang bawahan dia tu...kan?

Bagi menentukan calon, sudah tentu PM tapis setapis-tapisnya. Ada calon terpilih dan ada yang tak terpilih. Kalau terpilih, dah tentu ada sebabnya. Kalau tak terpilih pun dah tentu ada sebabnya. Aku nak tanya, PM pilih calon tu untuk BN kalah ke?

Dah tentu PM nak calon BN menang. PM terima report dari akar umbi. PM terima juga report dari rakyat. Tapi kalau rakyat nak Datuk C...dan hanya akar umbi saja yang nak Datuk A dan Datuk B... Siapa yang layak PM letak jadi calon? 



2 comments:

Anonymous said...

saya puasa hati sorang dun ni tak tercalon sbb dia pgi luar ngri 3 bulan balik bwk degree. kita tak mau wakil penipu walaupun dia buat kerja. malu dgn pemimpin yg tak da integriti. walau apa pun alasannya dosa is dosa

Anonymous said...

Aku setuju jgn antar calon parachute.wahai pemimpin atasan UMNO jgn sabotaj kehendak ahli2 parti setempat.dah banyak kali hangpa sabotaj ahli2 parti d bahagian.klo calon parachute tu ada kelebihan dan keistimewaan tak pa lah juga tp yg berhidmat di bahagian tu lebih istimewa dr calon yg d parachute....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!