Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 17, 2013

PANASSS..!!! SURAT TERBUKA UNTUK DR. JUANDA... #PRU13 @ustazfathulbari

Secara peribadi, aku mengenali Dr. Juanda. Kami ada duduk semeja beberapa kali. Antaranya ketika aku membuat liputan langsung Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu dan majlis-majlis bersama ulama anjuran Mykmu.net sebelum ini...

Aku hormati Dr. Juanda. Hak dia untuk memilih parti. Tapi tolonglah jangan PKR. Kenapa PKR? Sebab PKR dah takde ulama selepas Badrul Amin "kantoi bertuala" kat Kuanta tu ke? 

Kalau nak masuk pembangkang sekalipun, agak-agak la Ustaz. Refer la dulu kat Dr. Sidek Baba yang dah buat kajian selama 3 tahun tu. 

Kalau betul pun marah kat UMNO, sila join geng Hasan Ali, Ustaz Nasharuddin atau Zul Noordin... Depa lebih lama berada dalam medan politik pembangkang, depa tau la... Kalau join Anwar tu nampak tak sesuai sangat la Ustaz... Heh!


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya membiarkan ramai pihak berteka-teki kedudukan dirinya menjelang pilihan raya umum kali ini. Khabar ini sehingga kini belum dinafikan ialah beliau. Tindakan Juanda membenarkan khabar angin dan gosip ini melingkungi dirinya sangat tidak wajar untuk beliau dan juga institusi mufti sendiri.

Sebagai seorang tokoh ilmuwan Islam muda yang diberi ruang begitu besar berada dalam jawatan Mufti, Dr Juanda sepatutnya menonojolkan ciri-ciri tawadduk, rendah diri dan jauh daripada kontroversi. Malangnya, Dr Juanda kelihatan begitu seronok membiarkan kontroversi ini berlanjutan sehingga menimbulkan pelbagai “fitnah”.

Sejak berminggu lalu terdapat spekulasi Dr Juanda akan meletak jawatan sebagai Mufti Perlis dan bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen Kangar. Dr Juanda bukan sahaja tidak menafikan malah menambah api spekulasi dengan menyatakan beliau sedang menimbang pelbagai pilihan.

Sebagai seorang yang telah diberi tanggungjawab besar menyebarkan dan menjaga syariat Islam di Perlis, keterujaan Juanda untuk menjadi calon dalam pilihan raya sangat-sangat menakjubkan. Malah lebih menghairankan kesanggupan Juanda untuk menjadi calok PKR, parti yang terpalit dan tercemar teruk dengan imej moral pemimpin nombor satunya.

Malahan tindakan Juanda tidak menjauhkan diri dari spekluasi beliau dengan PKR menimbulkan tanda tanya. Apakah Mufti Perlis ini merelakan pelbagai perbuatan Anwar Ibrahim termasuk menyokong kalimah Allah menggantikan perkataan Tuhan dalam Bible bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia.

Dr Juanda harus sedar Anwar hanya mahu mempergunakan beliau untuk memulihkkan imej moralnya yang teruk tercemar. Anwar sudah tidak dipercayai ulama-ulama Pas kecuali Nik aziz dan Hadi Awang. Tindakan Harun Din dan Harun Taib menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri Pakatan banyak menjejaskan imej islam Anwar.

Malahan kritikan keras Dr. Sidek Baba terhadap Anwar sebagai pemimpin politik yang membawa ideologi pluralisme dan tidak boleh dipercayai benar-benar menjejaskan imej kepimpinan Islam Anwar. Justeru Anwar Ibrahim memerlukan tokoh agama yang boleh membantu memulihkan imej beliau.

Setelah bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdin enggan menjadi bidak politik Anwar, beliau menoleh kepada Juanda sebagai satu lagi alat memulihkan imej islamik beliau.

Yang sangat malang, Dr Juanda membenarkan Anwar memanipulasi kedudukannya sehingga turut mengheretkan maruah dan martabat institusi mufti Perlis dalam pergelutan politik.

Dr Juanda mungkin tidak berpuas hati kepada orang tertentu di dalam UMNO. Tapi apakah menyertai PKR boleh menyelesaikan isu tersebut atau sekadar mahu tunjuk siapa yang lebih berpengaruh?

Muhasabahlah Dr Juanda. Adakah ego, kuasa dan isu peribadi lebih penting dari menjaga kehormatan dan kemuliaan institusi agama dan mufti?

Jika mahu menyertai politik atas sebab marahkan UMNO pun sertailah Pas atau menyertai Datuk Hasan Ali bukannya membenarkan diri diperguna oleh Anwar Ibrahim yang jelas telah berhadapan pelbagai isu moral yang tidak terjawab. - Mykmu.net

2 comments:

jijan mali said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Anonymous said...

drjuanda x jadi bertanding.. dalam akbar dah kuar..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!