Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, April 25, 2013

PANASSS..!!! PAS KATA MEDIA BARU PENTING UNTUK #PRU13? TAPI TIDAK DI KEDAH...

Artikel di bawah ni aku petik dari Harakahdaily. Terkejut? Tak salah aku petik dari lidah rasmi PAS tu. Walaupun banyak yang tipu dari betulnya, banyak fitnah dari benarnya, aku tetap masuk jugak nak tengok apa depa fitnah kita setiap hari...

Harakah kata, MEDIA BARU ni jadi faktor penting pada PRU ke-13 ni. Ini termasuklah blog, facebook, twitter, instagram dan macam-macam lagi medium komunikasi massa di zaman kita ni.

PAS kata media baru penting untuk PRU kali ni? Mungkin. Tapi pada aku, media baru ni tak la penting sangat di beberapa tempat atau negeri kat Malaysia ni, terutamanya di Kedah.

Nak tahu kenapa? Meh sini aku cerita...

Kat Kedah ni, sikit sangat yang gunakan media baru. Lebih kurang 5% saja dari jumlah pengundi yang guna media baru ni. Orang Kedah lebih suka baca paper, poster, flyers dan signboard. Pendek kata, media konvensyenal masih lagi jadi pilihan utama rakyat Kedah...

Sebenarnya, blog, FB dan twitter ni tak laku di Kedah. Antara faktor penyebab ialah kekurangan kemudahan internet. Contohnya di Alor Setar tu, Unifi belum sampai lagi ke sana sedangkan Alor Setar tu berstatus bandaraya dan ibu negeri Kedah, kan?

Sebab tu kalau kita tengok, surat khabar menjadi pilihan utama dan laris di negeri Kedah. Selalu sold out, kalau lambat memang tak sempat beli punya! Kedua, orang Kedah suka tengok berita kat TV saja... mudah dan kurang kos, tak payah bayar internet! Heh!

Aku ni pun bukak blog ni bukannya ada ramai pembaca pun. Dalam sehari tu ada la dalam 2-3 orang yang masuk baca blog cikai aku ni. Tak laku pun... Tapi aku tak kisah la kan. Janji aku berjuang demi perjuangan UMNO/BN dengan cara aku sendiri...

Kadang-kadang aku turun padang pun, saja ja nak menghabiskan masa lapang sambil berjuang. Penat balik kerja, aku rehat, solat dan keluar cari bahan menulis. Kadang-kadang sampai makan minum pun miss...tidur 2-3 jam je sehari.. esok sambung kerja balik...heh!

Tapi aku puas. Aku bukan ahli politik. Aku cuma minat menulis mengenai politik dan perjuangan suci UMNO demi Islam, bangsa dan tanahair. Itu saja. Kepuasan itu penting pada aku...

Jadi, tak kisah la sama ada media baru ini penting atau tidak kat Kedah ni. Kalau PAS buat hal, memang aku tibai la. Apatah lagi PKR dan DAP yang memang aku anti dari dulu tu... Kalau UMNO pun pernah aku cuit dulu, apa salahnya aku dedahkan kesalahan Pakatan Haram, kan?

Aku sekadar menegur dan memberi pandangan peribadi. Kalau salah, boleh emel aku dan jelaskan. Kalau boleh, buktikan aku salah dan aku SEDIA MINTA MAAF SECARA TERBUKA DI BLOG aku ni. 

Tapi, PAS yang selalu aku tegur tu pernah sedar ke? Aku tegur depa bukannya depa nak cakap terima kasih, siap marah-marah aku lagi. Kutuk aku macam-macam. Bukannya aku rugi pun, depa yag rugi sebenarnya.. Tapi dah perangai depa macam tu...apa boleh aku buat, kan?

Ni...cuba baca apa yang Harakahdaily tulis ni. Ada betul, tapi lebih banyak salah dari betulnya...

Media baru jadi faktor penting PRU13

Ketika ICT mula diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 1990-an, tidak ramai orang yang melihatnya sebagai satu senjata yang boleh merubah gerak kerja penerangan ahli parti yang sebelum itu banyak bergantung kepada ceramah dan media cetak sebagai bahan penerangan.

"Kita ketahui globalisasi sebenarnya cukup serasi dengan Islam. Islam itu sendiri adalah agama sejagat dari segi sifat kesyumulan ajarannya sama ada dari aspek masa, tempat, bangsa dan setiap bidang kehidupan," kata Exco Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Yusof Hadhari.

Katanya, PAS hari ini sudah melangkah jauh dalam survival politiknya dan kini PAS merupakan Gerakan Islam yang mampu memanfaatkan ICT dan Media Baru sebagai satu “alat” memperkasakan kerja-kerja penerangan dan dakwah dalam dunia moden sekarang ini.

Tambahnya, kesemua parti politik sedar akan bilangan pengundi di bawah umur 40 tahun menghampiri 48 peratus jumlah pengundi dalam pilihan raya ke 13 ini dan jumlah ini mungkin akan meningkat kepada 52 peratus menjelang pilihan raya.

Secara umumnya, kata beliau boleh dirumuskan parti yang menguasai minda anak muda akan menentukan parti mana yang akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 ini. Hampir 70 peratus dari pengundi muda ini dipengaruhi oleh media baru.

Beliau berkata, ini bermakna media baru bakal menjadi faktor penting dalam pilihan raya umum kali ini.

Oleh itu, katanya jentera parti perlu perlu memberi perhatian khusus dalam menguasai media baru, di samping ceramah dan media cetak sebagai bahan penerangan, dan sebarkan bahan-bahan penerangan menggunakan media baru.

Perlu diingatkan tentang bahan dan kebenaran fakta dan isu yang disebarkan.

"Kita bimbang, ahli-ahli yang ikhlas bekerja siang dan malam bagi memenangkan gerakan Islam ini, terpedaya dengan mainan musuh dengan menyebarkan isu dan artikel-artikel berbentuk fitnah dan direka-reka pihak lawan.

"Oleh itu, saya sarankan supaya bahan-bahan penerangan diambil dari sumber yang diketahui ianya benar dan sahih," katanya

Selain Harakahdaily, kita mempunyai page facebook Pemuda PAS Malaysia yang mengumpulkan perbagai isu dan artikel-artikel kempen yang ditapis sebelum dipaparkan di media baru.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua untuk pergi ke laman facebook DPP Malaysia [Official] dan menjadi antara individu yang sentiasa menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan facebook masing-masing, supaya penyebaran maklumat yang tepat dan benar dapat di buat dengan lebih meluas.

Disebabkan 5 Mei sudah amat hampir, maka kita sebagai petugas dan pendokong PAS untuk menegakkan Islam di negara kita harus melipatgandakan usaha mengenengahkan ICT dan Media Baru sebagai alat dan media penerangan yang berkesan dalam perang siber yang berlaku dalam dunia maya sekarang ini.

2 comments:

Malaysian Cybertrooper said...

Bangganya saya menjadi salah seorang dari 3-4 orang yang melayari blog saudara setiap hari. Heh!

http://mycybertrooper.net.ms/

Anonymous said...

AKU satu hari masuk 10x kat blog hang tapi ni pertama kali aku komen. Ok la buat keja. Aku puji. Jgn maki hamun sudah. Jgn ikut puak belah sana

Bila Kak Su Bersuara... Heh!